KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 01, 2009

Menyanggah dan Menyanggah Kembali!

Saya bersama pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika sesi 'post-mortem' Harakah 2X seminggu. Abu Hassan kerap menyimbah pendangannya pada debat 'Fenomena Seni' RTM.

SELAMAT berhijrah. Tahun baru sudah di riba. Pelbagai kejayaan, suka duka memaku semua. Kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf kerana terlalu lama tidak update blog marhain dan mustad'afin ini. Bukan menyalahkan kesibukan, bukan menyilapkan tindakan, tetapi ruang untuk berblog bagaikan tertutup rapat.

Namun, 1 Januari 2009 memanggil saya untuk menyalakan api pada blog ini. Insya-allah, jika kuat jiwa dan gagah tekadnya, blog ini kembali dengan wajah "sanggahnya". Seiring dengan pengumuman calon PAS di Stadium Negeri Kuala Terengganu jam 10 malam ini, gerak jiwa bagaikan mahu bersama menongkah arus, menjolok minda, menghisap mesej perubahan yang dimuntahkan oleh rakyat terbilang.

Hari ini, benar-benar detik masa menggerakkan semula jiwa raga saya untuk menulis dan menukilkan sesuatu tentang lanskap politik tanahair yang sarat dengan pelbagai isu dan polemik. Tiada sebab untuk undur. Tiada alasan mematahkan pena. Tiada jurang mendiamkan minda.

Semoga, para pengunjung terus menyokong di hadapan dan di belakang blog kerdil ini. Izinkan saya menyanggah dan menyanggah kembali.


Tiada ulasan: