KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Disember 09, 2007

Report (1): Haji Mohd Sabu Cuba Ditahan Polis Di Ipoh Petang Tadi!


By TARMIZI MOHD JAM

Tadi saya ada sms pada handphone Ustaz Ramli Abdul Halim, pemilik Blog Kapak Jangak pasal isu tangkapan polis terhadap Haji Mohd Sabu, Naib Presiden PAS.

Saya baru balik dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dan kini baru sempat emeilkan berita kepada Blog Kapak Jangak. Saya terima panggilan dari SU PAS Batu, Haji Ismail Yahya kira-kira jam 5 ptg yang bertanyakan kesahihan sms Mohd Sabu ditahan polis.

Saya hubungi Pengarah Pilihan PAS Wilayah, Haji Ishak Surin. Dia mengesahkan betul, Mohd Sabu ditahan dekat Tambun sewaktu pulang dari kenduri kahwin bisannya.

Setelah rundingan dibuat, pihak polis sanggup konvoi kereta Mohd Sabu menuju ke rumah ibubapanya di Pulau Pinang. Sehingga jam 6 ptg tadi, saya hubungi adiknya Kassim Sabu yang turut serta dalam rombongan konvoi kereta itu.

Mengesahkan tangkapan dibuat kerana mengetuai Himpunan Aman 100,000Bersih 10 Nov. 2007 yang lalu. Tetapi tidak tahu atau tidak disebut tahanan dibuat di bawah akta apa?

Saya tanya ISA ke?

Kassim tidak boleh beri kepastian. Sehingga jam 6.30 ptg tadi, saya diberitahu TPJ PAS Wilayah, Ustaz Nazir Zakaria bahawa ribuan penyokong PAS dari Kedah dan Pulau Pinang sedang menunggu untuk menyambut ketibaan beliau dan pihak polis di rumah ibubapanya dekat Tasik Gelugor.

Saya jangka, Mohd Sabu dan keluarganya pergi kenduri kahwin anaknya bagi sebelah pihak lelaki hari ini di Ipoh sebab pada 15hb. Dis ini, Mohd Sabu akan melangsungkan perkahwinan anak perempuannya di Shah Alam -

Saya akan laporkan perkembangan terkini berkenaan tangkapan polis terhadap Mohd Sabu ini dari masa ke semasa -- Wallahuaklam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Aku cukup marah betui dgn Pak Lah dan binatang Umno ni. Dia tgok kita kuat sikit mula tangkap. Kalau betui2 kuat apa yang nak ditakutkan dgn pembangkang ni.
Kita harap Abang mat dilepaskan esok kalau tidak kita pakat ramai-ramai demo lagi hingga Abang Mat dibebaskan.
Takbir - Allahuakbar!