DUA bulan lepas, saya mengunjungi Tan Sri Sanusi Junid di pejabatnya, di Mont Kiara bersama wartawan Harakah, Azamin Amin dan Wan Nordin Yaacob. Beliau memang fanatik Tun Mahathir Mohamad dan sanggup meninggalkan Umno untuk membuntuti mantan Perdana Menteri itu.
Semalam, Sanusi mengesahkan Mahathir akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan Presiden Umno pada 1987.
Semalam juga, Muhyiddin Yassin, yang menafikan beliau akan melompat ke Pakatan Rakyat 16 September ini, mendedahkan hasrat Mahathir yang sudah empat bulan meninggalkan Umno untuk kembali bergelumang mewarnai parti itu.
Mahathir memberitahu Muhyiddin, kemasukannya kali ini bagi membolehkan beliau memberi pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan BN yang kian lemah dan mengelupur sewaktu di bawah pengaruh Abdullah.
Menariknya, beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Sanusi Junid antara pemuka utama bermuzakarah dengan Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas. Banyak tafsiran boleh diramal dan diandaikan, apa di sebalik muzakarah tersebut.
Selain Mahathir, isteri beliau Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan Sanusi sendiri antara yang meninggalkan Umno. Anaknya, Mukhriz tidak berbuat demikian. Dengan perkembangan itu, pertempuran dalam Umno dilihat makin 'gawat' Disember ini.
Akhbar The Star melaporkan Mahathir telah dipujuk supaya kembali semula kepada Umno. Beliau yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu Abdullah undur segera. Nampaknya, Mahathir makin ghairah untuk melabuhkan kapak dan penukulnya bagi menarah regu Abdullah-Najib.
Muhyiddin yang dipuja-puji Mahathir dan Sanusi selama ini, telah berjaya memujuk beliau. Tiada diketahui apakah motif Muhyiddin menarik kembali Mahathir yang terang-terangan tidak sebulu dengan Abdullah.
Namun khabar angin tersebar luas sarat membawa mesej, Tengku Razaleigh akan memilih Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan Timbalan Presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Sudah tentulah Mahathir tidak menetapkan sebarang syarat sebab ada agenda 'sulit' yang sudah diketahui umum. Jika nawaitu beliau untuk menabalkan Ku Li sebagai Presiden Umno dan Muhyiddin Timbalannya sebagai pemangkin perubahan terkini, maka Abdullah-Najib tidak akan berpeluk tubuh.
Kebimbangan Mahathir tentang penerimaan 'keahlian Umnonya' tentu sekali berasas sekalipun Muhyiddin akan melobi pada MKT. Kemasukkan Mahathir akan memusnahkan Abdullah dan mentsunamikan impian Najib, untuk mengisi plan 2010 nanti.
Apakah Abdulah-Najib akan menerima Mahathir ketika asakan padu Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaannya? Cabaran mereka kian tegar dan sudah tentu Mahathir akan dihalang dari membantai dan mentalqinkan kepimpinannya.
Interbiu eksklusif Harakah yang diwakili saya, Ahmad Lutfi Othman, Sayuti Omar dan Zulkifli Sulong turut dirakam oleh TVPAS bersama Dato' Mustapha Ali, Isnin 9 September mengesahkan '16 September' tiada kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.
Anwar Ibrahim malam 10 September, mengubah sasaran '16 September' dan menganjakkan ke satu tarikh lain untuk peralihan kuasa seperti yang dirancang. Telahan Mustapha dan Mohd Sabu nyata berasas tetapi ini tidak akan melenakan Abdullah yang kian lemas dengan 'bom' Mahathir dan Anwar dari sisi yang berbeza.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan