KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 11, 2008

Sultan Pahang Tak Terlibat Pecat Sanusi?


By AGENDADAILY.COM

TERBARU: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menegaskan, keputusan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah keputusan dan hak Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan universiti itu.

Katanya, keputusan tersebut adalah keputusan Sultan Pahang dan beliau tidak mempunyai ulasan lanjut mengenai perkara berkenaan.

Ditanya dakwaan Sanusi bahawa tindakan Sultan Pahang itu dibuat kerana adanya desakan daripada kerajaan, Khaled berkata : "Itu kena tanya Sultan Pahanglah…saya tidak boleh memberikan jawapan bagi pihak Sultan Pahang,” ulasnya ringkas ketika dihubungi oleh Agendadaily.

Berita awal: Persoalan mengenai kedudukan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari Selasa terjawab apabila beliau mengesahkan telah menerima surat penamatan khidmatnya di universiti berkenaan.

Namun pada sidang medianya di Kuala Lumpur petang Selasa, Sanusi berkata, tidak mungkin Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA memecat beliau kerana berdasarkan perlembagaan UIA, Ketua Perlembagaan hanya akan bertindak atas nasihat negara tuan rumah (dalam konteks ini negara tuan rumah bermaksud Perdana Menteri).

Beliau mendakwa hubungannya dengan Sultan Pahang " cukup baik".

Sehubungan itu, beliau percaya, keputusan menamatkan perkhidmatannya selaku Presiden UIA dibuat oleh Sultan Pahang atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan univerisiti antarabangsa itu.

Ikuti analisis seterusnya di Agendadaily.Com

1 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Semuanya ditentukan Allah.Kalau Allah nak pecat tak dak sapa boleh halang.Kalau Allah nak kekalkan sanusi,tak dak boleh pecat.Sekarang kita perhati apa Allah nak buat kat Tun M dan paklah.Apa Allah nak buat kat UMNO.Hari2 aku doakan supaya Allah musnahkan yang karut2,bagi pukulan maut terus,mudah bicara.

Isu Mukhriz lebih lama dari isu Sanusi.Tapi Allah tak restu apa2 lagi kat Mukhriz.Mokhzani pun Allah belum beri kata putus.
Semuanya di tangan Allah.
Semua ini ditentukan Allah dari azzali.Yang moleknya jagalah iman dan amal kita.Bila mati nafsi-nafsi.