KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, September 26, 2008

Ayuh ke Istana Negara sekarang...

HARI ini 23 September. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah nekad tidak akan mengadakan sidang Parlimen tergempar seperti yang diinginkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Penolakan Abdullah itu sebenarnya suatu yang serius dan beliau tidak sepatutnya menolak sidang Parlimen tergempar itu. Ini kerana kalau dakwaan Anwar itu betul maka Abdullah wajib meletak jawatan seperti yang dikehendakki Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Selepas menemubual pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, saya sempat berbincang panjang dengan beliau, tentang jalan menuju Putrajaya oleh Pakatan Rakyat.

Adakah masih ada jalan lagi? Atau perlu diasak bertubi-tubi Perdana Menteri yang sudah tidak popular itu untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar?

Dan sehingga komentar ini ditulis, Pakatan Rakyat belum lagi menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan dari hal tersebut.

Nampaknya, usaha menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong Pakatan Rakyat sebelum membentuk kerajaan baharu, belum diutus lagi. Ia disahkan oleh orang kuat Anwar, Johari Abdul.

Isu ini sangat penting. Soal sama ada kerajaan BN yang memerintah ini masih punyai sokongan untuk terus kekal mentadbir negara perlu diselesaikan segera. Biarlah '16 Sept pergi'.Ia tidak boleh dibuat main-main atau ditangguh-tangguhkan.

Peri pentingnya isu ini melibatkan banyak keputusan yang kesahannya bergantung kepada kerajaan (BN) yang ada itu sah atau sebaliknya. Dan dakwaan ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Parlimen, bukannya pekikan kaki lima.

Jalan yang ada, Ketua Pembangkang boleh terus mempersembahkan nama-nama itu kepada
Agong. Ini kerana Perkara 43(4) tidak pun mewajibkan proses mempastikan kebenaran dakwaan Anwar (yang menyatakan bilangan ahli parlimen yang menyeberang) semestinya melalui undi tidak percaya di parlimen.

Anwar ada sebab yang cukup kuat untuk mempersembahkan nama-nama itu terus kepada Agong sekarang. Agong mempunyai peranan untuk mempastikan bahawa Perlembagaan berjalan tanpa diganggu.

Abdullah sebenarnya telah melakukan sesuatu yang menghalang proses biasa Perlembagaan bila menolak sidang tergempar Parlimen. Dalam situasi begini, Agong perlu bertindak; sama ada memanggil parlimen melalui kuasa simpanannya (lihat Perkara 55) atau mungkin menyingkirkan Perdana Menteri yang menganggu proses Perlembagaan itu.

Dan apabila timbul persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini kecuali Agong.

Soalnya, wajarkah Agong menjemput Ketua Pembangkang untuk menghadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa? Atau Anwar yang wajib menghadap Agong?

Agong bukan sahaja wajar malah itu menjadi tanggungjawab baginda. Sebagai Raja Berperlembagaan, baginda perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan dan baginda perlu mempastikan bahawa kerajaan yang memberi nasihat itu sah kedudukannya di sisi Perlembagaan.

Jika dakwaan Anwar benar, Agong boleh menitahkan Abdullah letak jawatan dan menggantikannya dengan Anwar. Dalam kedudukan Abdullah yang dhaif, kemungkinan beliau berkeras, adalah tidak mungkin.

Ini bermakna, peranan Agong cukup penting dalam mempastikan demokrasi berjalan dan peralihan kerajaan baharu terbentuk. Bertemulah segera Anwar, menghadap Agong! Ayuh Anwar ke Istana Negara sekarang...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap Tuan punya blog ni...dapat layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot
utk cerita yg lebih lanjut tentang isu semasa politik Malaysia....semua adalah fakta bukannya auta...

Unknown berkata...

Salam Bro

Aku BENCI UMNO kerana RASUAH
Aku MEMBENCI ANWAR kerana SUKA PADA RASUAH....(nak jadi PM kena beli undi,kena rasuah)
AKU BERTAMBAH BENCI ANWAR kerana PEMBOHONG BESAR

YANG AKU SUKA PADA PARTI YANG CENDERUNG KE ARAH ISLAM

Adakah ianya PAS....

Takkan AGONG nak jemput ANWAR kot...dia tu sapa sangat.....

Tanpa Nama berkata...

Sedih tapi benar .. PAS sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan Islam nya .. Pangkat & jawatan duniawi adalah yang di cari .. Jual bangsa & agama demi pangkat .. hingga orang yang terhormat bergelar tok guru pun terikut2 budaya keduniaan .. yang disuka & dipuja adalah pemimpin kaki liwat, yang dibela adalah pemimpin dari parti anti-islam DAP .. sanggup bersengkokol dengan pemimpin yang akan menjahanamkan Ismal di Malaysia atas dasar enci kepada UMNO .. PAS adalah parti hipokrit yang mengunakan nama Islam dan Allah & menugguna title tuk gurun untuk mengaburkan sifat2 munafik mereka ..

Tanpa Nama berkata...

Sedih tapi benar .. PAS sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan Islam nya .. Pangkat & jawatan duniawi adalah yang di cari .. Jual bangsa & agama demi pangkat .. hingga orang yang terhormat bergelar tok guru pun terikut2 budaya keduniaan .. yang disuka & dipuja adalah pemimpin kaki liwat, yang dibela adalah pemimpin dari parti anti-islam DAP .. sanggup bersengkokol dengan pemimpin yang akan menjahanamkan Ismal di Malaysia atas dasar enci kepada UMNO .. PAS adalah parti hipokrit yang mengunakan nama Islam dan Allah & menugguna title tuk gurun untuk mengaburkan sifat2 munafik mereka ..

Ibnu Hasyim berkata...

SAYA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada anda, pelayar-pelayar blog ini. Maaf zahir batin, jika ada salah silap..

Untuk lanjutnya sila layari tulisan-tulisan yang ada kaitan mengenai ibadah sejak dari puasa hingga ke Hari Raya dalam blog saya www.ibnuhasyim.com …

Tajuk:

1…Surah Yusuf Mengubah Superstar Jadi Pendakwah.
2... Hirose Junko: Temui Jawapan Melalui Al-Qur’an.
3... Frida Maramis: Natal/Aidul Fitri, Aku Pilih Islam....
4…Hari Raya & Bahaya Binatang Dari Perut Bumi..
5... Francis Netto : Tarawih Merubah Gaya Hidupku..
6...Turunnya Al-Qur’an, Napoleon Bonaparte Pilih Islam...
7...Lailatulqadar Sebuah Kem Motivasi..
8.. Imbasan Ramadzan: Di Mana Kesan Puasa Dalam Politi...
9...Zakat Fitrah Orang Kaya Sepatutnya RM13.50 Seorang...
10..Menyambut Hari Raya Dengan Album ‘Fikirkanlah’ Dari ...
11..Hati-hati Baca Al-Qur’an Dalam Internet.. Group Un...
12..Selamat Hari Raya: Jangan Lupa Cat Rumah Baru! Okt.11,2007

Selamat Hari Raya.
Ada sembang
Ada bincang
Ada harapan
Ada ketetapan.
Ada doa
Ada zikir
Ada takbir
Ada selawat
Assalamu ‘alaikum..
Selamat Hari Raya
Dan salam sejahtera.

Dari Ibnu Hasyim
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
Sept30, 2008

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com