KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 18, 2008

BN terdesak peralatkan ISA cetus 'rasa cemas' rakyat

MENURUT sumber, sekurang-kurangnya 15 orang akan menjadi mangsa keganasan akta zalim ISA dalam masa terdekat. Ia boleh dilihat, bermulanya episod 'api perkauman' yang dicetuskan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang diputarkan oleh media massa.

Pemimpin DAP, Teresa Kok ditahan ISA hari ini, 12 September. Beliau orang ketiga ditahan selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pada hari yang sama.

Teresa Ahli Parlimen Seputeh yang juga Exco Kerajaan Selangor ditahan kira-kira jam 11.18 malam. Kenderaannya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Teresa menjadi tumpuan laporan media - terutama akhbar harian berbahasa Melayu - selepas timbulnya dakwaan bahawa beliau telah meminta pegawai masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara ketika melaungkan azan.

Kok bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tidak dipastikan sama ada penahanannya itu ada kaitan. Tetapi, manipulasi media semalam, 11 September memberi signal jelas kepada tangkapan itu.

Di Pulau Pinang, ISA memakan mangsa keduanya. Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan pada jam 8.30 malam di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tan dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang.

Beliau wartawan pertama melaporkan kenyataan Dato' Ahmad Ismail yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini. Tan ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman.

Sehingga kini, belum diketahui nasib Datuk Ahmad yang tetap enggan memohon maaf terhadap kenyataan 'perkaumannya' itu, walaupun digantung tiga tahun oleh Umno.

Apakah beliau salah seorang yang akan ditelan ISA bagi 'memanaskan' suhu politik yang dikatakan 'kambing hitam' untuk mencetuskan rasa cemas perkauman.

Sesiapa sahaja, tentulah bersifir Ahmad yang sepatutnya ditahan di bawah ISA dan "bukannya wartawan yang melaporkan apa yang dikatakannya" itu. Tetapi, gelombang ISA makin terasa setelah MT Umno meminta kerajaan aktifkan akta zalim itu untuk membendung, kononnya 'api perkauman' di negara ini.

Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, orang pertama dijerkah ISA. Beliau ditahan tengahari 12 September di rumahnya. Bernama memetik Syed Hamid Albar sebagai berkata, penahanan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

Seksyen 73(1), membolehkan polis menahan mangsa ISA untuk tempoh maksimum 60 hari untuk siasatan. Selepas itu, berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut, beliau boleh ditahan selama dua tahun di bawah Seksyen 8 akta yang sama.

Isunya, apakah ini langkah terdesak Abdullah untuk menyelamatkan kerajaannya yang bakal tumbang? Sudah tentulah, ISA dikecam hebat untuk apa tujuan sekalipun. Hatta, saya tidak bersetuju sama sekali ianya digunakan terhadap Perdana Menteri sendiri. Ia akta zalim yang wajib ditentang siapa saja.

Keganasan ISA patut dihentikan! Ia bukan jalan keluar...

1 ulasan:

Sutera Timur berkata...

Saudara SANGGAHTOKSAGO ,

Benarkah menyebut perkataan penumpg atau pendatang itu salah atau perkauman.Kalau macm tu perkataan immigrant juga perkaumanlah ya?Immigrant di AUSTRALIA DAN ENGLAND selalu disebut oleh mak salleh disana bagi bangsa china atau lain2 tak mengamuk pula china sedar diri disana disini manja sangat sampai tak boleh sebut em..em...

pula ......gitu ya ...disokong pula melayu macam awak semua ....chi....chi....chi.....SAYA TAK MAHU KOMEN BANYAK CUMA tolong lah baca petikan ucapan dari .Pemimpin ..terdahulu dari MIC SEMASA ZAMAN PASCA KEMERDEKAAN DULU.... kalau kalian dah lupa tentang sejarah.... disini..

Tun V. T. Sambanthan( 1919 - 1979 )



Manakala Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos Dan Telekom, Tun V. T. Sambanthan pula pernah memberikan ucapan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 yang berbunyi :

Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, seterusnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudiannya. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh isu perkauman? Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang telah mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?


Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak diterima di Ceylon dan juga Burma. Dan lihat pula kepada saudara kita kaum Cina. Mereka juga tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar. Manakala di Ceylon pula, mereka tidak diberikan taraf warganegara, sama seperti di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu tetapi apa pula yang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.


(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60).

MANAKALA ini ucapan Pemimpin dari MCA.....SEMASA zaman pasca merdeka...


Tun Tan Siew Sin( 1916 - 1988 )



Presiden MCA merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tun Tan Siew Sin, telah dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics On Special Previleges” pada 30 April 1969 sebagai berkata:


Terjemahan :

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah-hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.


(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39).

Alangkah bagusnya kalau semua warga Malaysia dapat membaca dan memahami apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin ini supaya mereka sentiasa ingat dengan kemurahan hati pemimpin dan orang Melayulah membolehkan mereka hidup aman dan makmur serta dapat ( China dan India ) mencari rezeki tanpa gangguan dan mengumpul kekayaan sebanyak mungkin.Cuma apa yang Bumiputra /melayu harapkan hormatilah hak-hak Bumiputra seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dan telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.