KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 16, 2008

Surat Ke 193 Bahagian Umno: KU LI Mulakan "KEMPEN" MENUJU PUTRAJAYA?

Jika permintaan surat Ku Li itu "menyehtuh" hati 193 Umno Bahagian, bermakna Perhimpunan Agung Khas Umno akan menjadi kenyataan, kata satu sumber maka bermulalah langkah Ku Li menuju Sri Perdana, Putrajaya!

By TARMIZI MOHD JAM

KEKALAHAN TERUK BN pada pilihan raya 8 Mac lalu, membuka asakan dan desakan baru dari dalam Umno untuk "post mortem" drastik bagi kononnya untuk membincangkan hilangnya 2/3 majoriti suara BN di Dewan Rakyat.

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah mengambil kesempatan ini bertindak mengutuskan surat kepada semua 193 Ketua Umno seluruh negara mendesak agar diadakan Perhimpunan Agung Khas Umno bagi membincangkan mengenai kekalahan teruk BN dalam pilihanraya lepas.

Ku Li dianggap oleh sebahagian pengkritik anak Badawi sebagai tokoh yang boleh menyatukan Umno dan mendapatkan semula sokongan kaum Cina dan India.

Dalam suratnya, Ku Li yang pernah menentang Tun Mahathir merebut kerusi Presiden Umno, dan tokoh paling lama berkhidmat, menggesa diadakan perhimpunan agung khas itu hadapan orang-orang Melayu.

Ku Li mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini, sempena hari ulang tahun (penubuhan) Umno.

Surat tiga muka Ku Li bertarikh 12 Mac itu juga menyifatkan keputusan pilihan raya baru-baru ini "bukan sahaja memeranjatkan malah menakutkan".

Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955, dakwa Ku Li, Umno menguasai dua pertiga kerusi Parlimen dan hari ini, tegasnya, Umno menjadi suara minoriti di Parlimen.

Mantan Menteri Kewangan itu mengakui di peringkat Persekutuan, Umno bukan lagi kuasa politik yang kuat. Beliau hampir menitiskan air mata bila memikirkan senario ini!

Ahli Parlimen BN dari Gua Musang itu juga meminta dicari punca mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon MCA dan MIC sedangkan segala kehendak mereka telah dituruti.

Beliau juga mmepersoalkan, mengapa calon-calon Umno yang mempertahankan jawatan ditewaskan oleh calon-calon PKR dan PAS?

Jika jawapannya tidak cari segera, kerabat Diraja Kelantan itu bimbang dalam pilihan raya ke 13 nanti, BN akan terus ditumpaskan. BN mesti mengubah polisi, budaya dan semangat bersama Umno serta berubah dengan radikal.

Ku Li amat khuatir perkembangan sekarang akan menyebabkan BN dan Umno tidak akan memerintah lagi, tegasnya dalam surat tersebut.

Adalah dipercayai, pengutusan surat Ku Li kepada 193 Umno Bahagian itu sebagai bermulanya kempen untuk menurunkan anak Badawi dari takhta Perdana Menteri.

Jika permintaan surat Ku Li itu "menyehtuh" hati 193 Umno Bahagian, bermakna Perhimpunan Agung Khas Umno akan menjadi kenyataan, kata satu sumber maka bermulalah langkah Ku Li menuju Sri Perdana, Putrajaya.

Dengan perkembangan terkini, menurut sumber, ramai anggota Umno percaya hanya Ku Li yang mampu menyatukan Melayu Umno dan kewibawaannya yang sangat dihormati oleh orang-orang Cina dan India mampu "menguruskan" jalannya sebagai pengganti anak Badawi.

Isunya jelas. Pertama menyatukan semula orang-orang Umno. Dan kedua mengembalikan kestabilan ekonomi, yang dilihat mampu dilakukan oleh Ku Li.

Selain anak Badawi berdepan dengan kekalahan teruk BN, "tentangan Istana" di Perlis dan Terengganu, ugutan Mukhriz Mahathir, kempen-kempen undur yang berleluasa, kini pencak silat Ku Li bakal menguasai pentas politik negara yang sudah tentu makin "menakutkan" anak Badawi yang terus dihenyak oleh Anwar di satu pihak dan Tun Mahathir di satu pihak lagi.

6 ulasan:

Korakora berkata...

sdr tarmizi,

salam hormat saya pd pengarang yg banyak menjadi sumber inspirasi lewat tulisan sdr terutama sekitar 1990-an.

patutlah sudah lama tak menemukan buku-buku tulisan sdr, rupa-rupanya sibuk dan aktif dalam pas.

tidak teringinkah utk menulis seputar analisa pilihan raya baru-baru ini?

saya tertunggu-tunggu, siapakah yang terlebih dulu di antara sdr, lutfi dan sayuti (atau mungkin pak habib) yg lebih pantas menghasilkan buku analisa politik.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

SDRA TMJ, saya sedia beri kerjasama kalau kita nak terbitkan buku. Di mana hilangnya ketajaman pena sdra dlm arena penulisan buku?

Saya percaya sekarang adalah masanya. Ulas balik seputar laman blog alternatif utk tatapan khalayak umum, khususnya yang tidak berkesampaian mencapai laman sesawang.

Teruskan saudara...

Tanpa Nama berkata...

nak kutuk sikit buleh....

kawe rase pokloh junuh tu payoh doh nak kaba(sedar).lagu mana yg dio buleh jadi kepala "SHIT"(teringat 1 buku sensasi)padahal kalu tengok ko roma ngan baka...buleh tahe baik. Eh...ko telor tembelai..lagu mana buleh nnetas.musim bule sakit(gerhana)agoknyo....bo laaa..nati kita wak upe bewok ghriae.

Tanpa Nama berkata...

Meh saya terjemahkan!!

Nak kutuk sikit boleh ...
Saya rasa Pak Lah Junuh tu payah dah nak sedar. Macam mana yang dia boleh jadi kepala 'SHIT' (teringat 1 buku sensasi) padahal kalau tengok pada rupa dan baka ... boleh tahan baik. Eh, entah2 telor tembelar... macamana boleh menetas. Musim gerhana agaknya. .... Cukup laa, nnti kita buat umpan biawak griang (sejenis biawak besar)

Tanpa Nama berkata...

It's very effortless to find out any topic on web as compared to books, as I found this paragraph at this website.
Here is my web-site :: http://wiki.owni.fr/

Tanpa Nama berkata...

Hi there, i read your blog occasionally and i own a similar one and i was just wondering if you get a lot of spam remarks?
If so how do you protect against it, any plugin or anything you can
advise? I get so much lately it's driving me crazy so any assistance is very much appreciated.

Here is my web site; perfect waist to hip ratio