KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Disember 12, 2007

Lapor (24): Mohd Sabu Tidak Gentar: PAS, Bersih Akan Terus Adakan Perhimpunan!


Dipetik Dari MALAYSIAKINI

WALAUPUN ramai pemimpinnya ditahan polis, PAS dan Bersih akan terus mengadakan perhimpunan bagi membela hak rakyat dari kezaliman dan penindasan, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan perlu diadakan sehingga kerajaan memberikan hak rakyat dengan sepenuhnya.

"Kami akan terus mengadakan perhimpunan `haram' sehingga ia menjadi halal." Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara petang tadi, Mohamad mendakwa, polis mahu memberi permit kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan tetapi dihalang oleh pemimpin Umno.

Sehubungan itu, Mohamad mendakwa Umno dan kerajaan telah memperalatkan polis supaya menangkap pemimpin pembangkang dan orang awam.

Beberapa pemimpin PAS termasuk Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Lo'Lo' Ghazali; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan ditahan ketika cuba menyerahkan memorandum kepada Parlimen hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan merupakan hak asasi yang paling asas dan berlaku di mana-mana sahaja - sama ada di Asia dan Amerika Syarikat. Pelabur tetap datang!

"Adalah salah untuk mengatakan demonstasi menyebabkan pelabur enggan datang ke Malaysia. Di Amerika Syarikat dan Korea (Selatan) demonstrasi diadakan setiap hari tetapi pelabur tetap datang," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, PAS atau Bersih tidak menjadikan polis sebagai lawan sebaliknya menentang pemerintah yang zalim.

Mohamad juga menuduh pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih zalim daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri.

"Di zaman Dr Mahathir masih ada ruang untuk rakyat menghantar memorandum kepada Parlimen.

"Tetapi di zaman Abdullah, orang yang mahu menyerahkan memorandum kepada Parlimen ditangkap," katanya lagi.

Mohamad berkata, penangkapan pemimpin pembangkang itu bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak melakukan tindakan yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

Katanya, rakyat bangkit menentang kerana mereka tidak puas hati dengan pemerintahan sekarang seperti isu rasuah, ekonomi dan sebagainya.Tangani masalah rakyat.

"Orang Melayu tidak puas hati dengan Umno, orang Cina dengan MCA dan orang India dengan MIC," katanya.

Mohamad berkata, sepatutnya Abdullah sedar mengenai ketidakpuashati rakyat kepada kerajaan dan mengambil langkah menanganinya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau dikehendaki melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Nibong Tebal esok dan Bukit Aman Jumaat ini.

Ahad lalu, polis telah menangkap Mohamad di Pulau Pinang atas dakwaan menyertai perhimpunan anjuran Bersih di depan Istana Negara pada 10 November lalu.

Dalam perhimpunan tersebut Bersih telah menghantar memorandum kepada wakil Istana Negara menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

3 ulasan:

malayamuda berkata...

Orang bukan Islam sanggup menyokong PAS kerana PAS lebih bertanggungjawab dan adil daripada UMNO.

PAS tak pernah merobohkan kuil dan menyusahkan penternak babi. Siape yang menghina agama Islam dengan perbuatan perbuatan anti Islam sebegini hanya untuk memainkan persaan perkauman untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya akan datang.

Buat ape nak MCA MIC Gerakan dan PPP kalau pemimpin PONDAN dan tidak menyuarakan kesusahan kaum dia org.

Hidup PAS
Hidup Keadilan
Hidup DAP

multidimid berkata...

The Blackest Sunday was followed by a Blackest Monday when 30 Opposition leaders, NGOs & Protesters were taken in & so was the Hindraf leader P. Uthayakumar who was released on bail, rearrested and handcuffed ALL under IGP orders. And in Parliament, the Amendment Bill went through with the 2/3 majority to nil when the 16 MPs walk out in protest before the vote. The Memo (titled “Say No to the ‘Save Rashid’ Amendment to the Constitution”) was eventually handed over to Dr Wan Azizah who received it on behalf of a group of opposition members of Parliament. Meanwhile the Anwar Ibrahim was “delayed” at KLIA on his return as a “chop was needed” and not “held”
For more details & pics :
Go H E R E

jasonbob berkata...

off white
off white nike
curry 7 sour patch
a bathing ape
moncler outlet
lebron shoes
yeezy 350
yeezy boost 500
nike lebron 16
moncler