Muqadimah: Mastura Mohamad, satu nama yang berdiri teguh di sebalik Nisa', sebuah kelab di bawah Dewan Muslimat PAS yang disertai golongan muda. Ada yang menganggap kemunculan Nisa' sebagai pesaing kepada Dewan Muslimat itu sendiri. Sejauh manakah kebenaran tersebut? '5 Soalan Panas' kepada Pengarah Nisa' .
1. Anda sebagai Exco Dewan Muslimat PAS Pusat. Bagaimanapun, anda dilihat kurang menonjol dalam muslimat. Mengapa?
Mastura: Kurang menonjol? Saya memang fokus pada Nisa'. Pengalaman saya selama tiga tahun pegang Nisa' ini banyak yang terpaksa kita terangkan kepada Nisa' negeri. Perkara ini kita tidak boleh bagi tahu kalau setakat dalam mesyuarat melainkan kita bersama mereka, buat 'team building' dan soal jawab. Dengan itu kami Nisa' Malaysia akan faham apa masalah Nisa' negeri.

Kami akan menjadi jambatan antara Muslimat Pusat dengan Nisa'. Barulah orang muda ini faham. Muslimat sudah hampir 50 tahun dan sudah betu-betul kukuh dan mempunyai programnya sendiri. Tapi Nisa' selepas 'rebranding' kita baru hendak 'setting' supaya ia berterusan dan supaya sesiapa yang menyertai Nisa' ini akhlak, pemikiran dan mindanya terbuka dan relevan dengan masa sekarang.
Dan apabila mereka menyertai muslimat, dia akan menjadi pendakwah yang ada kemahiran. Perkara utama yang kita tekankan ialah untuk menawan hati masyarakat. Saya betul-betul ingin fokus pada Nisa'. Sebelum ini pun saya ada mengatakan, kita ibarat duduk dalam lubang. Bagaimana kita hendak lompat 10 kaki supaya orang nampak kita dengan membawa baldi yang berat di kiri dan kanan.
Tetapi jika kita membawa satu baldi sahaja tentu kita boleh lompat. Sebab itu saya katakan kita fokuskan pada satu-satu perkara. Dan Alhamdulillah dalam tempoh tiga tahun ini, ahli Nisa' juga telah bertambah. Dan dari segi Dewan Muslimat, bagi saya tidak kisah sama ada seseorang itu ke hadapan atau tidak, asalkan anda buat kerja. Keikhlasan dalaman orang tidak nampak.
2. Nisa' merupakan entiti di bawah Dewan Muslimat. Tetapi kenapa dalam beberapa program yang dianjurkan Nisa tidak menyebut nama PAS? Malah dalam penghargaan untuk media juga, Nisa tidak 'memandang' Harakah sebaris dengan media perdana sedangkan Harakah juga membuat liputan untuk program Nisa'?
(Termenung sejenak) Mungkin macam ni. Bayangkan politik pada 2005, 2006 dan 2007 amat berbeza berbanding 2008. Pada waktu pilihan raya 2004 kita kalah teruk dan dalam tempoh tersebut pelbagai tekanan yang kita hadapi. Dan pada waktu itu semua orang takut. Dan pada waktu itu semua orang fobia dengan Nisa' sedangkan kita hendak jadikan Nisa' 'legal' di sisi masyarakat.
Jadi nak tak nak pada 2005, 2006 dan 2007 kita tidak menunjukkan kita di bawah PAS kerana tekanan terlalu teruk pada waktu itu. Sebab itu sewaktu 'Nisa' Games' kita menyatakan kerjasama dengan kerajaan Kelantan.
Jadi Nisa' sebagai kelab. Ada orang cakap pada saya, Mastura awak AJK Muslimat tapi tidak mahu 'declare' Nisa adalah PAS. Saya terkejut. Adakah ini untuk kepentingan diri sendiri?
Saya pentingkan kepada anak-anak kita yang menyokong PAS ini tetapi takut untuk menyertai Nisa sebab masih belajar di universiti dan bekerja di jabatan kerajaan. Jika awak berada di tempat saya, yang mana satu awak hendak jaga? Sedangkan kita sudah ada Dewan Muslimat, siapa yang berani, libatkan diri dalam Dewan Muslimat.
Kita mesti pilih antara dua.Jika dahulu pada 2005 saya 'declare' Nisa adalah daripada PAS, media seperti RTM juga mungkin tidak akan memberi liputan. Ini adalah starategi supaya kita jalinkan hubungan dengan mana-mana badan termasuk media.
Sekarang pada 2008 kita menang dan sudah ada ruang, kita sudah boleh mengetengahkan Nisa ini sebahagian dari PAS. Jadi sebagai Ketua Nisa', saya memohon maaf sekiranya mengecilkan hati PAS, pimpinan PAS, ahli-ahli serta Harakah.
Bukan niat saya tetapi itu adalah salah satu strategi untuk menawan hati masyarakat menyertai Nisa'. Dan saya telah mengambil tindakan yang tidak popular, tetapi niat saya sudah jelas. Dan bukan kami prejudis pada Harakah.
3. Anda dikatakan cuba membawa Nisa' menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kenapa? Sedangkan Nisa ditubuhkan di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat? Mengapa tidak buat NGO lain?
Memang ada yang menyatakan demikian. Tapi saya memberitahu, berapa banyak NGO yang kita telah ada. Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda bercakap berkenaan politik. Antara sebab sesetengah orang tidak boleh terima PAS adalah kerana PAS terlalu politik. Konsep kita adalah apabila kita menubuhkan Nisa' sebagai kelab yang tidak bercakap mengenai politik, berdakwah, nampak ceria dan nampak moden dan 'funky'.
Nisa' adalah satu unit di bawah Dewan Muslimat. Sebenarnya Nisa' telah lama ditubuhkan pada 1992 dikenali sebagai Unit Amal Nisa'. Diletakkan di bawah Lajnah Kebajikan. Selepas itu ia diletakkan di bawah Dewan Muslimat sebagai satu unit kebajikan. Pada 2005 saya menaungi Nisa'.
Kita 'rebranding' Nisa' supaya bersesuaian dengan orang yang kita hendak tarik. Kita menjadikan Nisa' kepada tiga unit. Apabila Nisa mendapat sambutan, ada pimpinan yang minta jadikan NGO. Dan sayalah orang yang menyatakan saya tidak mahu Nisa menjadi NGO. Saya mahu Nisa' di bawah Dewan Muslimat.
Sebab saya tidak mahu seperti Wanita Umno dan Puteri Umno. Bagi saya biar Dewan Muslimat menjadi mak dan Nisa' sebagai anak. Anak ini dihantar ke universiti dan selepas empat tahun Insya-Allah akan bantu emak dia. Jadi Nisa' ibarat anak yang berada di universiti. Sekarang kita sudah dapat lihat hasilnya. Sekarang ini apabila Muslimat buat 'presentation', hendak bercakap sudah ada LCD, ahli-ahli Nisa' yang buat. Jika dulu semacam tidak ada sistem.
4. Nisa' dikatakan bergerak dengan imej elit dalam Dewan Muslimat berbanding sebelumnya. Muktamar baru-baru ini timbul usaha menubuhkan Dewan Mujahidah (Dewan Muslimat Muda). Adakah anda sedar?
Orang bertanyakan saya sama ada setuju atau tidak penubuhan Dewan Mujahidah. Bagi saya Dewan Muslimat menggambarkan pengorbanan orang-orang dahulu. Dewan Muslimat sudah cukup. Yang saya uar-uarkan ialah AJK Dewan Muslimat ialah 30 peratus orang muda, 30 peratus golongan veteran dan 40 peratus golongan dewasa.
Jadi gabungan ini akan membentuk satu organisasi yang cukup memberi impak.Bayangkan di peringkat Dewan Muslimat itu ada dua kapten. Dan jika anak canggih tapi emak tidak canggih, tentu emak kecil hati. Sebab itu saya menekankan konsep ibu dan anak antara Dewan Muslimat dan Nisa'.
5. Jika Pilihan raya ke 12 anda bertanding di Dun Seri Setia, anda mungkin sudah jadi YB sekarang. Adakah anda ditolak PAS untuk bertanding pada pilihan raya lalu?
(Tersenyum) Pada 2004 saya bertanding di Dun Seri Setia. Pada waktu itu PAS negeri juga 'concentrate' pada sesetengah kawasan. Dan pada 2008, PAS 'decide' untuk tidak bertanding di Seri Setia dan KeADILan bertanding.
Apabila saya berjumpa dengan orang yang mengenali saya, masing-masing bertanya kenapa saya tidak bertanding. Bagi saya semua itu qada dan qadar Allah. Sebagai ahli PAS, bukan saya yang menentukan untuk bertanding. Dan saya mengikut apa kata pimpinan. Bagi saya bertanding atau tidak, tidak kisah. Tapi apa yang penting, di mana sahaja kedudukan kita, kita buat kerja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan