KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 04, 2008

Muslihat disebalik terjeratnya Exco Kerajaan Perak

NIZAR... tenang hadapi segala cabaran yang cuba menggugat dan menggigit kerajaan pimpinannya di Perak

MEMANG menggemparkan. Apa tidaknya, belumpun seminggu PAS menganjurkan Muktamar Tahunannya Ke 54 di Ipoh, kini kerajaan yang diketuainya itu cuba digugat dan digigit.
Tiba-tiba dua ahli Exco Kerajaan Perak dan seorang bekas Adun ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama tiga orang lagi 'ulat' kononnya untuk membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400.

Mereka ialah Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO (Adun Changkat Jering), Osman Mohd Jailu, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan (Adun Behrang), Jamaluddin Mohd Radzi dan Usaili Alias, mantan Adun Bota. Semuanya orang kuat Parti KeAdilan.


Ditahan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri iskandar bernilai RM180 juta.


Isunya, gaya penahanan yang cuba 'mengaibkan' imej Pakatan Rakyat. Rasuah dan seks adalah isu tegar yang lazim dijulang. Umpan ini hanya menonjolkan satu mesej 'cakap tidak serupa bikin' kepada pengundi Permatang Pauh. Maknanya, Pakatan Rakyat kotor dan jijik.


Apatah lagi, orang yang berusaha menghapuskan rasuah ialah Anwar sendiri sewaktu dalam kerajaan hingga kini. Dan isu seks, diperkuatkan sekali bagi mengiyakan tuduhan 'liwat' agar kempen mereka memiliki 'aura' bahawa Anwar seorang yang tidak boleh dipercayai.


Dari awal lagi, Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyifatkan ianya suatu penganiayaan kerana projek perumahan itu tidak wujud di Seri Iskandar. Beliau berasa agak ganjil bagaimana kedua-dua Exco itu boleh meluluskan atau mempercepatkan projek yang belum ada.

Nizar yakin ini suatu komplot dan konspirasi Umno-BN. Exconya teraniaya gara-gara percubaan mereka untuk membusukkan Pakatan Rakyat sebagai bahan kempen picisan di Permatang Pauh. Usaha media kongkongan mereka juga gagal menarah dan membelah kesatuan parti-parti dalam Pakatan.

Strateginya dua. Satu untuk kempen Permatang Pauh. Dan kedua sebagai lobi menumbangkan kerajaan Pakatan yang sedia ada. Jika kedua-dua Exco terbabit, kerusi itu akan dikosongkan. Umno Perak antara yang menjerit. Jika ada pilihan raya, harapan mereka untuk menang semula cerah. Itulah sifir dan congak Dato' Ramli Zahari dan Zainol Fadzi Paharudin, Ketua Pemuda Umno negeri.

Bahang panas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh nun di utara sana, bagai sukar diempang lagi. Anwar Ibrahim yang menguji nasib, makin gagah untuk membenamkan Arif Shah Omar Shah. Puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat bertandang di pusat penamaan calon berbanding kira-kira hanya 5,000 di sebelah BN.

Kempen-kempen fitnah amat dominan sekali disempurnakan oleh Umno yang sudah hilang taring dan seri di Pulau Mutiara itu. Tuduhan 'liwat' dipacu semahunya. Lagak pemberitaan arus perdana juga, terikut rentak propaganda picisan bilik gerakan BN Permatang Pauh.

Polis dan FRU terpaksa berjaga. Jumlahnya agak ramai. Untuk ketenteraman awam. Manalah tahu, tercetus pula rusuhan dan pergaduhan antara dua parti yang bertanding. Sesiapa yang bertandang ke kerusi ini, pastinya yakin, benar-benar yakin Anwar boleh melakar sejarah untuk menebas semak ke Putrajaya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Don't neglect resistance training for male enhancement jokes. Wkrtce opisz wszystkie wynalezione przeze mnie preparaty z jagody Acai czono ze sprzeda suplementw wspomagaj cych oczyszczanie organizmu. A Acai also: lowers pain in body joints.

My web page - Http://proenhancereview.com