KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Disember 15, 2007

Aksi-Aksi Elit Penguasaan Kerajaan Tidak Demokratik Anak Badawi!


By ZAHARIN YASIN (SANG KELEMBAI)

KALAU sekali dengar apa yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada 11hb Dis 2007, tidak ada apa-apa yang akan menarik perhatian kita mengenai berita KHN-Ketua Hakim Negara yang baru serta membuat ucapan sulung sempena majlis angkat sumpah Presiden Mahkamah Rayuan di Markas Besar Kehakiman yang dipanggil “Istana Keadilan” yang mana sepatutnya sesuai dipanggil “Balairong Sri Keadilan” kerana bukankah para hakim adalah wakil Yang Di Pertuan Agong untuk menyelesaikan kes undang-undang dan keadilan dan dahulu kes-kes undang-undang dijalankan di Balairong Seri, jika dirujuk kepada Sultan atau pun raja.

Dalam keghairahan dan mungkin terperanjat berok apabila dilantik menjadi KHN, dengan tidak sengaja beliau telah menyindir bekas pendahulunya yang terpaksa mengosongkan jawatan dan tidak disambung untuk waktu kecederaan enam bulan sebagai KHN, peluang yang seperti kebiasaan diterima sebagai KHN yang akan bersara wajib.

Maka terdengar dan berkata KHN ini dan kemudian dilaporkan dalam akbar Berita Harian akan katanya: "Berdasarkan pemerhatian saya, dalam hampir setiap tuduhan rasuah dan salah laku yang membabitkan hakim atau kakitangan mahkamah akan ada sekurang-kurangnya seorang peguam terbabit”.

Di mana tujuan untuk menempelak Majlis Peguam Malaysia atas salah laku berlakunya rasuah dalam badan kehakiman. Oleh itu hanya sekadar mungkin satu andaian dan tanpa niat prasangka buruk, kenyataan KHN itu seperti menyindir akan kebenaran tuduhan dan aduan akan isu Video Lingam yang menuduh bahawa bekas KHN dahulu dan sebelumnya terlibat dalam isu rasuah dan pemainnya ialah peguam sendiri, yang sudah pasti menjadi ahli Majlis Peguam Malaysia.

Kesimpulan kenyataan KHN di hadapan hakim-hakim dalam majlis itu, adalah tuduhan bekas KHN terlibat dalam isu Video Klip Lingam ada kebenaran tetapi yang patut disalahkan ialah peguam itu sendiri.

Dalam isu rasuah ini, rakyat pun perlu bertanya, apakah formula yang boleh dipakai terhadap para-para hakim dalam isu yang melibatkan kekayaannya.

Adakah seseorang hakim seperti Presiden Mahkamah Rayuan itu yang dikenali memegang berpuluh syarikat sama ada sendirian berhad atau tersenarai dalam BSKL telah mengisytiharkan harta kekayaannya, kerana dari segi pandangan rambang beliau adalah hakim yang pertama kali yang boleh digelar “Jutawan”.

Dengan kedudukan ini dan dengan keadaan kekayaan yang diperoleh adakah Perdana Menteri telah melaporkan kekayaan Hakim ini kepada Yang Di Pertuan Agong dan Yang Di Pertuan Agong pula telah maklum bahawa Hakim yang dilantiknya mempunyai sekian banyak harta yang ada.

Bagaimana pun cita-cita dan ada niat KHN ini, untuk membanteras rasuah akan menjadi satu tanda tanya balik sama ada ini satu retorik dalam menyatakan slogan atau cogan katanya yang berbunyi “Buat Kerja” atau sebaliknya.

Maka dengan sendirinya harapan rakyat dan orang ramai untuk menghapuskan “mafia keadilan” hanya akan menjadi angan-angan sahaja kerana apa bila KHN menggunakan perkataan “Buat Kerja” dan bukan seperti “Adil Dalam Bekerja” maka jelaslah bahawa apa yang dikatakan adalah Birokrasi mencampuri Peradilan.

Masakan, seorang Hakim yang sudah diarah oleh atasan seperti orang Politik dan Peguam Negara, maka dia hanya bila di arah “buat kerja” maka seorang Hakim akan "buat kerja" seperti di arah dan tidak akan bermusyawarah untuk bahan masukan dalam pengambilan keputusan, akhirnya balik ke asal.

Salah satu cara membanteras rasuah ialah langkah preventif dengan tidak memilih bulu dan hukuman. Gerakan moral mesti dilakukan secara aktif bukan hanya sekadar satu papan tanda bertulis “Masyarakat Bermaruah Bermula dari mu Pah Lah”.

Slogan atau cogankata ini akan diketawakan orang. Adakah bermoral isteri seorang Perdana Menteri yang baru dikahwini enam bulan dan dalam sehari dua terpampang gambar isterinya yang warna-warni dalam beberapa akbar harian, yang asal orang gaji Pembantu Rumahnya dilantik menjadi Canselor Universiti Terbuka Malaysia memakai jam berjenama dan mengikut orang yang arif fasal jam jenama, harganya tak kurang RM145,0000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Lima Ribu Sahaja), maknanya harga tiga buah rumah murah hanya di pakai di gelang tangan isteri seorang yang "aku tidak mencari harta bertimbun".

Bayangkan dalam kepimpinan Islam Hadhari - ada had dan ada hari dengan Imam Besar Abdullah Hj Ahmad, Ketua Kerajaan Tiga Beranak dasar yang dibuat untuk rakyat tidak terbabit dengan rasuah dan mengatakan saya seorang yang bersih tetapi anak, menantu dan isteri saya tidak mengapa kalau tidak bersih.

Macam mana seorang Isteri Perdana Menteri boleh memakai jam sebegitu mahal, jika pemberian Patrick Lim atau Patrick Badawi itu kononnya anak angkat Abdullah Hj Ahmad, iaitu jawapan para penyokong Abdullah Hj Ahmad.

Yang sebenarnya dalam konteks Islam, jam itu menjadi milik Khazanah Negara (bukan khazanah negara syarikat itu) sebalik harta baitumal. Dan jika di adu ke BPR, adakah sanggup BPR membuat siasatan dari mana datang wang sebanyak itu dan adakah diisytiharkan harta tersebut.

Jika seorang anggota konstabel polis kemungkinan akan hilang pekerjaan hanya kerana tidak mengisytiharkan harta isterinya yang memiliki motor kapcai yang berharga RM1,200.00. Inikan pula beribu-ribu ringgit harganya.

Oleh itu, jangan marah kepada Abdullah Hj Ahmad, datuknya seorang Ulama dalam Ilmu Falak dan kalau dia masih hidup hari ini, menentukan Hari Raya Haji atau Aidil Adha amat sesuai pandangan dengan kemahiran beliau didengar untuk menentukan tarikh Hari Raya Haji.

Begitu juga bapaknya yang berpengetahuan agama dan antara nama yang tertulis sebagai Founding Father melahirkan Parti Islam Setanah Melayu atau kemudian dikenali dengan PAS.

Tentu dia lebih baik dari datuk dan bapanya. Dalam zaman sekarang sekiranya anda seorang budak-budak Melayu Islam atau kemudian masuk Islam yang bekerja dalam kedai-kedai maksiat, seperti perjudian, kelab malam dan khususnya penjualan arak, atau berkahwin dengan seorang abang ipar menjadi menteri jangan bimbang akan masa hadapan.

Kerana kalau ada seorang lelaki tua yang geram dengan ada waktu muda walau pun anda bini orang, seperti beberapa orang yang geram dengan Seniwati Sarimah Ahmad yang mula berkahwin dengan Zulkefli Mohamad dan kemudian Allahyarham Yusuf Majid (Al Fatihah) tunggulah waktu anda tua atau setelah menjadi janda seperti dilakukan Nordin Selat dan Pengiran Hidup.

Kalau yang geram itu boleh menjadi Perdana Menteri, sekelip mata akan menjadi VVIP sungguhpun tidak lawas edah - tak cukup hari untuk pergi mengambil bintang-bintang walau jasa kerana menjaga suami.

Dan dengan tak semena-mena boleh menjadi Canselor sebuah Universiti terkemuka dan kemudian semua Profesor dan cendekiawan akan terangguk-angguk dengan anda yang mungkin berasal hanya seorang juruwang di kedai penjualan arak milik suami anda.

Itulah sebab di dalam Islam, jarang berlaku bahawa Islam ini dimajukan oleh keturunan orang yang ibu bapa yang beragama sebaliknya boleh dikira kebangkitan Islam banyak dipelopori oleh mereka yang punya latar belakang asalnya tidak Islam atau peribadi yang bercanggah dengan Islam, ada yang membunuh anak perempuannya, ada yang bermaksiat, ada yang minum arak sehingga terpaksa dipenjarakan, tetapi kesudahan mereka ini semua mati kerana Islam dan setengahnya syahid.

Kesimpulan orang Melayu jangan mengharap sangat dengan kata-kata Abdullah Hj Ahmad kerana beliau yang lebih suka tidur lena, tidak membaca dan tak ambil kisah soal negeri ini dan yang penting kepadanya dia adalah kata-kata hikmahnya “Saya Perdana Menteri”.

Dalam Sejarah Islam ada disebutkan akan kisah Abdullah Bin Ubay. Sekarang minda Abdulah Bin Ubay ini yang digunakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Sekarang petugasnya termasuk penasihat politiknya, Kalimullah Mur Hassan yang berminda Abdullah Bin Ubay sedang berusaha menjamin kekuasaan Abdullah Hj Ahmad yang sangat terdesak.

Itu sebab isu Hindraf dikaitan dengan LLTE, sekarang Malaysia terjebak dengan kata-katanya dimesyuarat antarabangsa pasal pengganas. Dan Malaysia telah menyediakan kolej memerangi pengganas di Port Dickson.

Sekarang seluruh badan-badan perisik kuasa besar dunia sedang memerhatikan Malaysia dalam isu Hindraf sudah terlibat dalam satu rangkaian keganasan antarabangsa dan mungkin ada di antara mereka akan bertanya kepada Malaysia adakah maksud KPN-Ketua Polis Negara bahawa Hindraf hanya akan didakwa sahaja tidak akan menggunakan ISA-Internal Security Act memberi maksud bahawa Hindraf yang terlibat LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) dijamin tidak akan melakukan keganasan antarabangsa dan jika Hindraf/LTTE melakukan keganasan boleh dijamin hanya orang-orang Melayu beragama Islam sahaja jadi ancaman?

Maka semua rakyat Malaysia janganlah membenarkan pembohongan yang dilakukan oleh Abdulllah Hj Ahmad. Dengan kenyataan Pemuda UMNO hendak mengadakan majlis mengutuk Hindraf satu pertubuhan alam maya yang tak wujud cuba di realiti-kan, itu jelas menunjukkan mereka hendak menggunakan isu demi kepentingan politik dan mengekalkan kuasa Presiden partinya.Hari ini kita lihatlah tindakan-tindakan memalukan negara, pemuka kerajaan berlanggar sendiri dan ada yang melanggar belakang seperti bas yang melanggar lori di Ipoh.

Apanya tidak, Menteri yang jaga pelaburan dan Timbalan Menteri yang jaga wang ringgit berkata bahawa demonstrasi rakyat tidak menjejaskan pelaburan tetapi seorang Menteri Besar berkata bahawa kerana demonstrasi pelaburan dari Taiwan dan German terpaksa menangguhkan misinya. Yang mana satu betul?

Begitu juga Peguam Negara sudah menjadi seperti Gurkha, ke hulu ke hilir, ke Mahkamah Seksyen Klang, pergi ke Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu dan kemudian pergi pula ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta kerana hendak mendakwa kes demonstrasi.

Kalau Hakim-Hakim di Mahkamah The Hague ada membaca akan kisah Peguam Negara Malaysia dalam isu ini, jatuhlah standard Malaysia dalam bidang kehakiman dan jika Malaysia tidak dapat memenangi kes Batu Putih itu, janganlah kita semua sebagai rakyat Malaysia mengeluh sebaliknya seperti kata orang-orang tua: Bukan Salah Ibu Mengandung Memang Nasib Celaka Badan kerana mempunyai Perdana Menteri yang bodoh dan rakyat Malaysia yang mengundi dia melalui partinya bernama Barisan Nasional.

Sang Kelembai: Apa yang berlaku hari ini dengan menggunakan jentera kerajaan dan pegawai awam, Abdullah Hj Ahmad sedang membentuk seperti benteng. Dan benteng itu untuk menjaga, bukan hanya keluarganya dan kekayaan dirinya sendiri. Tetapi juga ingin membentengi elit yang dia bentuk. Sebuah elit yang tersangat kecil mengandungi berapa orang yang sedang beraksi sekarang dan yang hanya memikirkan kepentingannya sendiri.

Tiada ulasan: