KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 02, 2009

Wahid Endut calon PAS di Kuala Terengganu!


Mampukah PAS menumpaskan calon BN, Wan Farid Wan Salleh di Kuala Terengganu pada 17 Januari depan? Satu persoalan yang sedang menggigit minda penyokong Pakatan Rakyat luar Terengganu!

SEBAIK diumumkan calon PAS bagi kerusi keramat Kuala Terengganu oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, saya menerima SMS tentang siapakah calon PAS yang akan menentang Dato' Wan Farid Wan Salleh.

Saya tergamam berbau terkejut juga. Nama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah saya ketahui agak lama sebelum ini, 'tercicir' untuk dipertaruhkan berentap di kerusi itu. Cuma terngiang-ngiang nama yang tinggal tiga. Satu YB Syed Azman Syed Nawawi (Adun Batu Buruk), Wan Mutalib Embong (Timbalan Pesuruhjaya) dan Mustapha Ali (Pesuruhjaya).

Entah apa agaknya, saya tidak mendapat maklumat terkini, nama calon yang diumumkan itu. Barangkali strategi parti begitu. Tahniah buat Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut yang telah dipilih oleh parti untuk menumpaskan Wan Farid 17 Januari depan.

Tiada ulasan: