Ikuti temubual bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat membincangkan isu pembangunan ulama dalam parti selaras dengan tema muktamar tahunan Dewan Ulama PAS Pusat, 'ulama Tonggak Perjuangan'.
Apa pandangan Tok Guru mengenai kurangnya bilangan ulama' dalam Jawatankuasa PAS Pusat sekarang ini, sedangkan PAS mendokong konsep kepimpinan ulama?
Ustaz Nik Abdul Aziz: Nak berapa ramai lagi ulama? Yang ada itu adalah ulama semuanya. Kita lihat kepada definisi ulama itu sendiri yang bermaksud orang yang berilmu. Tidak hanya mengkhususkan kepada golongan agamawan sahaja. Ianya mencakupi ilmu yang lebih luas.
Akhir-akhir ini, mengapa dilihat banyak pelajar lulusan agama tidak berminat untuk menyertai PAS? Mereka lebih gemar menyertai badan bukan kerajaan atau NGO.
Akhir-akhir ini, mengapa dilihat banyak pelajar lulusan agama tidak berminat untuk menyertai PAS? Mereka lebih gemar menyertai badan bukan kerajaan atau NGO.
Itu saya kurang pasti. Mungkin dengan sebab hendak cari makan dan nak jaga periuk nasi mereka. Dengan sebab itu lulusan agama dari luar khususnya lebih cenderung melibatkan diri dengan NGO. Kita tidak boleh menyalahkan mereka, asalkan mereka membantu menjalankan kerja-kerja untuk kemaslahatan Islam ianya tetap dikira sebagai sumbangan untuk Islam.
Ada tanggapan bahawa Dewan Ulama kini agak ketandusan pelapis. Barangkali Tok Guru ada persepsi lain?
Ada tanggapan bahawa Dewan Ulama kini agak ketandusan pelapis. Barangkali Tok Guru ada persepsi lain?
Saya lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah ulama kita tidak berkembang. Saya bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa kepimpinan golongan tersebut (ulama), terutamanya golongan muda di bawah 40 tahun, kurang berkesan dan tidak menguasai ilmu-ilmu kontemporari.
Apa ilmu yang perlu dikuasai oleh golongan ulama bagi memperlengkapkan diri sebagai daie pada masa ini?
Apa ilmu yang perlu dikuasai oleh golongan ulama bagi memperlengkapkan diri sebagai daie pada masa ini?
Kita kena yakin kepada dua perkara iaitu yang pertama, dunia ini kepunyaan Allah dan yang kedua, akhirat kelak Allah akan membalas segala perbuatan yang dilakukan di atas dunia ini. Penguasaan ilmu yang perlu adalah perlu dibuat berpegang kepada taqwa kepada Allah. Ia adalah perlu bagi melahirkan kesedaran diri bahawa ilmu sangat penting bagi mentaati Allah.Persoalan hidayah adalah milik Allah. Antara Abu Bakar dan Abu Jahal, Allah beri hidayah kepada Abu Bakar, tidak pada Abu Jahal. Walau bagaimanapun manusia ini tetap diberi pilihan dalam hidup ini, kerana manusia ada daya pilihan.
Apa pandangan Tok Guru jika negara kita mahupun PAS diterajui oleh kalangan bukan ulama?
Tiada masalah. Saya pernah kata sebelum ini bahawa orang Cina pun saya terima jadi menteri besar tetapi dengan syarat seperti yang saya maklumkan sebelum inilah. Mesti Islam.Apa yang perlu, kena ada dua perkara ini iaitu iltizam dan istiqamah. Iltizam yakni berpegang teguh dengan apa jua halangan dan rintangan. Kedua, istiqamah yakni berdiri tetap walaupun ketika tersepit, meskipun terpaksa menempuh jalan yang berliku-liku dan penuh berduri.Dalam keadaan tersepit ini akan timbul tindakan yang fatanah iaitu bijaksana. Bijak dan kreatif apabila kita susah, sukar mencari sesuatu penyelesaian. Inilah yang kita mahu lahirkan di kalangan ulama pada zaman ini.
Kita lihat ulama sekarang masih menggunakan metod tradisional dalam menghadapi perkembangan semasa, apatah lagi ketika berdepan dengan masyarakat bandar seperti di Kuala Lumpur. Macam mana Tok Guru melihat hal ini?
Kita lihat ulama sekarang masih menggunakan metod tradisional dalam menghadapi perkembangan semasa, apatah lagi ketika berdepan dengan masyarakat bandar seperti di Kuala Lumpur. Macam mana Tok Guru melihat hal ini?
Saya lihat masalah ini boleh ditangani dengan ulama menubuhkan satu unit yang dilatih untuk mendekati masyarakat bukan Islam. Jika dijemput, kita kena terima jemputan daripada orang bukan Islam.Termasuk di kuil, seperti mana saya dijemput oleh orang Hindu menyampaikan ceramah di kuil tidak lama lagi.
Apa yang penting, kita kena jaga hati mereka, jangan bagi terguris.Pada masa yang sama, mesti ada ulama yang ada daya fikir untuk buat agenda baru. Maksud saya kaedah baru contohnya berdakwah dengan kartun. Bentuk unit orang-orang muda dan bantu orang bukan Islam. Tulis buku tentang hujah untuk melawan sekular, kebangsaan. Saya lihat perkara-perkara ini perlu ada.
Macam saya sebut tadi, dewan ulama boleh tubuhkan unit khas untuk dekati mereka yang dikategorikan seperti orang bukan Islam, tinggal di bandar, masuk ke tempat-tempat yang di kalangan ulama ini sukar untuk pergi. Kita buat pelan tindakan yang tersusun. Ini proses dakwah yang mesti dibuat secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan