KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mei 04, 2011

Mengapa Kerajaan Umno-BN takut hapuskan Akta Mesin Cetak 1984?


Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menuntut agar Kerajaan Pusat segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984  dan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) yang terus mengekang kebebasan media bagi tujuan mengekalkan kuasa Umno-BN.

Menegaskan perkara ini, Setiausahanya, Datuk Tarmizi Mohd Jam  (gambar kiri) menyifatkan kuasa penuh Menteri KDN dalam menentukan kelulusan permit baru dan memperbaharui permit asal setiap tahun membuktikan demokrasi di negara ini dikongkong mengikut acuan pemerintah Umno-BN.

Katanya, kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh juga, bukti lama yang tidak diendahkan oleh Umno-BN.

KAMI dari awal lagi menentang undang-undang yang zalim ini, dan mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan turut dimansuhkan.

Sebaliknya, tegas beliau, suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information (FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. 

KAMI juga kata Tarmizi kesal, pemecatan Presiden Kesatuan Wartawan (NUJ) Hata Wahari oleh suratkhabarnya Utusan Malaysia, yang juga majikannya, semata-mata kerana beliau menegur pengurusan akhbar itu agar ia tidak menjadi Lidah Pengarang UMNO tetapi harus berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan rakyat.

Beliau terkejut muktakhir ini, media jajahan Umno-BN mengetepikan etika kewartawanan dan bersedia menjadi alat propaganda kerajaan dengan membesarkan agenda menuduh parti pembangkang sebagai pengkhianat dan yang pelik ialah fitnah dan tohmahan video seks dibuat oleh media ini  atas alasan ia adalah kebebasan akhbar. 

KAMI amat yakin, media yang bebas dapat menegakkan demokrasi, keadilan, kebenaran, dan integriti dan mampu mengurangkan rasuah dan penyelewengan. 

"Ini telah dibuktikan dengan perbandingan negara yang mengamalkan kebebasan akhbar juga lazimnya adalah negara yang bersih," tegas Tarmizi lagi.

1 ulasan:

yes berkata...

Assalamualaikum Tuan, saya terbaca dalam blog Mahaguru 58 video yg menunjukan beliau menemuramah Datuk Harun Din.
Ada tertera di awal video " Islam is the first and only religion from Allah"
Persoalan di hati saya seperti berikut:
Adakah di zaman nabi Ibrahim lagi ugama nya di panggil Islam?
Begitu juga dg ugama di zaman nabi Musa dan Isa.
Jika tidak bukan kah segala ajaran ini datang dari Allah, cuma Islam adalah ugama yang terakhir dan di tuntut agar manusia sejagat menerimanya.
Semoga tuan dapat berbincang dengan ulam dan beri peneranga pada orang awam seperti saya.
Terima kasih