KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Disember 09, 2007

Blog Kapak Jangak Panaskan Politik PAS Kelantan

Ustaz Ramli Abdul Halim atau panggilan manjanya Meli adalah pengendali Blog Kapak Jangak yang kini kian panas dan kontroversi

By TARMIZI MOHD JAM

Tidak banyak! Memang tidak ada yang berani mempamirkan nama dan gambarnya mengendalikan sebuah blog yang kontroversi dan panas macam ini. Menerima 10 ke 20 komen setiap hari. Panas-panas belaka.

Malah belum ada blog yang membiarkan komen-komen pelayar / pengunjung tidak ditapis. Bagi Blog Kapak Jangak yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim (saya membahasakan dirinya Ustaz) memang sesak nafas dibuatnya.

Apa taknya, semua komen tidak disunting malah tidak ditapis. Beliau amat jujur menyiar dan memberi ulasan terhadap komen-komen yang dihulurkan kepadanya. Sekalipun komen-komen itu melanyak dirinya sendiri.

Saya tidak mahu komen apa yang menarik berkenaan blog ini. Kontroversi memang kontroversi. Panas tentunya panas.

Kalau ada pemimpin PAS yang "pincang" atau buat "kerja tak senonoh" alamat terdedahlah tembelang mereka dalam blog ini. Banyak cerita dan isu terpilih berligar dari dalam gebar PAS.

Mungkin anda boleh mengunjunginya dan membuat penilaian positif tentang apa yang dibahaskan oleh "tangan-tangan ghaib" (mungkin dari orang dalam PAS sendiri) yang memuntahkan pandangan, idea dan penyelongkaran politik mereka kepada umum.

Anda boleh mengubah laman sesawang anda ke alamat http://ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ untuk menikmati blog yang menggunakan maskhead KAPAK JANGAK.

Bagi saya, Ramli Abdul Halim sudah menyediakan dirinya sebagai sebatang lilin, yang pasti akan membakar dirinya.