KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (3): Terkini - Pejabat Agong PAS Di Kepong Pasukan Polis!


By ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kini dikeremuni oleh anggota polis beruniform dan tidak beruniform.

Sebanyak 5 buah kereta peronda dan sebuah landrover yang membawa sepasukan kecil Unit Anti Rusuhan kini berada di hadapan premis.

Sebentar tadi seorang pegawai telah menampal Perintah Larangan (exparte) yang dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd Ali dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bertarikh 10 Disember 2007, melarang:

1) Dr Syed Azman Syed Ahmad
2) Mohamad Sabu
3) Syed Shahir Syed Mohamud
4) Adnan Saad
5) dan mana-mana orang berkenaan

dari mengadakan perhimpunan di Perkarangan Bangunan Parlimen pada hari ini 11 Disember, 2007. Mereka semua dilarang dan diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Presiden dan pimpinan tertinggi PAS telah dimaklumkan darihal perkembangan ini.

Tiada ulasan: