By TARMIZI MOHD JAM
TERLALU banyak desakan dan syor dari pelbagai pihak agar rakyat beralih memasang kemudahan gas NGV pada kenderaaan ekoran harga minyak yang naik begitu drastik oleh kerajaan BN yang boleh dianggap tidak mesra rakyat dan membalas dendam.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji, mempertimbang dan membenarkan semula pengeluaran wang KWSP para pencarum untuk tujuan memasang kemudahan gas NGV pada kenderaan. Ini jauh lebih baik dari perlaksanaan pengeluaran wang dana tersebut untuk tujuan pembelian komputer sedikit masa lalu.
Bukan sahaja menjimatkan, mesra alam tetapi jauh lebih banyak membantu individu dan keluarga terbabit dalam meringankan bebanan kos hidup mereka terutama di kawasan bandar.
Walaupun tindakan kerajaan boleh dianggap tidak prihatin dengan kenaikan harga minyak, gagal menyediakan kemudahan pam mengisi gas NGV di semua stesyen minyak serta gagal berkempen agar rakyat menggunakan gas NGV selama ini, tetapi ia belum terlambat jika kepekaan kerajaan untuk membantu dan meringankan kewangan rakyat ikhlas dengan mengatasi semua masalah tersebut dan menyediakan prasarananya dengan segera.
Pertama, beri kemudahan pengeluaran wang KWSP pencarum untuk tujuan pemasangan kemudahan gas NGV pada kenderaan. Kedua turunkan harga pemasangan kemudahan gas itu dengan subsidi kerajaan, ini kerana kos pemasangan antara RM4,000 hingga RM7,000 bagi sebuah kenderaan. Dan ketiga, kerajaan mesti mewajibkan semua stesyen minyak menyediakan pam mengisi gas NGV dengan menyediakan prasarananya.
Namun perlu diingat, janganlah pula ada syarikat proksi puak-puak BN muncul untuk mengaut untung di air keruh dengan memonopoli bisnes pemasangan kemudahan gas NGV ini.
Atau kerajaan terpaksa menunggu lebih lama dalam menjayakan rancangan ini semata-mata sibuk mencipta kroni yang layak bagi mendapat kontrak pemasangan dengan subsidi kerajaan itu kepada SCOMI, sebagai contoh.
Apapun, harga seliter gas NGV sekarang RM0.68 sen ternyata mampu menceriakan semula rakyat yang menderita ekoran kenaikan harga minyak pada 4 Jun lalu; petrol sebanyak RM0.78 seliter dan diesel RM1.00 seliter.
2 ulasan:
pengeluaran tunai untuk bayaran rumah bleh digunakan untuk pasng ngv (tabung2)
tapi siapa yg dah habiskan tabung 2 awal2, dah habislah duit dia.
hoho~
cukup ke..kosnya sangatlah mahal..huhU~
pamnya pun xbanyak..huhu~
Catat Ulasan