KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 04, 2008

Politik wang mendominasi percakaran dalam perebutan jawatan Umno

TERGAMAK... Tun Mahathir sanggup keluar Umno kerana menentang Pak Lah dan adalah dipercayai percakaran dalam parti itu sebagai protes terhadap kepimpinan Umno yang makin lemah.

DARI awal lagi, Umno menolak tuntutan hutang lebih RM218,013,475juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd yang bertindak membekalkan bahan kempen pilihanraya umum pada Mac 2004. Sepenggal sudah berlalu.

Maka tentulah Pilihan Raya ke-12, memahatkan jawapan kukuh terhadap keupayaan tuntutan itu disempurnakan oleh parti Melayu itu. Realitinya, Umno menerima bahan propaganda seperti poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya. Alasannya mudah, ia untuk BN.

Syarikat itu telah menghantar invois kepada Bendahari Umno, Dato' Abdul Azim Zabidi dan pada 22 Mei 2004, surat dihantar kepada defendan tetapi masih gagal mendapatkan bayaran.

Dalam pernyataan tuntutan, Elegant Advisory menamakan Abdul Azim sebagai defendan kerana beliau ialah Bendahari Umno dan pegawai parti itu yang berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966. Di samping RM218 juta itu, syarikat itu juga memohon faedah lapan peratus setahun dari tarikh writ saman itu difailkan sehingga kes itu selesai di mahkamah.

Hari ini, Umno bagaikan hilang fokus. Pertarungan sengit dan dahsyat diperingkat bahagian makin menonjolkan jenayah politik wang. Bukan Umno tidak mampu untuk menjelaskan hutang, tetapi tabiatnya dengan wang cukup mudah memesongkan arah.

Dato' Mustapa Mohamed mendakwa berlaku politik wang yang cukup kronik bermula di peringkat cawangan. Dato' Seri Azalina Othman Said upaya menewaskan penyandang Ketua Umno Bahagian Pengerang, Harun Abdullah. Harun mendakwa, puncanya politik wang juga.

Dato' Seri Dr. Rais Yatim menggunakan alasan yang sama, kononnya dia amat payah raih undi bertanding kerana beliau seorang calon yang tidak mampu menyogokkan duit.

Di Negeri Sembilan seorang calon ketua bahagian ditahan BPR kerana didakwa menyogok RM500 kepada seseorang yang dipercayai ketua cawangan, di tempat parkir kereta di sebuah pusat membeli belah di Seremban.

Kalau orang seperti Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Dato' Seri Syed Hamid Albar menyifatkan pemilihan kali ini sebagai yang terburuk pernah ditemuinya selama menjadi pemimpin Umno, maka tiada ungkapan lain untuk menggambarkan betapa rapuhnya parti Melayu ini.

Bagi yang berjawatan, sudah tentulah akan dimanipulasikan sepenuhnya untuk tujuan itu. Yang berduit pula, terus menabur dan mengkabur pertarungan. Katanya ada macam-macam umpan disajikan termasuk menjanjikan anugerah bintang-bintang sempena hari Keputeraan Yang DiPertuan Negeri.

Kerja mereka bukan untuk peribadi tetapi untuk parti. Semuanya hanyut ditelan retorik juang. Ketika dunia berahi menalakan fokus ke Permatang Pauh, Umno tiada terangsang sedikitpun. Di sana saja, ada maklumat menyebut lima calon Ketua Bahagian akan bertarung. Enggan bersatu tetapi sedia lebur dek masalah dalaman yang cukup membusuk.

Belum ditinjau hampir 100 lebih usul yang menuntut Abdullah berhenti. Jadi, tidak hairanlah, pemilihan parti itu Disember ini bakal memusnahkan lagi sendi dan tiangnya. Gantikanlah Tan Sri Najib Tun Razak, atau sesiapa saja, hukum alam kelihatan kian hampir membungkus Umno!


Tiada ulasan: