KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Disember 15, 2007

Memang Keramat! 20 Juta Rakyat Malaysia, Tidak Ada Yang Sehebat Rashid SPR!

Lihat betapa kasar dan ganasnya polis menyentap Cik Pa sebagai tetamu ahli parlimen, dinafikan haknya dan beliau dicekup akhir polis kerana cuba "mengganggu" usaha anak Badawi meminda akta melanjutkan Rashid mengepalai SPR!

By PENARIK BECA

SEORANG kawan, bekas pegawai kerajaan, menghantar email berikut: Hebatnya Rashid tu. 20 juta rakyat Malaysia tak boleh gantikan tempatnya. Beribu PTD tak mampu ambil alih tugasnya.

Anggota SPR seorang pun tak reti langsung nak teruskan kerja Pengerusi SPR. Tutup sahaja INTAN. Bubar sahaja PTD. Kena pinda Akta, hanya untuk panjangkan nyawa Rashid di SPR. Lepas ni, pinda akta untuk panjangkan perkhidmatan Musa Ketua Polis, Zaki bakal Hakim negara. Hebat kau Pak Lah.

Memalukan bapak dan datuk kau.

Meminda frasa yang dibuat oleh orang lain, saya nak tambah sikit ja: The advance of "keselamatan negara, ketenteraman awam dan pembangunan" in Malaysia is nothing but an exercise in the limiting of political freedom.And, to ensure that, undilah Barisan Nasional!


Mengulangi hasutan. Saya telah menghantar SMS kepada Haji Mustafa Ali dan menghasut beliau menghentak polis dengan saman malu (lihat video penganiayaan polis terhadapnya yang disiarkan Malaysiakini
di sini).

Saya tak tau sama ada saya berjaya menghasutnya atau tidak. Cik Gu Pa hanya menjawab, "tq bakaq" (Cik Gu Pa yang terkenal dengan imej tak pandai jawab SMS, dah pandai sekarang).

Saya ulangi hasutan kepada Cik Gu Pa di dalam blog ini, "Cik Gu! Saman polis yang memalukan Cik Gu!" Bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, "
Send signal to the 'rotten' government!"

Tiada ulasan: