Muqadimmah: Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad yang sering bangun dengan soalan-soalan panas di Dewan Rakyat, terus diburu. Beliau berkelulusan kejuruteraan minyak dan bekas jurutera Petronas, tidak lekang dengan fakta bernas dan hujah tajam ketika berceramah dan berbahas. Ikuti terjahan "5 Soalan Panas".
1. Kenapa abang-adik (Dato' Shahril-Khalid) masuk parti yang berlainan sehingga kemungkinan melambangkan hubungan keluarga yang berbeza?
Khalid Samad: (Ketawa) Soal parti yang dipilih merupakan fahaman masing-masing namun tidak bermakna hubungan keluarga terjejas. Ianya mungkin dipengaruhi di mana dan zaman kami menuntut. Beza antara saya dengan abang Sharir Samad ialah 8 tahun usia.
Dia masuk Universiti Malaya tahun 60an manakala saya di Universiti Leeds di United Kingdom pada sekitar tahun 70an. Pada era abang saya, ianya dipengaruhi oleh suasana semangat Kebangsaan Melayu. Isu 13 Mei yang berbangkit dan pelbagai masalah kepentingan dan kedaulatan Melayu. Manakala ketika saya di universiti, gerakan dan perjuangan Islam pula bangkit ketika itu maka kedua-dua kami mungkin dipengaruhi oleh suasana politik di kampus sehingga mencorakkan pemikiran politik kami masing-masing.Apapun hubungan keluarga sangat baik dan saya percaya kedua-duanya juga inginkan yang terbaik, cuma cara berbeza dan apa jua yang dirasakan untuk dapatkan yang terbaik.
2. Saudara masuk gereja bertemu penganut Kristian selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. Kenapa?
Kita masuk pilihan raya dengan tema 'PAS for All' yang menjamin keadilan kepada semua pihak. Kita yang mahu mewakili semua golongan mestilah juga bertemu dan melayan mereka dengan baik di samping mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.
Tidak timbul perkara berbangkit jika kita bertemu untuk berdialog, berbincang hatta mendengar masalah yang dihadapi oleh orang-orang Kristian sekalipun kerana kita juga mencontohi Rasullulah ketika memerintah Kota Madinah, turut menziarahi pusat pengajian Yahudi demi untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam.
Untuk menghayati tema kita itu, kita mesti praktikkan dan bersua muka dengan mereka. Di Shah Alam ada 60 peratus sahaja umat Islam manakala selebihnya bukan Islam, maka kita kena sentiasa mendampingi mereka.
Saya bertemu penganut Kristian tersebut kerana mendapat tahu paderi gereja berkenaan pernah mengajak pengikutnya dan 'ahli kariahnya' berkempen untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Saya rasa pertemuan itu tidak ada masalah kerana ingin mengeratkan hubungan antara kaum.
3. Mengapa Saudara bersedia menemui bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo dua hari selepas pilihan raya umum?
Saya bertemu dengan Khir Toyo selepas surat perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ditandatangani pada 10 Mac, manakala saya bertemu dengan dia pada malam tersebut. Tujuan saya bertemu kerana suasana politik di Selangor ketika itu tidak menentu sehingga kita mendapat maklumat bahawa kemungkinan Pemuda Umno Selangor akan buat kacau bilau jika kalah di Selangor.
Selangor ini pernah ada sejarah seumpama itu seperti 13 Mei 1969 sehingga tercetusnya kacau-bilau apabila Umno kalah. Jadi kita pergi berjumpa sebagai taktikal dan strategi serta memberi sedikit harapan kepada Umno supaya membatalkan niat seperti itu jika ada.
Jika tidak berjumpa, takut mereka akan tersentak dengan kekalahan mereka dan dengan itu menimbulkan kekecohan.Kita pergi untuk menenangkan suasana dan tengok betul atau tidak kemungkinan yang dikatakan itu. Dalam sejarah peperangan, dua bala tentera yang bertemu di medan perang sekalipun akan berbincang sebelum berperang sesama sendiri pada ketika-ketika tertentu.
Dalam berbincang itu kita mengkaji dan menilai strategi mereka dan akhirnya kita putuskan perkara kacau bilau itu tidak akan berlaku. Ianya cuma khabar angin dan mereka juga tidak ada kemampuan dan persiapan yang hebat untuk menggempur situasi begitu. Suasana sekarang bukan seperti dulu. Dahulu Umno begitu kuat dikalangan Melayu di Selangor.
Sekarang ini KeADILan pun ada melayu dan PAS juga semakin berpengaruh. Isu perkauman tidak semudah dulu untuk diperalatkan oleh Umno.
4.Saudara pernah bergiat aktif dengan gerakan Islam di United Kingdom malah cuba untuk menubuhkan Parti Negara Islam sekembalinya ke negara tetapi akhirnya menyertai PAS, apa dah jadi?
Saya pernah aktif dalam Suara Al-Islam di UK dan berpandangan walaupun kita mengambil idea dan mencedok pengalaman dari perjuangan Ikhwan dan Jamaat Islami, kita merasakan perlunya satu pertubuhan atau parti politik yang dibentuk seiring dengan iklim dan keadaan politik Malaysia.
Ketika itu PAS baru keluar daripada Barisan Nasional dan masih mengekal sifat kebangsaan 'assabiyah' yang kita tentang.Jadi kita balik dari UK pada 1979 untuk tubuhkan Parti Negara Islam dan cuba untuk daftarkan pada 1981 tapi tidak berjaya
Kemudian dalam pilihan raya 1982, dua calon kita bertanding tetapi tidak menentang PAS, dan kita adalah kumpulan yang pertama mendekati orang bukan Islam iaitu di kawasan Kepong dan Sungai Besi. Kita beri risalah dan berjumpa dengan orang bukan Islam pada ketika itu yang PAS tidak buat.
Pada Muktamar 1983, perubahan besar berlaku apabila PAS menerima Kepimpinan Ulama
sebagai teraju yang diketuai oleh almarhum Tuan Haji Yusof Ar-Rawa dan almarhum Ustaz Fadhil Noor. Sikap kepimpinan ulama pada waktu itu yang mahu mengajak semua pihak menyokong PAS demi perjuangan Islam menyebabkan saya akhirnya menyertai parti ini.Secara kesimpulan dua faktor, iaitu kepimpinan ulama yang terbuka dalam PAS dan berusaha untuk memasyarakatkan PAS dan keduanya kerana tidak berjaya untuk tubuhkan Parti Negara Islam itu adalah sebab mengapa saya menyertai PAS.
5. Seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri dan Saudara dilantik menggantikan tempat abang Saudara yang menjawat Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharir Samad, apakah yang pertama sekali akan Saudara lakukan?
Rasanya macam tak sesuai nak jawab soalan ini (ketawa lagi). Tak apalah...! Saya akan kaji balik mekanisme untuk menentukan harga minyak yang tidak terlalu bergantung kepada pasaran dunia. Mekanisme yang dibentuk nanti, tidak begitu mudah dimanipulasikan golongan antarabangsa khususnya spekulator.
Kita akan perincikan kos pengeluaran dan keuntungan Petronas dipasaran dalam negeri. Kita akan pertimbangkan keuntungan yang wajar tetapi tidak mengabaikan dan menghimpit hidup rakyat. Harga minyak dipasaran dalam negeri akan mengikut mekanisme ini tetapi harga bila kita jual kepada negara asing semestinya akan mengikut harga pasaran antarabangsa.
Sekiranya kita kekalkan mekanisme yang sedia ada, ini bererti kita seolah-olah melayan rakyat kita sendiri sebagai warga asing. Sedangkan mereka adalah pemilik minyak negara. Tidakkah sepatutnya rakyat sebagai pemilik sebenar dilayani dengan lebih adil?
Mekanisme sebegini akan terselamat dari lonjakan harga disebabkan tindakan spekulasi di peringkat antarabangsa. Ia mampu melindungi rakyat sedangkan mekanisme sedia ada seolah-olah kerajaan lepas tangan dan serah kepada rakyat untuk tanggung sendiri.Pada dasarnya, kerajaan, selain dari berusaha memajukan negara, mesti juga membela dan melindungi rakyat serta ekonomi negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan