KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 14, 2008

Wazata Zin Puji English Section Harakah, Cerita Mr. Os & Akil Hai

By TARMIZI MOHD JAM

TENGAHARI tadi, sewaktu menunggu kereta diganti minyak hitam, baiki brek dan berbual-bual dengan Syam Rahman, pemilik bengkel Bumiputera Islam di Rawang, muncul pelawak veteran, Wazata Zain.

Syam sudah 10 tahun saya kenali kerana kemahirannya membaiki kereta jenis Mercedez dan BMW. Dulu dia pernah bekerja dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan pembaikan kereta-kereta jenama Mercedesz dan BMW sebelum membuka bengkel sendiri.

Kemahirannya cukup diyakini dan tidak payahlah untuk tergila-gila menghantar kereta jenama itu kepada bengkel berbangsa Cina "kononnya" mutu yang dipersembahkan oleh mereka jauh lebih baik dan diyakini dari dihantar kepada bengkel milik Bumiputera.

Wazata Zain merungut kereta Mercedesznya meragam, "mati-mati injin" di tengah jalan, minta Syam merawatnya. Dia menyapa saya dan kami minum pagi di warung hadapan bengkel. Dia memperkenalkan diri, begitu juga saya. Setelah dia tahu saya dari Harakah, terus memuji English Section Harakah yang amat diminatinya.

Katanya, hujah-hujah dan persembahan English Section Harakah jauh lebih wibawa dari Harakah edisi Melayu. Kenapa? Tanya dia? Bagaimanapun, dia mengucapkan tahniah kerana Harakah mampu mengubah minda pembaca khususnya yang minat dalam bahasa Inggeris.

Wazata mencadangkan kepada saya agar Harakah menyediakan kolum kecil mengkritik filem Melayu yang ada dewasa ini. Dari segi penggunaan bahasanya, pakaian, adab dan etika, jalan cerita yang katanya banyak menyimpang.

Saya tersenyum. Wazata kini adalah Exco Seniman yang menjaga urusan agama Islam. Katanya Datuk Mustapha Maaruf mahu dia memimpin biro itu. Lama juga dia tak muncul di kaca tv. "Dah pencen," katanya!

Setelah Wazata meninggalkan kami, Syam bercerita tentang Mr. Os kawan lama yang kini menganjak perubahan. Mr. Os seorang pelawak dan pelakon filem terkenal era awal 90an. Saya minta Syam ketemukan saya dengan dia di Bandar Sri Gombak. Lama tak jumpa. Mungkin ada banyak cerita dan berita dari Mr. Os yang kini sudah "lain"...

Katanya, Mr. Os masih tinggal di Batu Caves.

Kisah kawan saya dari Gopeng, penyanyi nasyid tersohor, penceramah PAS memikat -- Ustaz Akil Hai Ar-Rawa yang diheboh-hebohkan sudah berkahwin dengan Wahida juga menerujakan saya.

Rupanya banyak cerita tersirat bergentayangan yang saya tak tahu. Hari ini, baru saya tahu belakang tabir kisah itu yang tidak akan saya bongkar di blog ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

...bengkel berbangsa Cina.....kata-kata ini berbau racist. mengapa enta sbg pendokong pakatan masih racist, malah prejudis ini mungkin unislamic .

Tanpa Nama berkata...

abu razeen
mempromosi bengkel orang islam bukanlah racist janganlah sempitkan minda anda kita mahu ahli pas muda yang berfikiran matang

Tanpa Nama berkata...

saya tak pernah anti promosi bengkel org islam. Yg dipersoalkan ialah cara perenggan ketiga itu ditulis berbau racist.Org Cina boleh terasa hati. Minta Sdr Tarmizi lebih berhati hati, itu shj.

Tanpa Nama berkata...

abu razeen berkata...
...bengkel berbangsa Cina.....kata-kata ini berbau racist. mengapa enta sbg pendokong pakatan masih racist, malah prejudis ini mungkin unislamic .

2008 Jun 17 10:57
***********************************

Saya setuju dengan pandangan saudara. Sepatutnya penulis boleh guna perkataan lain seperti " bengkel kereta yang berbangsa lain".. Ini lebih manis.

Tanpa Nama berkata...

Keep on working, great job!

Here is my homepage; website

Tanpa Nama berkata...

This web site really has all the information I needed about this subject and didn't know who to ask.

my web blog :: http://callme2insure.com/