KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Disember 10, 2007

Report (7): Detik-Detik Penahanan Mohd Sabu Oleh Polis BN!


By PENARIK BECA

Update 9.33 pm: Kak Normah, isteri Mohamad Sabu menelefon saya dan mengesahkan polis memang memecahkan cermin keretanya untuk menangkap Mohamad Sabu.

“Depa pecah cermin sebelah kiri pasai Abang Mat tak nak keluaq,” katanya. Beberapa orang yang mengiringi Mohamad Sabu juga ditangkap. “Tak tau depa nak bawak ke mana. Mungkin IPD Seberang Perai Selatan,” kata Kak Normah lagi.

Update 9.15 pm: Mohamad Sabu akhirnya ditangkap, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang menerima panggilan telefon dari peguam yang mengiringi Mohamad Sabu ke Butterworth, Asmuni Awi.

Asmuni memberitahu, polis mahu memecahkan kereta Mohamad Sabu (Naza Ria) untuk menangkapnya di Tol Bukit Tambun.Apabila saya menelefon Kassim, adik Mohamad Sabu, isterinya memberitahu, polis akhirnya menunda atau menarik (towing) kereta yang dinaiki Mohamad Sabu ke balai polis.

Mohamad Sabu tetap enggan turun. Kassim tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana sedang memandu. Beliau ditugaskan membawa balik saudara-mara perempuan ke Guar Petai.

Update 8.37 pm: Masih di Tol Bukit Tambun. Kak Normah menghantar SMS menyatakan saudara-mara dan rakan-rakan yang mengiringi mereka sedang berusaha membawa Mohamad Sabu balik Guar Petai. FRU sudah datang. Mohamad Sabu enggan keluar dari keretanya.

Kassim memberitahu, polis sedang berusaha untuk menarik atau menunda kereta yang dinaiki abangnya. Kak Normah pula menelefon dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan polis.

“Polis apa ni? Akta apa ni?” katanya. Kedengaran suara Kak Timah (kakak Mohamad Sabu) mengamuk.

Update 8.25 pm: Walaupun polis mengepung Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun, tetapi masih belum dapat ditangkap. Lebih kurang 13 kereta (menurut
Mohd Nasir Mustafa yang berada di sana) saudara-mara dalam rombongan engantin perempuan ke Ipoh tadi dan juga rakan-rakan dari Ipoh mengepung kereta Mohamad Sabu dan menyukarkan polis bertindak untuk menangkap beliau.

Kesemua adik-beradik Mohamad Sabu sedang bersama-samanya. Sementera itu di rumahnya di Guar Petai, para penyokong PAS mula berhimpun dan menanti arahan.

Update 7.50 pm: Baru menelefon Kak Normah, isteri Mohamad Sabu. Tidak seperti sepatutnya, konvoi polis yang mengiringi Mohamad Sabu dari Ipoh ke Butterworth tidak melalui Tol Juru, tetapi mengambil jalan yang melalui Tol Bukit Tambun.

Menurut Mohd Nasir, besar kemungkinan polis mahu menangkap Mohamad Sabu di Butterworth. Mungkin salinan asal waran tangkap ada dengan polis Butterworth. Setakat ini, masih tersangkut di tol Bukit Tambun.

Tiada ulasan: