Muqadimmah: Tertarik dengan percubaan Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali Tun Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Harakah cuba menjolok kotak minda mantan Ahli Parlimen Parit Sulong, DATUK RUHANIE AHMAD yang banyak mengupas isu-isu dalaman Umno melalui blognya. Beliau juga mantan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Musa Hitam. Ikuti temubual saya dan wartawan ROY RASUL bersama beliau.
Terdapat usaha menarik semula Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam Umno oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nampaknya beliau setuju? Apa yang Datuk boleh tafsirkan?
Dato' Ruhanie: Kepada saya usaha ini amat positif. Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin dan selamat kembali ke pangkuan Umno kepada Tun Dr Mahathir. Apa yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Mahathir ini pasti akan memulihkan semangat juang warga Umno yang dilanda kecewaan yang amat parah terhadap kepimpinan nombor satunya mutakhir ini.
Moga-moga usaha Muhyiddin ini akan disokong oleh seluruh Majlis Tertinggi Umno. Moga-moga usaha Mahathir kembali ke pangkuan Umno ini juga tidak dihalang oleh mana-mana pihak. Saya lahirkan harapan ini kerana sudah ada ura-ura yang Presiden Umno dikatakan akan halang kemasukan semula Mahathir. Kalau betul, saya harap Presiden Umno kaji semula ura-ura ini.
Sebaliknya, fahamilah apa erti sokongan dan kegembiraan segolongan pemimpin Umno terhadap kembalinya Mahathir ke dalam Umno pada hari ini.Kembalinya Mahathir ke pangkuan Umno mungkin akan memperkasakan perjuangan warga Umno yang menuntut Presiden Umno mutakhir mengundurkan diri dengan seberapa segera.
Mengapa Muyiddin? Tan Sri Sanusi Junid sudah mengesahkan sokongan Tun Mahathir terhadap Ku Li untuk jawatan Presiden Umno. Paling menarik ada desas-desus Mahyuddin diregukan untuk rebut jawatan Timbalan Presiden Umno Disember ini?
Agak sukar untuk saya jawab soalan ini. Tapi, persepsi umum sejak sesudah Pilihan Raya Umum ke 12, rata-ratanya amat yakin bahawa gandingan Tengku Razaleigh dan Muhyiddin mampu menguruskan Malaysia yang berkecamuk akibat kelemahan Abdullah pada hari ini.
Persepsi umum ini nampaknya sudah membayangkan realiti yang diharap-harapkan. Saya yakin warga Umno ketika ini memang amat menanti-nantikan kepimpinan tertinggi parti diberikan kepada orang baru. Dalam pada itu, ada segolongan warga Umno mahu Datuk Seri Najib Razak menggantikan Abdullah.
Tapi, kerana Najib dikatakan terlalu mengikut rentak Abdullah kebelakangan ini, beliau juga kini mula dipertikaikan secara meluas. Sama ada Najib mampu mengatasi perkembangan seperti ini, kita tunggu dan lihatlah sendiri kesudahannya kelak.Kembali kepada soal Razaleigh-Muhyiddin, ini mungkin bukan satu gandingan yang ideal. Tetapi, adakah gandingan Najib-Muhyiddin juga boleh menjanjikan sesuatu yang ideal?
Warga Umno hari ini hanya mengharapkan sesiapa sahaja yang dapat sokongan dan dukungan majoriti untuk menggantikan Abdullah, insan ini wajar diterima dengan hati terbuka demi agama, bangsa dan tanahair!Soal sama ada Razaleigh-Muhyiddin akan beregu dalam pemilihan Umno Disember 2008 ini juga sukar untuk dipastikan sekarang. Perkembangan siasah Malaysia hari ini amat volatile dan renyah. Apa sahaja boleh dan mungkin boleh terjadi pada esok atau lusa!
Berdasarkan senario ini, adakah Dato' melihat Majlis Tertinggi Umno akan menerima Tun kembali dengan agenda tersendirinya itu? Tidakkah ia akan mengancam regu Abdullah-Najib?
Saya tidak termampu untuk jawab bagi pihak Majlis Tertinggi Umno. Tetapi, kalau Abdullah nak anggap Umno sebagai sebuah syarikat milik persendirian, maka anggapan itu meleset. Kalau Abdullah nak anggap yang perjuangan Umno adalah untuk mempertahankan dirinya sendiri pun amat silap. Mahathir nak kembali ke pangkuan Umno untuk membantu memperkukuhkan Umno.
Mahathir mahu bersama-sama warga besar Umno berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh Umno hari ini. Mahathir mahu Umno kembali perkasa, kembali dihormati dan kembali disegani semua pihak, kawan dan lawan. Kalau Abdullah rasa terancam dengan kembalinya Mahathir ke dalam Umno, eloklah beliau mengundurkan diri dengan segera untuk membebaskan dirinya daripada ancaman itu.
Kalau Abdullah mahu menyekat kemasukan semula Mahathir, ini bermakna Abdullah akan bertindak semata-mata untuk melindungi kepentingan dirinya sendiri. Ini juga bermakna Abdullah akan bertindak menafikan sokongan dan aspirasi warga Umno terhadap kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno ketika ini. Beranikah Abdullah bertindak menafikan aspirasi warga Umno?
Jika berlaku pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan serta Naib-Naib Presiden Umno Disember ini, apa akan terjadi dengan Pelan Peralihan Kuasa 2010?
Formula peralihan kuasa oleh Abdullah adalah sesuatu yang penuh ironi dan penuh misteri. Ironinya, penggal Abdullah sebagai Presiden Umno akan tamat Disember 2008 ini. Kalau begitu, siapakah yang beri mandat kepada Abdullah untuk merangka jangka masa 2010 bagi menyerahkan kuasa kepada penggantinya?
Bagaimana kalau Abdullah kecundang dalam pemilihan parti ini kelak? Bagaimana jika Najib yang tewas? Bagaimana jika peralihan kuasa ini jadi punca utama segolongan besar warga Umno menolak regu Abdullah dan Najib?Satu lagi adalah misteri di sebalik formula peralihan kuasa ini.
Mengambilkira Abdullah jadi Presiden Umno sesudah Disember 2008, dan mengambilkira Najib juga terus jadi Timbalan Presiden Umno, siapa boleh memastikan Abdullah akan mengkotakan kata-katanya yang Najib jadi penggantinya?Bagaimana jika Najib dikekang dan dihalang oleh sesuatu masalah atau konspirasi yang serius?Bagaimana jika formula peralihan kuasa ini hanya dijadikan “penyedap mulut” untuk mengelakkan Najib menentang Abdullah Disember ini?
Saya kemukakan soalan-soalan di atas kerana formula peralihan kuasa yang diheboh-hebohkan oleh Abdullah sentiasa saya curigai. Banyak pihak lain juga mencurigai keikhlasan Abdullah mengenai formula peralihan itu. Saya juga berpendirian sebegini kerana saya tahu kini banyak percaturan dan konspirasi politik sedang berlaku di belakang tabir.
Bagaimanakah jika Najib yang jadi mangsa utama percaturan dan konspirasi ini? Bagaimana jika konspirasi dan percaturan yang saya dengar ini memang sengaja dilaksanakan dengan tujuan meminggirkan Najib dan memunculkan seorang muka lain yang lebih serasi dengan Abdullah dan juga serasi dengan agenda-agenda pelbagai elemen di balik tabir yang memagari Abdullah?
Pada tanggapan Datuk bagaimana peluang Mukhriz Tun Mahathir untuk menempatkan diri sebagai Ketua Pemuda Umno Disember ini? Faktor Khairi Jamaluddin, apa yang boleh diperkatakan?
Saya kurang mengikuti perkembangan politik Pemuda Umno. Bagaimanapun, saya yakin perwakilan Pemuda Umno bijak menilai keadaan untuk disesuaikan dengan matlamat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Mukhriz berpotensi besar jadi seorang pemimpin berwibawa dan ikhlas.Saya tak boleh menghuraikan faktor Khairy.
Ini kerana ikut persepsi umum, beliau merupakan seorang anak muda amat berpengaruh dan jadi gagah menerusi keajaibannya yang tersendiri. Bagaimanapun, keajaiban pemimpin silam Umno adalah terletak kepada kebijaksanaan mereka memberikan roh, jiwa, hati dan nurani kepada maksud perkataan. Hidup Melayu!
Nampaknya Pemuda tidak berbuat sesuatu dalam mengukuhkan Umno dan BN.? Hari ini parti itu diasak oleh MCA, Gerakan dan MIC, kerana mementingkan diri. Apakah agenda yang patut diutarakan Pemuda untuk mengukuhkan parti dan BN?
Wajar kalau soalan ini ditujukan kepada Pergerakan Pemuda Umno, kepada Hishamuddin atau kepada Khairy. Kalau tak, tanyalah sendiri kepada Abdullah kerana beliau yang sentiasa amat yakin yang Umno masih kuat dan Barisan Nasional (BN) tidak berpecah!
Mungkin Datuk ada penilaian sendiri tentang kempen-kempen yang makin teruk di peringkat bahagian sekarang hingga tercetus insiden seperti bunuh, simbah asid, bertumbuk dan sebagainya?
Saya pasti, semua kes ini sudah jadi kes mahkamah atau sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi, tanpa merujuk kepada mana-mana kes secara spesifik, saya anggap apa yang berlaku hari ini adalah manifestasi satu kehancuran akibat kepimpinan yang tidak tegas, lemah dan bergelumang dengan percaturan kuasa.
Itulah sebabnya Umno mesti diperkasakan semula. Itulah sebabnya Umno perlu dapatkan pemimpin nombor satu yang baru. Itulah sebab Umno mesti kembali kepada asas perjuangannya yang ikhlas dan jujur tanpa sebarang motivasi kebendaan, kuasa, pangkat atau harta.
Tun Mahathir pernah ramalkan Umno akan tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti jika tiada perubahan drastik dilakukan. Apakah Datuk percaya atau ia sekadar propaganda Tun Mahathir semata?
Ramalan Mahathir ini bukan propaganda. Mahathir menyatakan kebenaran demi agama, bangsa dan tanahairnya. Mahathir membuat ramalan itu bukan kerana beliau nak rampas kuasa atau mahu kembali berkuasa.
Mahathir cakap gitu kerana beliau mahu kepimpinan hari ini insaf bahawa kalau mereka terus dibelenggu sindrom penafian, jika korupsi dan neopotisme terus berleluasa, jika hipokrasi dan pembohongan sudah jadi amalan harian, Barisan Nasional memang akan hancur menerusi Pilihan Raya Umum ke 13.
Saya sendiri sering menyatakan gambaran ini. Saya paparkan gambaran ini secara ikhlas dan jujur setelah saya rasakan denyut nadi dan naluri rakyat jelata menerusi pelbagai 'posting' dalam blog kendalian saya sendiri.
Pada pertengahan 2006 dulu pun saya katakan bahawa Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 12 jika Abdullah dan kroninya terus bertindak seperti apa yang mereka telah bertindak menjelang Pilihan Raya Umum ke 12. Bila saya ramal begitu, orang tuduh saya nak tumbangkan Abdullah. Tapi, bukankah Pilihan Raya Umum 12 jadi bukti sahih kepada kenyataan saya?
Pandangan Datuk mengenai pro dan kontra tentang rancangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September ini. Adakah ia akan berlaku?
Allah SWT juga yang Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya. Tetapi, seperti yang saya poskan dalam blog saya awal pagi tadi (11 September), nampaknya Dato' Seri Anwar Ibrahim amat yakin dengan apa yang beliau yakini. Pelbagai maklumat yang saya perlolehi juga seolah-olah menjurus ke aras apa yang disuarakan oleh Anwar. Antara maklumat itu juga membayangkan terjadinya suatu kejutan yang tidak diduga oleh semua pihak pada ketika ini.
Bagaimana dengan kes liwat yang sedang didakwa ke atas Dato' Seri Anwar, tidakkah ia akan jadi faktor penghalang yang akan mengganggu jalan beliau ke Putrajaya?
Elok kita hindari persoalan ini kerana sudah pun dibawa ke mahkamah. Mudah-mudahan Allah SWT akan memandu kita semua ke arah perjuangan mengikut jalan yang lurus dan sentiasa diredhaiNya. Kepada Allah Berserah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan