KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, September 06, 2008

BN makin cemas, gelabah menanti 16 September yang keramat


KETIKA ada suara dari Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail pula menambahkan lagi 'gawat' Umno yang semakin tercengkam 'sumpah laknatnya'.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sudah memohon maaf kepada orang-orang Cina bagi pihak Umno atas 'keceluparan' mulut Ahmad dalam keghairahan kempen BN di Permatang Pauh.

Ahmad menafikan dia bukan seorang perkauman dan kekecohan yang timbul ekoran kenyataannya mengenai masyarakat Cina sebagai 'penumpang' di negara ini berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Signal dan mesej Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula cukup jelas untuk difahami. Dia menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN. Parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.

Semuanya terjadi menjelang 16 September yang diperkatakan cukup 'keramat'. Ketika bergentayangan sms kononnya lebih banyak parti-parti komponen BN yang akan 'melompat' ke dalam Pakatan, nampaknya makin gelabah pemimpin Umno bertahan dan menampal keyakinan rakyat semula.

Penyakit lama Umno yang sudah menjadi kanser, ternyata cukup payah dipulihkan. Menjelang pemilihan bahagian parti itu sekarang, pelbagai musibah melanda. Ada yang ditumbuk, disimbah asid, ditembak mati, rasuah dan politik wang. Ia makin kerap dan trampil sifatnya.

Apapun yang dilafazkan Ahmad tentang orang Cina sebagai 'penumpang' sudah tidak penting. Sikap angkuhnya pada sidang media 5 Ogos lalu, disiarkan oleh semua stesyen tv bakal mengundang malapetaka baru untuk Umno. Hubungan erat antara parti itu dengan Gerakan dan MCA khususnya, mungkin goyah berdasarkan perkembangan terkini.

Hanya Dato' Seri Abdullah Badawi yang tidak hadir pada sidang media itu. Sebaliknya 11 dari 12 Ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang mendokong Ahmad. Apakah yang boleh dibaca dari sokongan ketua-ketua bahagian seluruh Pulau Pinang itu?

Adakah langkah Najib memohon maaf bagi pihak Umno, dijawab tunai melalui sidang media itu oleh Ketua Umno Bukit Bendera tersebut?

Benarkah Abdullah gagal menghubungi Ahmad untuk mendapatkan penjelasan?

Permatang Pauh patutnya menjadi pengajaran kepada Umno. Namun, apakah mekanisme yang boleh digunakan untuk menjanakan semula BN bagi menarik sokongan genarasi muda dan mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah, tanya Naib Presidennya, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin antara pemimpin yang lantang 'melanyak' Umno. Bukan sahaja Tan Sri Sanusi Junid malah Tun Mahathir juga melihat pemimpin dari Johor ini berpotensi untuk menggantikan Abdullah. Dia berani, lantang dan segar.

Banyak tegurannya, tetapi akhirnya dimatikan oleh Abdullah. Kini, bergentayangan sekali lagi, nama Muhyiddin disebut-sebut akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat menjelang pembentukan Kerajaan Baharu Malaysia 16 September ini.

Memang beliau salah seorang yang dikatakan tidak sehaluan dengan kerajaan pimpinan Abdullah.

Apakah Muhyiddin juga telah menelah awal kisah di sebalik anggota BN-BBC mengada lawatan ke luar negara dalam bulan Ramadhan selain meninggalkan paspot masing-masing. Ia seolah-olah mengesahkan beberapa khabar angin mengenai isu melompat parti yang sedang dirancang Pakatan Rakyat.

Mengapa gelabah? Nampaknya Najib dan Abdullah terpaksa bertahan dan menangkis seperti pembangkang yang tidak berkuku dan tiada kuasa lagaknya!

2 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kerajaan katak...

mana ada negara Islam..

Unknown berkata...

BN sudah gelabah
Kerana Anwar mula gertak
Kalau tak gembaq,sapa nak percaya
Orang Cina suka hati
Kerana Anwar jadi menteli
Orang Hindu riang gembira
Kerana nak kasi Hindu raya
Orang Melayu terasa hati
Kerana takut hilang kuasa
Orang Pas nak takut apa
Sebab mereka boleh lompat
Ada ketua yang rendah diri
Mereka takut jadi Perdana Menteri
Negara Malaysia bukan Negara Melayu
Orang Melayu Tak Semestinya Islam
Orang PAS ada juga yang berseluar pendek
Kerana mereka orang Cina
31hb Ogos Persekutuan Tanah Melayu Merdeka bukan Malaysia yang Merdeka
Bukan PAS yang Merdeka
Bukan Cina yang Merdeka
Bukan India yang Merdeka
TAPI MELAYU,MELAYU,MELAYU
PAS bukan PARTI UNTUK ORANG MELAYU
BUKAN PARTI UNTUK ORANG ISLAM
Kerana Cina pun dah jadi AHLI
Kalau dulu pangkah cina kafir
Kini pangkah cina .......

UMNO parti yang sangat lama
Tapi pemimpin lani sangat bodo
Ada ka patut nak bagi jersi bola
Ingat remaja kemaruk sangat

Bila Selangor Banjir Depa yang KALUT
DEPA ingat depa memerintah
BIAQ la kat PKR yang memberi bantuan
Hampa tu tengok saja.

Awat depa ingat depa pi tolong,mangsa banjir,rakyat nak kata depa baguih,depa tau dak,yang rakyat MELUAT dengan sikap BERMUKA MUKA depa.Tapi kalau dah UMNO bagi BANTUAN,rakyat balun saja,pangkah tetap PKR.
Hoi UMNO...hampa dah lupa ka yang MELAYU MUDAH LUPA,hari ini hampa tolong,esok depa lupa.Biaq pi la kat rakyat Selangor dan Kedah.Nak banjir atau kena ribut taufan pun,Depa dah ada pemimpin yang depa pilih sendiri,yang UMNO dok kalut apahal.Mampuih pi la kat depa.
UMNO PAHAM KA