Muqaddimah: Pemerhati dan penganalisa politik, semuanya menghalakan fokusnya ke Permatang Pauh. Ada sesuatu yang unik dan menarik di sana. Telaahlah wawancara ini bersama Pengarah Kempen Pilihan Raya Kecil PAS bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mujahid Yusof Rawa bagi mencungkil keunikan itu.
Ulasan Dr tentang perjalanan kempen kedua-dua pihak bertanding dan kesan kepada pengundi?
Dr Mujahid: Setakat ini kempen berjalan lancar dengan kedua-dua pihak nampak bersungguh-sungguh. Justeru saya lihat banyak kempen yang berjalan dengan sifat ceramah-ceramah dan secara personal iaitu dari rumah ke rumah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri berkempen dengan mengunjungi pengundi di pasar-pasar, ke masjid, rumah ke rumah, buat tahlil di masjid dan ianya lebih kepada 'personal touch'. Kita lebih berkempen dengan PAS diminta beri perhatian kepada pengundi Melayu.
Apa sebab beri perhatian kepada pengundi Melayu?
Ia disebabkan kesan terhadap serangan ke atas Anwar. Nampaknya pengundi Melayu sedikit terpengaruh. Namun tidak secara menyeluruh kerana yang terkesan sedikit sahaja. Kita tumpu kepada pengundi Melayu dengan PAS yang buat kempen itu kawasan Melayu.
Isu sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan dalam kes dakwaan liwat babitkan Anwar, adakah ia mempengaruhi pengundi?
Ada sedikit tetapi tidak jejaskan sangat. Namun isunya kali ini ialah kita nak capai majoriti yang lebih baik. Itu yang kita nak cuba tingkatkan. Selain itu tak ada insiden yang terlalu berat, nampak berjalan lancar jentera dua pihak tumpu kepada isu semasa yang ada.
Kehadiran polis dan FRU yang ramai di sana apa sebabnya?
Selalunya dalam pilihan raya kecil, isu keselamatan jadi keutamaan. Dalam tekanan yang tinggi pihak keselamatan melihat sebarang kemungkinan yang boleh jejaskan aspek tersebut.Sebenarnya kita tidak perlu bimbang kerana kedua-dua pihak sudah matang. Kita di Pakatan Rakyat telah memberitahu kepada petugas kita jangan timbulkan kekacauan.
Justeru kalau ada kekacauan itu mungkin ditimbul oleh provokasi pihak lain, bukan pihak kitalah. Kita akan jaga disiplin dan undang-undang. Jangan terpengaruh dengan provokasi yang boleh jejaskan kempen dan pengundian Selasa ini. Nasihat saya kita tumpu kepada gerak kerja.
Khairy kata mahu kuburkan politik Anwar di Permatang Pauh. Apa komen Dr?
Sudah tentulah dalam pilihan raya ini macam-macam kenyataan panas tetapi kita minta jangan berlebihan, kerana setakat ini kita tidak serang mana-mana orang dengan isu peribadi. Kita lebih tumpukan kepada isu semasa.
Sudah tentu Khairy ini cakap ikut mulut sahaja dan dia tak nampak kepada perkembangan hari ini yang mana rakyat mahu kepada perubahan. Setakat cakap macam itu sebenarnya menunjukkan tak cerdiknya politik Khairy dan kebudak-budakanlah. Bagi saya sesuailah kita gelar dia ini sebagai pemuda yang tidak berpandangan jauh.
Nasihat Dr kepada pengundi dan jentera kempen?
Pada 26 ini saya nasihatkan jentera supaya menjaga undang-undang, peraturan. Pastikan kerja kita berjalan, pergi rumah ke rumah dan jumpa pengundi dan pastikan kemenangan calon kita. Kepada pengundi pula, kita harap mereka buat keputusan yang terbaik kerana Permatang Pauh ini akan membuka lembaran baru dalam sejarah negara. Justeru merekalah yang akan menyumbang kepada sejarahnya dan jangan sebaliknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan