KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Disember 13, 2007

Lapor (34): Mohd Sabu Didakwa Pula Menghalang Tugas Polis Di Pulau Pinang Hari Ini!


By BERNAMA

NAIB Presiden Pas Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas pada Ahad lepas.

Mohamad, 53, dituduh menghalang Supt Mohd Nasir Salleh melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadapnya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada kira-kira pukul 7.45 petang, Ahad lepas.

Mohamad yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Izham Ali membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Februari depan untuk sebutan semula kes itu.

Tiada ulasan: