KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lopor (10): 8 Aktivis Himpunan Aman Hari Hak Asasi Sedunia Dibicarakan Januari 2008!


Dipetik Dari AGENDADAILY

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin menetapkan 29 hingga 31 Januari tahun depan tarikh perbicaraan kes lapan orang yang ditahan kerana menyertai perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia pagi Ahad yang tidak mendapat permit polis.

Mereka terdiri dari lima orang peguam N Surendra, Latheefa Koya, R Sivarasa, Eric Paulsen dan Amer Hamzah dan tiga orang peserta perarakan Anthony Andu, Noor Aza Othman dan Ashraf Ali Raja.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon pula didakwa atas tuduhan menghalang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas mereka.

Kesnya akan dibicarakan pada 3 hingga 5 Mac tahun depan.Hakim Mahkamah Sesyen Komathy Suppiah bagaimanapun menolak bantahan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail keatas ikat jamin mereka.

Beliau menetapkan ikatjamin sebanyak RM2,000 seorang. Bon pula dibenarkan ikatjamin sebanyak RM1,000. Mereka adalah antara seramai kira-kira 50 orang berdegil mengadakan juga satu perarakan di Kuala Lumpur pagi Ahad yang asalnya hendak dianjurkan oleh Majlis Peguam.

Peserta perarakan itu yang terdiri dari peguam, aktivis, penulis blog dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak bermula dari kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja.

Majlis Peguam telah membatalkan perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu setelah ia tidak mendapat permit polis.

Tiada ulasan: