KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 24, 2008

DRAMA VK Linggam Upaya Tandingi SIVAJI The BOSS!

Eusof Chin kata dia tak rapat dengan VK Linggam. Tapi dalam gambar ini, nampaknya tangan kiri Eusof terlentok dibahu kiri Linggam. Mungkinkah orang tidak intim, boleh beraksi demikian?

By TARMIZI MOHD JAM

KETUA Umum PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan drama para pelakon utama dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Klip Video VK Linggam sebagai filem Tamil yang mampu menandingi Sivaji the Boss.

"Nama saya disebut dua kali oleh VK Lingam dalam video tersebut, saya telah menerima sapina, dan hanya menunggu giliran! Sekonyong-konyong setelah berulangkali ditanya peguam, suruhanjaya berbicara: Gerangan alasan apa perlu hadir? Sila catat dulu!" ujar Anwar dalam satu kenyataan ringkasnya.

Anwar turut mempersoalkan, mengapa hanya beliau dan tidak Tun Dr Mahathir atau Tun Eusoff Chin yang disapina?

"Nanti kami menitahkan kemudian ujar mereka."

Ada keterangan baru, peguam saya berhujah. Dato' Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu beliau diarah memfitnah saya, bahawa saya punyai simpanan RM3 billion di luar Negara," jelas Anwar berkenaan perkembangan terbaru isu Klip Video VK Linggam.

Katanya, selain PM ketika itu, Tengku Adnan Mansor dan tauke judi Vincent Tan turut terlibat.

"Ha, sekali lagi VK Lingam yang memaksa beliau membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana telah merundingkan penyelesaian dengan Ketua Hakim Eusoff Chin," bentak Anwar.

Sebelum ini, VK Lingam yang dipanggil memberi keterangan mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor Linggam sebelum ini dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan hakim-hakim kanan.

Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu. Linggam mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk, yang dipercayai taktik Tengku Adnan untuk mengelak dari dikaitkan dengan peguam yang terkandung dalam klip vedio tersebut.

Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.

Lingam mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .

Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya". Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya. Minggu lalu, Eusoff Chin menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.

Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana. Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan hubungan rapat antara mereka.

Paling menarik, hingga kini, Linggam tidak mengiya dan menidakkan siapa imej manusia yang bercakap melalui telefon seperti dalam Klip Video VK Linggam itu.

Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya". Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.

BERTANDINGLAH, jika itu yang diminta JAMAAH!

Bahang pilihan raya kian terasa. Apakah PAS Terengganu mampu mengembalikan keajaiban 1999 untuk membenamkan Idris Jusoh dan kafilahnya BN?

By TARMIZI MOHD JAM

SEMALAM, seorang rakan akrab saya mohon pandangan. Adakah patut beliau bertanding dalam pilihan raya umum ke 12 ini di sebuah Dun dalam kawasan Parlimen Besut?

Saya mengucapkan tahniah. Sambil berpesan, peluang hanya datang sekali. Rebutlah jika berupaya memikul amanah itu. Ia kepercayaan orang, ahli dan pimpinan.

Beliau seorang penulis dan penganalisa politik yang cermat. Saya mengenalinya sejak di Harakah, ketika kami sama-sama bertugas di sana. Banyak pandangan tajamnya saya kutip, dan dijadikan azimat .

Kini, kembali ke Besut dan bertugas dengan PAS sepenuh masa. Lulusan luar negeri, termasuklah isterinya. Saya menyokong penuh, jika beliau bertanding kali ini.

Soal menang kalah, adat pertarungan. Tetapi, memenuhi tanggungjawab dan mengimarahkan amanah itu jauh lebih penting bagi mereka yang tahu.

Sekali lagi, saya sarankan, teruskan perjuangan. Bertandinglah, jika itu yang diminta oleh jamaah.

JENAZAH Megat Junid Selamat DIKEBUMIKAN Di Bukit Kiara

Alahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pernah menjadi rakan akrab abang saya, Shahruddin yang sama-sama aktif dalam Umno Petaling Jaya Selatan dan Persatuan Anak Perak, yang diterajui Megat - AL FATIHAH!

By WAN NORDIN & AZAMIN AMIN

Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

JENAZAH Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor tadi.

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Iman, Kelana Jaya berhampiran kediaman Allahyarham.

Ramai pemimpin negara, ahli politik, pegawai kerajaan dan orang awam hadir bagi memberi penghormatan terakhir serta ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di rumahnya.

Turut hadir ialah, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak; Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin; Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustafa Mohamed; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Aziz Shamsuddin; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan bekas Menteri Pendidikan, Dato' Seri Amar Sulaiman Daud.

Selain itu turut memberi penghormatan terakhir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Mustaffa Kamil Ayub dan beberapa oarng artis termasuk Jamal Abdillah dan Jefri Din.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada isterinya, Datin Seri Faizah Dato' Shuib.

Mahfuz dalam ucapan tersebut turut menyatakan beliau sangat akrab dengan Allahyarham semasa hidupnya meskipun berbeza pandangan politik.

"Allahyarham seorang yang tidak membezakan idealogi dalam persahabatan, dan saya juga adalah anak murid kepada isterinya sewaktu isteri Allahyarham mengajar," katanya.

"Saya sempat menziarahinya seminggu lalu bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob di hospital.Kami sempat bercakap dengannya, dan yang paling saya tak lupa Allahyarham berpesan supaya saya bekerja keras untuk masuk ke Parlimen," ujarnya sedih.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu meninggal dunia pagi ini akibat kanser.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai pada 5.25 pagi ini di sisi kedua-dua isterinya, Faizah Shuaib dan Norzilah Jalil dan anak-anaknya, kata anaknya Megat Firdouz.

Jenazah allahyarham kemudian dibawa ke kediamannya di No.2, Jalan SS7/3 Kelana Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan adalah antara orang kenamaan yang datang awal sebaik sahaja jenazahnya tiba di rumah pada 9.10 pagi.

Turut sama bekas Menteri Penerangan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Presiden MCA Dato' Seri Ong Ka Ting.

Megat Firdouz berkata bapanya dapat tidur lena malam tadi berbanding sebelum ini.

Katanya kanser prostat yang dihidapi bapanya bermula 16 bulan lepas dan semasa dikesan sudah berada pada peringkat keempat.

Megat Junid dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 19 November 2007 bagi mengeluarkan darah beku dari dalam perut.

Datin Ziela Jalil bersama anaknya.Allahyarham pernah menjalani rawatan membuang ketumbuhan pada kelenjar prostat di Singapura.

Megat Firdouz berkata doktor memberitahu bahawa bahawa badan bapanya menjadi lemah disebabkan kanser yang dihidapinya sudah menjangkiti buah pinggang, hati, paru-paru dan otak.

"Tidak ada apa-apa yang dapat kami lalukan sebab tekanan darahnya dan degupan jantungnya turun dan beliau sudah empat kali dimasukkan ke ICU," katanya.

Megat Junid dilahirkan di Kampung Bandar, Teluk Intan, Perak, pada 8 Disember 1942, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Mati, Teluk Intan pada tahun 1949 hingga 1953, sebelum melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, pada 1954.

Megat Junid, yang pernah menjadi guru dan pemegang ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Universiti Malaya, mula membabitkan diri dalam arena politik secara serius apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir pada 1976. Megat Junid juga pernah menjadi Ketua Penerangan Umno

Balasungkawa: KEKALAHAN Megat Junid Di PARIT, Menutup Karier Politiknya!

Allahyarham Megat Junid masih semangat hadir ke satu program anjuran NGO bersama Tun Mahathir tahun lalu. Kelihatan perubahan kritikal pada raut wajahnya akibat penyakit kanser yang dihadapinya ketika itu.

By TARMIZI MOHD JAM

AL-FATIHAH! Mantan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Ayub telah meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi (24 Januari 2008) di Hospital Pantai, disebabkan penyakit kanser yang dihadapinya sejak dua tiga tahun ini. Kisah politik beliau, pernah saya ungkapkan.

Megat Junid mungkin mangsa politik dalam kafilah Umno yang dirundung malang. Beliau disingkirkan di Pasir Salak dan ditalqinkan karier politiknya di Parit pada tahun 1999. Tragis memang tragis.

Kata Ustaz Basir Rahmat, Ahli Parlimen Parit yang menumpaskan dia pada 1999 itu; “Kali ini Megat benar-benar kalah. Paku terakhir buat keranda Megat,” usik beliau dan selalu saya sebut dalam kempen pilihan raya itu, kedatangan Megat ke Parit akan ditalqinkan oleh orang-orang Parit.

“Ayuh, kita talqinkan Megat, undi bulan. Tolak BN!” Begitulah setiapkali saya mempengerusikan majlis atau berceramah di Parit ketika itu.

Cukup menarik politik hari ini. Yang kalah dalam pemilihan, mengaku mahu bersara, sambil menyindir seseorang; “Saya tidak sanggup untuk terus berkecimpung dalam politik disebabkan politik wang.”

Seolah-olah mereka yang bercakap mengenai politik wang itu, tidak terlibat dengan gejala jijik ini. Tetapi pada masa yang sama, mereka juga sebenarnya turut menabur wang disamping janji ketika pertandingan berlangsung.

Pada hemat saya, tiada seorangpun yang dapat menafikan mereka tidak terlibat dengan politik wang dalam Umno. Cuma mereka tidak “ditangkap” kerana “terlepas” dan bukan disebabkan tidak melakukan kesalahan.

Sambil bergurau, seorang kawan saya memberitahu; “Ramai yang memandu tanpa lesen memandu tetapi tidak ramai yang ditahan ketika sekatan jalan raya.”

Apakah anda masih ingat dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub? Jawatan akhirnya dalam kabinet ialah Menteri Hal Ehwal Pengguna dan kawasan parlimen akhir yang ditandinginya ialah P066 Parit (Perak).

Dia adalah mantan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak dibawah Tan Sri Ramli Ngah Talib yang sekarang dibekukan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Megat tumpas ditangan Ramli sewaktu pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Pasir Salak, kira-kira selepas pilihan raya umum 1999. Setelah kecundang, Megat menyatakan hasratnya untuk bersara politik.

“Saya akan menolak sebarang desakan untuk meminta saya bertanding dalam pilihan raya,” ujar beliau dalam satu kenyataan. Bagi saya, Megat bukanlah dari golongan yang bernasib baik. Bintangnya kelam dan akhirnya gelap “gulita”.

Sepanjang menjadi orang kuat Tun Mahathir, saya difahamkan, dia hanya diamanahkan selain dari menjadi Setiausaha Politik paling lama kepada Tun, menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan akhirnya menteri penuh mengetuai Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Khabarnya, Tun amat sayang dengan anak Pasir Salak ini.

Sejak kalah dalam pilihan raya umum 1999 di kawasan orang lain, diarah bertanding iaitu Parlimen Parit, dia kemudiannya kecundang lagi dalam mempertahankan kerusi MKT Umno dalam pemilihan tahun 2000 berikutnya.

Selepas dua kali kalah, akhirnya perwakilan Umno cawangan-cawangan dalam Pasir Salak menolaknya sekali lagi sebagai Ketua Umno Bahagian itu. Kekalahan ketiga berturut-turut ini memberi signal kepada Megat Junid supaya dia bersara dan menggunakan masa lapangnya itu untuk mendekati anak-anak dan dua isteri tersayangnya.

Paling menarik, bagi saya ialah bukan sahaja Megat Junid yang mahu bersara tetapi mantan Menteri Besar “lembik” macam Pak Lah juga mahu bersara jika ditakdirkan tumpas ditangan Megat ketika pertandingan itu.

Dalam ucapan penggulungannnya, Ramli menegaskan; “Saya akan menghantar surat perletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri jika saya kalah…” Walaupun masih kekal sebagai Ahli MKT ketika itu, dan Timbalan Pengerusi Umno Perak, Ramli nampak “berkecil hati” dengan Megat Junid yang pernah ditolonginya.

Menurut cerita orang-orang Hilir Perak, Megat Junid memulakan karier politiknya di Alor Setar dan bukan di Perak. Apabila dipilih bertanding di Parlimen Pasir Salak, Ramlilah antara orang yang cukup kuat bekerja bagi mempastikan Megat Junid menang besar.

Sampailah Megat menapak tinggi dalam politik dengan menjawat jawatan Timbalan Menteri dan akhirnya Menteri, sebelum tewas dalam pilihan raya pada 29 November 1999 di Parit. Megat ditumpaskan oleh Ustaz Mat Basir Rahmat, Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dan mantan guru agama Sek. Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.

Bermula dari kekalahannya di Parit itulah, bintang Megat mulai suram dan padam. Ustaz Basir yang dikatakan amat berpengaruh menjelang pilihan raya itu, menjadi “hantu jembalang” yang menaikkan bulu roma ketakutan Megat diperingkat awal dia berkempen di Parit.

Cuba bayangkan, dalam satu pertemuan Umno Cawangan Padang Marhum, Teluk Bakong, bertempat di Dewan Orang Ramai, sewaktu kempen pilihan raya 1999 itu, seorang ahli Umno bangun sambil menuding jari menunjuk kepada Megat dengan kata-kata demikian; “Yang mike Megat datang ke Parit ni, ngape? Orang Parit dah takde yang codik, yang pandai ke? Keme tak akan undi mike kali ni. Umno Parit bodoh, ade kawasan bagi orang luo. Dulupun bagi orang luo,” bentak si ahli Umno tersebut.

Yang ada pada waktu itu, kalau tidak silap saya, selain Megat sendiri ialah calon BN Bota, Cikgu Ismail Hasbullah yang saya tentang dalam pilihan raya umum 1995 di Dun Bota, Datuk Zaim Abu Hassan, calon Dun Blanja yang juga Ketua Bahagian Umno Parit dan beberapa orang kuat Umno Parit dan orang kuat Megat Junid sendiri.

Saya waktu itu, Ketua Penerangan PAS Parit. Setelah saya tewas dalam pilihan raya umum 1995 ditangan cikgu saya, Cikgu Ismail, saya terus menggerakkan jentera penerangan dengan menganjurkan ceramah kecil-kecilan dan ceramah umum sekitar Parit.

Hinggalah pada tahun 1997, aktiviti penerangan makin diligatkan lagi.

Sewaktu muncul bonus politik kepada pembangkang, ketika Anwar ditangkap dan dipecat pada tahun 1998 jentera penerangan kami makin sibuk dan sampir saban malam ceramah dan aktiviti parti diadakan di Parit. Ceramah pada waktu itu bagaikan pesta, orang kampong turun padang berduyun-duyun tanpa mengira lelaki dan perempuan termasuklah JKKK Umno.

Kawan-kawan di Kuala Lumpur, selalu mengusik kalau ditengok dalam Dairy Harakah, macam seolah-olah negeri Perak itu, hanya Parit sahaja yang aktif. Ini kerana dua tiga iklan program PAS Parit tersiar setiap kali Harakah terbit. “Ada sesaje programnye!”

Inilah yang menakutkan Megat bila masuk Parit. Apa tidaknya, saban malam, Ustaz Basir diusung berceramah ke merata Parit, sedangkan Megat baru terkial-kial membetulkan kesilapan Ainon Khariah, emak saudara Ramli Ngah Talib (Ketua Wanita Umno Pasir Salak) yang dipaksakan kepada Umno Parit beri laluan bertanding di kawasan ini pada pilihan raya 1990.

Pendek kata, Parit terus jadi sebahagian dari pemerintahan Umno Pasir Salak. Maka suku-sakat Ramli di Pasir Salak yang gila nak jadi calon, akan dihantar ke Parit. Mereka mahu bertanding tetapi kawasan Pasir Salak tidak boleh menampung kerana calon-calon mantapnya sudah ada.

Mahu tidak mahu, Ramli menggunakan pengaruhnya sebagai Ketua Perhubungan Umno Perak, mengasak Ketua Umno Parit, Zaim, anak didiknya dulu beri laluan itu.

Zaim pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ramli. Maka ikatan ini menjadikan Zaim terus longlai dan lembik. Zaim terpaksa “melacurkan” Parit untuk Umno Pasir Salak. Untuk Ramli. Asalkan kerusi Zaim di Dun Blanja tidak diusik dan jika menang dilantik EXCO Kerajaan Negeri.

Inilah nasib Umno Parit yang berketuakan pemimpin yang tiada prinsip dan jati diri tempatan. Apabila hidungnya sudah dicucuk, maka mudahkan Ramli menariknya ke hulu dank e hilir.

Hingga kini, Zaim masih terus kekal sebagai EXCO kecuali musim beliau tewas pada 1999 dahulu.Selepas kalah teruk dan bintang Megat padam, dia menghabiskan masanya menulis buku. Menceritakan semula sumbangan dan jasanya kepada Umno dan kepada Anwar Ibrahim, ketika Anwar mula menyertai Umno.

Saya difahamkan juga. waktu itu, selepas gelap “gulita” membungkus politiknya, dikatakan Megat suka sangat dalam bualan dan sembang-sembangnya kalau dapat menyindir Ramli dan sesekali membuat dakwaan Ramli jadi MB Perak kerana sokongannya.

Megat juga sering mendakwa, Ramlilah yang telah meletakkannya bertanding di Parit walaupun tahu peluang calon BN menang cukup tipis. Namun, ada pula yang mendakwa Tun Mahathir sendiri yang bersetuju Megat bertarung di Parit kerana Tun amat percaya, sebagai seorang menteri, di manapun dia diletakkan pastinya akan menang.

Pada hemat saya, Megat sendiri setuju juga ke Parit, sebab dalam hati kecilnya berkata-kata Umno akan menang kalau kerja kuat dan mustahil Umno dan BN sudah patah taringnya dek kerana isu pemecatan Anwar.

Megat lupa, dia tidak terfikir yang orang Parit sudah marah dengan wakil rakyat Umno sebelum itu, Ainon Khairiyah, emak saudara Ramli Ngah Talib yang banyak “menyakitkan hati” orang Parit terutama pemimpin Umno Bahagian.

Selepas kalah, barulah Megat Junid tahu rupa-rupanya undi orang Parit amat berharga dan bernilai. Kempen-kempen drastik lebih setahun lamanya di Parit, telah memberi kekuatan kepada orang Parit membuat keputusan.

Mereka diasak oleh pelbagai penceramah dari pelusuk Malaysia, berceramah serata Parit, kampong dan taman, markaz dan rumah perseorangan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan-rakan dan penceramah memenuhi undangan saya ketika itu untuk mengisi program di Parit.

Macam Dato’ Fadhil Mohd Noor (allahyarham), Dato’ Hassan Ali, Ann Wan Seng, Ibnu Muslim (allahyarham), Cikgu Ezam Ahmad, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Subri Arshad, Dr. Lo Lo, Ustazah Kalthom, Zunar, Ahmad Lutfi Othman, Haji Subky Latiff, Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Tuan Man Tuan Ibrahim, Yusuf Husein, Ustaz Harun Taib, Ustaz Husein Awang, Haji Mustapha Ali, Mohsinon Tahir, Ustaz Wan Jamil, Ustaz Ibrahim Mahmood, Ustaz Zulkifli Yaakob, Ustaz Bunyamin Yaakob (allahyarham), Cikgu Ishak Surin, Ustaz Idris Ahmad.

Macam Ir. Khalid Samad, Ustaz Tarmizi Shamsuri (allahyarham), Ustaz Misbahul Munir, Akil Hai, Gobala Krisnan, Ustazah Mariam, Kamal Koh, Salahuddin Ayub, Haji Mahfuz Omar, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Pak Chik Jamal, Ustaz Mokhtar Senik, Haji Mohd Sabu, Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Kebanjiran ceramah bertubi-tubi itu terus mendapat sambutan, ditambah pula aktiviti Rawatan Percuma yang dianjurkan sebagai produk baru ketika itu untuk mendekati masyarakat.

Ternyata ianya berjaya seperti kita tidak boleh dinafikan aktiviti ceramah kecil mahupun mega yang ditaburkan ligat hingga beberapa pemimpin PAS Parit merungut kerana terlalu banyak ceramah dan menyusahkan mereka. Malah, ada yang “memboikot” atas alasan peribadi.

Inilah yang memadamkan bintang Megat Junid. Kini, Megat diserang penyakit kanser.
Apa yang jelas, tumpasnya Megat ditangan Ustaz Basir Rahmat telah memadamkan kepercayaan akar umbi Umno di Pasir Salak dan telah tidak melayakkan beliau dilantik oleh Tun ke sebarang jawatan kabinet. Tidak lagi boleh jadi menteri.

Adatlah… dalam Umno bila kamu jatuh, dipijak-pijaklah dek orang lagilah.

Parit mengubah segala-galanya untuk Megat. Jika dia menang, maka itulah tangkal dan azimatnya. Saya yakin Tun akan melantik dia menteri penuh di kementerian paling berpengaruh dan jika Megat menentang Ramli selepas itu, pastinya dengan mudah dia menguis mantan MB Perak yang tidak bermaya dan suka dengar cakap isteri itu.

Rabu, Januari 23, 2008

ROMPAK Duit Rakyat: RASUAH BIAYAI Operasi Umno?

KALAU masuk Umno tak makan rasuah tak sah! Betulkan... nak projek kena sogok. Nak jadi Ketua Cawangan kena belanja. Apatah lagi nak jadi Ketua Bahagian, faham-faham aje le. Nak jadi Naib-Naib atau Timbalan Presidenpun kena hulur sana sini.. Rasuahlah tu!

By TARMIZI MOHD JAM

TERFIKIRKAH kita, dari mana Umno dapat duit untuk menggerakkan parti asabbiyah itu?

Berrrrribu-ribu juta dibelanja untuk apa tujuan sekalipunpun, bagi memperkasakan parti yang dulunya dinamakan Umno dan kini Umno Baru tetapi tanpa rasa malu, terus menyebut namanya Umno sahaja.

Umno 1946 iaitu Umno asal telah lama ditalqinkan.

Umno hari ini adalah Umno Mahathir selepas Umno 1946 diistiharkan haram. Saya bukan nak mengungkit kembali isu pengaraman Umno dan keangkuhan Mahathir melenyapkan Musa Hitam dan Ku Li. Tetapi, ingin melihat dari sumber manakah Umno dapat duit membiayai partinya.

Dalam satu laporan polis yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1999 ada mengepilkan tiga pucuk surat dari tiga tokoh korporat yang masing-masing mengesahkan memberi wang dan saham-saham kepada Tun Daim Zainuddin dan Umno.

Surat Tan Sri Tajuddin Ramli kepada Daim Zainuddin bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan yang dia (Tajuddin) memegang wang berjumlah RM70,000,000 untuk Daim.

Dalam satu lagi surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah kepada Daim bertarikh 30 April 1990 mengesahkan juga dia (Azmi) memegang wang sebanyak RM150,000,000 untuk Daim.

Sementara Tan Sri Halim Saad juga menulis surat kepada Daim bertarikh 30 April 1990 yang mengesahkan juga dia (Halim) menderma harta-harta berikut pada Umno Baru; Iaitu 52,208,500 saham Faber Merlin Malaysia Bhd berharga RM1.00 sesaham dan 130,000,000 saham Renong Berhad berharga RM0.50 sen sesaham.

Apa kata Daim bila berdepan isu ini? Daim ketika itu Menteri Kewangan Malaysia dan Bendahari Umno menafikan terus tuduhan atau dakwaan itu.

Segala sumbangan dan harta berkenaan, kata Daim bukan miliknya tetapi untuk Umno. Ini bermakna, Daim telah membuktikan dan mengesahkan yang Umno menerima wang rasuah.

Mengapa Tajuddin Ramli perlu berbaik hati menginfaqkan hartanya kepada Umno? Tentulah ada udang disebalik batu.

Tajuddin mendapat pelbagai projek kerajaan dari dasar pengswastaan termasuk mengambil-alih Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Apa kurangnya dengan Halim Saad.

Infaq hartanya kepada Umno sebagai balasan kepada pelbagai projek mega yang dianugerahkan secara terutup kepada syarikatnya Renong Berhad.

Begitulah juga halnya kepada Azmi Wan Hamzah dan tokoh-tokoh korporat terkini, infaq mereka kepada Umno hanya sebagai balasan kecil kepada anugerah projek yang mega-mega diterima mereka.Pada hemat saya, Umno terima wang rasuah ini bukan isu baru.

Sekarangpun masih bermaharaja lela. Atas pelbagai nama dan cara. Musa Hitam pernah mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 20 tahun lalu, dalam perbicaraan kes samannya terhadap rakan saya penulis politik, S.H Alattas.

Musa mengaku bahawa dia ada menerima cek RM1 juta dari Clement D’Cruz iaitu pemilik Holiday Inn Plaza di Johor Bharu iaitu shopping complex yang terpanjang di sana.

Bangunan itu dibina di tengah-tengah kawasan perumahan yang jelas bertentangan dengan undang-undang kerajaan tempatan. Tetapi, kerana duit, kerana rasuah, bangunan itu berdiri tersergam megah.

Musa mendedahkan bahawa wang RM1 juta itu bukan untuknya tetapi untuk Umno Johor. Musa ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno dan juga Ketua Perhubungan Umno Johor.

Kesalahan Musa sama statusnya seperti Daim dan Harun Idris.Tetapi, Harun merengkok dalam penjara itupun bukan kerana rasuah yang dilakukannya sangat, tetapi lebih kepada isu persaingan jawatan dalam Umno.

Musuh Tun Razak dan waktu itu Tun Husein Onn, Perdana Menteri yang berkuasa.Kalau kita masih ingat, Harun dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah atas beberapa tuduhan rasuah.

Antaranya, menerima sogokan wang untuk membina Bangunan Hong Kong and Shanghai Bank Corporation di Benteng, Kuala Lumpur.Harun memberitahu mahkamah, wang sogokan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk Tabung Kewangan Umno.

Mahkamah menegaskan ia suatu kesalahan dari segi undang-undang, sekalipun untuk Umno. Maka masuk penjaralah Harun Idris ketika itu Ketua Pemuda Umno Malaysia yang bersuara lantang.

Tidak dinafikan, Harun sebelumnya sudah ada masalah dengan Tun Razak dan Tun Husein Onn dalam politik Umno. Harun adalah pencabar yang digeruni waktu itu.

Jika Musa dan Daim ketika isu rasuah wang ini tercetus, mereka “bermasalah” dengan Mahathir yang jadi PM, merekapun diramal akan berehat panjang dalam penjara.

Tetapi, mereka bernasib baik kerana menjadi “pak angguk” setia kepada Mamak Bendahara yang paling berkuasa di Malaysia.Ketua Penerangan Umno sekarang, Muhamad Muhd Taib juga pernah memberitahu Mahkamah Syeksen Shah Alam bahawa beliau tidak pernah meminta Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Saidin Tamby mendapatkan habuan RM1 juta dari sesiapa sewaktu beliau menjadi MB Selangor.

Bagaimanapun, menantu tinggal Sultan Selangor dulu, mengaku bahawa Umno Malaysia telah membuat keputusan bahawa kutipan wang untuk Tabung Umno boleh dibuat oleh Umno negeri.

Ini satu lagi bukti bahawa Umno memang ada membuat kerja mengutip wang bagi kegunaan parti itu. Kerja ini dilakukan oleh Umno Malaysia dan Umno Negeri.

Pada hemat saya, apa yang dilihat menimpa Harun dan Musa, membuktikan lagi Umno bersedia untuk melanggar undang-undang asalkan parti asabbiyah itu dibayar atau diberi habuan.

Inilah rasuah elit dan kerana gejala ini dimainkan sendiri oleh Umno. Maka terkekeh-kekehlah para ahli korporat melihat acahan-acahan Pak Lah kini untuk membanteras rasuah.

Kata Muhamad lagi, pada zaman Mahathir, kerja kutip wang derma (rasuah) ini siap dibekalkan dengan resit. Ia buat secara rasmi tidak lagi selindung-selindung.

Maknanya Umno membenarkan sogokan atau rasuah ini sejak selepas merdeka lagi tetapi di zaman Mahathir ditambah nilai dengan dikeluarkan resit.

Tindakan Umno mengeluarkan resit rasmi kepada perasuah adalah suatu keberanian dari dalam mencabar undang-undang.

Jika dilihat dari persepsi lain, mungkin dengan mengeluarkan resit rasmi ini akan menggalakkan dan mengurangkan rasa takut perasuah dari kalangan korporat untuk menghulurkan rasuah kepada Umno.

Apakah sikap BPR? Tidak pernah berhajatkah untuk menjaring dan menjala jerung-jerung besar ini?

Saya rasa, tentulah sukar tindakan itu mahu diambil. Iyalah untuk mengheret Umno. Sedangkan BPR duduk dibawah dagu Presiden Umno yang jadi Perdana Menteri.

Sudah tentulah, yang jadi Ketua Pengarah BPR, budak “suruhan” PM. Lihat Ketua Pengarah, Datuk Zulkifli Mohd Noor dulu yang didakwa terlibat rasuah, terus dipertahan oleh Pak Lah.

Sudah berapa kali kontrak disambung. Setelah bongkor tembelang dan temberangnya, maka barulah Pak Lah beralah. Itulah masih menyanjung tinggi Zulkifli.Mari kita tinjau isu Skandal BMF?

Dalam Laporan Jawatankuasa Siasatan Skandal BMF yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, amat jelas ditonjolkan bahawa Fleet Holding yakni syarikat pelaburan bagi Umno ketika itu telah mendapat manfaat yang besar dari Skandal BMF.

Fleet Group dilaporkan menerima RM950,000 daripada Syarikat Kinfe and Dagger di Hong Kong. Malah ada dakwa lain, bangunan Ibu Pejabat Umno PWTC yang tersergam angkuh itu dibangunkan dari hasil duit Skandal BMF.

Keuntungan dari peminjam-peminjam BMF disalur balik kepada Tabung Bangunan Ibu Pejabat Umno itu. Dan tahukah kita bahawa Pengarah Eksekutif Bank Bumiputera dan salah seorang Pengarah BMF itu adalah Bendahari Jawatankuasa Tabung Bangunan Ibu Pejabat Umno PWTC.

Lakonan Pak Lah untuk membenteras rasuah hanyalah gimik untuk orang kampong sahaja. Penubuhan Institut Integriti tidak lebih dari memberi peluang jawatan dan kerja kepada suku-sakatnya.

Adalah ganjil, Presiden Umno tidak tahu yang Umno terlibat dalam rasuah sejak azali lagi. Kecualilah, Pak Lah mengantuk dan tertidur juga dalam perkara sebesar ini.Jaringan rasuah yang berlaku dalam Umno, rasanya kian meluas kebelakangan ini.

Oleh kerana, Umno mempelopori taktik rasuah sebegini, maka sudah tentulah parti-parti komponennya yang lain menjejaki teladan tercela itu.

Ia juga berlaku dalam MCA, MIC dan Gerakan. Edmund Terence Gomez dalam bukunya Money Politics In The Barisan Nasional, mendedahkan secara detail jaringan politik wang dan rasuah yang berleluasa dalam parti kerajaan yang sedang berkuasa.

Maknanya, Umno sememangnya tidak pernah berpuasa dari beramal dan melakukan rasuah terkutuk, tercela dan terkeji itu! Persoalannya, apakah yang sedang dicakapkan oleh Pak Lah tentang isu rasuah ini?

Bagi saya jelas, isu rasuah akan menjadi tajuk utama media cetak ketika pertabalan Perdana Menteri baru dan ketika menjelangnya demam pilihanraya.

MEMAHAMI Apa Itu BLOG dan GOBLOK?

Selain Zam Maidin, menantu anak Badawi, Khairi Jamaluddin juga cukup kuat bermusuh dengan para Blogger dengan menggelar mereka sebagai beruk-beruk!

By ROSLAN SMS

MENURUT Webopedia, sebuah ensaiklopedia online ICT, BLOG adalah: A webpage that serves as a publicly accessible personal journal for an individual. Typically updated daily, blogs often reflect the personality of the author.


Sebuah laman web yang bertindak sebagai jurnal peribadi seseorang yang dapat diakses oleh orang awam. Lazimnya blog dikemaskini setiap hari dan ianya mencerminkan personality penulis atau pemiliknya.

Bagi saya sebuah BLOG itu adalah sesuatu yang sangat “personal” mewakili suara hati, pandangan, perasaan dan jiwa penulis atau pemiliknya, tetapi ia dikongsi untuk tontonan awam.

Dan orang awam yang mengunjunginya diberikan ruang melontarkan pandangan dan komen.

Bagi saya juga penulis atau pemilik BLOG berhak bersuara menurut kemahuannya, jika ia cenderong atau condong kepada mana-mana fahaman atau pendirian, ia berhak menyuarakannya dan menulis berdasarkan sentiment tersebut, semahunya.

Ia bebas dan tidak dikekang atau terikat dengan apa-apa disiplin tertentu.

Apabila sesuatu BLOG itu terikat dengan mana-mana pihak sehingga tulisannya tertakluk kepada kemahuan sesuatu pihak, boleh ditapis dan disunting oleh pihak lain, maka ia bukanlah bagi saya sebuah BLOG kerana ia telah hilang kebebasannya.

BLOG lantaran ia jurnal peribadi akan terus kekal sebagai BLOG jika ia hanya dikawal dan ditentukan arah oleh pemiliknya dan tidak mana-mana pihak lain.

Roslan SMS Corner, dimiliki sepenuhnya oleh saya. Saya menulis apa yang saya percaya dan apa yang saya yakini. Saya mungkin betul dan mungkin juga tersasar apa pun segala-galanya adalah cetusan hati dan jiwa saya.

Citarasanya mungkin berdasarkan anutan politik dan kepercayaan saya, itu hak saya. Saya berhak mengkritik dan memberi pandangan, sesiapa yang bersetuju dengan saya berhak mengunjungi BLOG ini begitu juga yang membenci.

Tetapi tidak ada sesiapa pun yang berhak mengarahkan saya menulis apa yang mereka mahu atau mengeluarkan dari BLOG ini apa yang mereka tidak mahu.

Saya menulis dengan penuh tanggungjawab dan kiranya saya melanggar apa-apa peraturan atau undang-undang maka sayalah yang akan memikul tanggungjawabnya, bukan pihak atau orang lain.

Sebagaimana yang selalu saya tegaskan saya tidak sekali-kali akan menulis sesuatu yang saya yakini palsu, tidak berasas dan berunsur fitnah dan adu-domba.

Segala-galanya tidak ada tempat di sini insyallah. Apa maksud artikel ini?

Hari ini seorang sahabat BLOGGER seakan buntu dan melahirkan kekeciwaan dalam tulisannya. Terus-terang saya sendiri bimbang dan terganggu dengan beberapa tulisannya sejak kebelakangan ini, tetapi jika ia benar datang dari hati nurani, jiwa dan perasaan peribadinya, beliau perlu berani mempertahankannya.

Tetapi di dalam posting terakhirnya beliau seakan mengalah dengan menulis: This shall be the last post by Kickdefella for now.

Sebab-Sebab Tidak TERDUGA, Halang Beberapa Program Saya!

Dato' Abdul Halim dipertanggungjawabkan PAS Pusat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan rundingan kerusi antara PAS dan PKR.

By TARMIZI MOHD JAM

SEJAK semalam, masa saya cukup tipis untuk bergerak. Sepatutnya saya memenuhi undangan Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu untuk ke rumahnya. Ada sesuatu hal nak dibincangkan!

Cikgu Ishak Surin, Timbalan Pengerusi Lajnah Buruh PAS Pusat, menghubungi saya. Atas beberapa sebab, memang saya tidak boleh pergi seperti saya tidak dapat hadir ke Mesyuarat Lajnah Buruh PAS Pusat pada 20 Januari lalu.

Hari ini, sepatutnya juga, saya menyertai deligasi JPN Wilayah bertemu dan berdiskusi dengan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman. Nampaknya, saya keuzuran juga.

Sebagai Timbalan Pengarah JPN Wilayah, saya cukup kesal dan amat sedih kerana tidak "duduk semeja" dalam pertemuan itu.

Hanya Pengarah JPN, Cikgu Ishak Surin, Setiausaha JPN, Kamarul Arif Ambak dan Haji Ismail Yahya, Bendahari JPN yang mewakili JPN. Selain itu yang hadir ke pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya, Haji Mohamad Noor Mohd, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria dan Hajjah Salbiah Abdul Wahab, Setiausaha, Hedzer Ibrahim, Bendahari, Abdul Halim Hassan, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Pemuda, Kamaruzaman Mohd dan wakilp-wakil kawasan bertanding.

Sedihnya sama seperti saya gagal berkunjung ke rumah Haji Mohd Sabu dan ke Mesyuarat Lajnah Buruh PAS Pusat, bertemu rakan-rakan marhaen, Haji Anuar Tahir, Cikgu Ezam Ahmad, Wan, Hamka dalam lain-lain.

Malah sebelah petang tadi, halangan menyelubungi saya seperti semalam dan pagi tadi.

Patutnya saya ke Utusan Publishing & Distributors di Taman Shamelin bertemu rakan media di Universiti Malaya dulu, Sdra. Rozlan Mohd Noor seorang Editor Buku; untuk mendapatkan beberapa buku darinya tetapi gagal ke sana.

Saya mohon berbanyak maaf kepada semua yang terlibat. Saya benar-benar tidak dapat memenuhi kunjungan, mesyuarat, diskusi dan ziarah dua tiga hari ini.

Maaf zahir batin!

LAKONAN Terkesan VK Linggam Atasi SIVAJI THE BOSS!


By ANWAR IBRAHIM

NAMA saya disebut dua kali oleh VK Lingam dalam video tersebut, saya telah menerima sapina, dan hanya menunggu giliran!

Sekonyong-konyong setelah berulangkali ditanya peguam, suruhanjaya berbicara: Gerangan alasan apa perlu hadir? Sila catat dulu!

Mengapa hanya saya dan tidak Tun Dr Mahathir atau Tun Eusoff Chin? Nanti kami menitahkan kemudian, ujar mereka.

Ada keterangan baru, peguam saya berhujah. Dato’ Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu beliau diarah memfitnah saya, bahawa saya punyai simpanan RM3 billion di luar negara.

Selain PM ketika itu, Tengku Adnan Mansor dan tauke judi Vincent Tan turut terlibat.

Ha, sekali lagi VK Lingam yang memaksa beliau membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana telah merundingkan penyelesaian dengan Ketua Hakim Eusoff Chin.

Demikian episod drama filem Tamil yang mampu menandingi Sivaji the Boss!

VK Linggam Cuba PERBODOH Suruhanjaya HAIDAR? Drama Apa Ya?

Kini Linggam keseorangan. Mahathir kata tak berapa ingat; Eusof Chin kata tak rapat sangat; Tengku Adnan pula tuduh gila dan mabuk; Jadi Linggam terpaksa bergentayangan...

By PENARIK BECA

SURUHANJAYA Siasatan Diraja mengenai pita Lingam hari ini memberi amaran kepada peguam yang mewakili VK Thirunama, Wee Choo Keong supaya supaya berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada media.

Thirunama ialah
adik Datuk VK Lingam.

“Kami menasihatkan anda supaya berhati-hati mengenai apa yang anda katakan. Kami harap anda menghormati kami dan tidak sewenang-wenangnya membuat andaian.

Jangan paksa kami mengambil tindakan,” kata Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.“

Terdapat banyak orang di luar mahkamah dan berlaku kekecohan di situ, saya tidak ingat membuat kenyataan itu kerana terdapat banyak orang di luar sana,” jawab Wee yang juga membangkitkan tentang laporan media yang menyatakan suruhanjaya itu agak membimbangkan.

Mendengar jawapan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, Haidar mencelah dengan menyoal Wee mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu dan meminta beliau (Wee) membuktikan perkara itu kepada suruhanjaya.

“Jangan remehkan suruhanjaya,” kata Haidar. Haidar meminta pihaknya dihormati dan jangan diremehkan. Siapa yang berani meremehkan suruhanjaya itu?

Tetapi, takkan Wee sahaja diberi amaran? Kesalahan Wee hanya kerana kenyataan akhbar yang beliau sendiri tidak pasti mengenainya. Wee tidak memperbodohkan suruhanjaya itu.

Bagaimana pula dengan Lingam?

Ahirudin Attan berkata, suruhanjaya tersebut "tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Lingam yang cuba
memperbodohkan prosiding".

Mengapa Ahirudin menganggap Lingam memperbodohkan prosiding? Amat menarik apa yang cuba dibangkitkan oleh blogger
Mofie.

Lingam berkata: "Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain".

Beliau juga dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata, beliau
tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.

Lingam yang mengakui "tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi" itu juga berkata: "Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tetapi
pastinya saya bukan bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya ketika itu) kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak pernah ada nombor telefon saya.

Sehingga inipun, beliau tidak pernah menelefon saya dan saya tidak pernah menelefon beliau".

Persoalannya, jika benar Lingam "trying to make a fool of the proceeding," mengapa tidak ada sebarang tindakan? Atau, sekurang-kurangnya amaran.

Paling lemah pun merayu dan memohon kepada Lingam supaya “jangan meremehkan suruhanjaya” itu. Jika benar Lingam cuba memperbodohkan prosiding, siapa sebenarnya yang diperbodohkan?

Peguam yang bertanya atau suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar?Jika benar suruhanjaya itu boleh diperbodohkan, mungkin orang akan bertanya adakah suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar bodoh?

Jika benar suruhanjaya itu bodoh, siapakah yang melantik suruhanjaya itu? Bukankah orang yang dilihat melantik suruhanjaya itu ialah Perdana Menteri sendiri?

Benarkah Perdana Menteri bodoh? Dan, mengapa semakin ramai rakyat yang menyifatkan Perdana Menteri bodoh?

Berkaitan:

Video-maker confirms recording clip
(Malaysiakini)
Q&A: 'It looks like me, it sounds like me'
(Malaysiakini)
Lingam: Looks like me, sounds like me
(The Sun)
Star witness: It wasn't Ahmad Fairuz
(Malaysiakini)
Lingam wants NZ holiday details expunged
(Malaysiakini)
Anwar: 'Let me testify, I've new evidence'
(Malaysiakini)
Businessman points finger at top lawyer in scandalous video about Malaysian judiciary
(Malaysia Today)
"It looks like me", says lawyer in Malaysian probe
(Malaysia Today)
Malaysia's judiciary reputation in the dock
(Malaysia Today)
Lingam video clip probe
(NST)
Jalan Duta Court is smelly
(Gelanggang Keris Silau)
Lingam takes the stand, Anwar yet to be called
(Nik Nazmi)
Pom! Pom! Pom! Bullshit! And more bullshit...
(Bernard Khoo)

Selasa, Januari 22, 2008

KHAIRI PASTIKAN Pilihan Raya Ke 12 BUKAN JALAN MATI Buatnya!

Senarai calon MB dan calon-calon Dun / Parlimen dalam "genggaman" Khairy! Dia akan pastikan Pilihan Raya ke 12 ini tidak mencipta "Jalan Mati" buat karier politiknya...

By TARMIZI MOHD JAM

KETIKA Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim ditaji oleh Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad, banyak spekulasi timbul. Shahidan terkejut.

Dirinya dipersoal sebagai pembawa virus dalam Umno Perlis dengan andaian, ia boleh memudaratkan negeri itu terlepas ke tangan PAS. Cepat-cepat Shahidan menepis tuduhan Radzi itu.

Namun, ini tidak bermakna ia sudah selesai. Shahidan seorang yang agresif. Sudah tentulah ada tindakan susulan untuk mematuk dan mengetuk Radzi, selain memperkemaskan teamnya dalam Umno Perlis.

Jika tiada isu besar, tentulah gegak-gempita Radzi tidak menyinga. Dan menyinganya Radzi itu juga dilihat telah ada semakan skrip oleh anak Badawi (PM) sendiri, selaku orang paling intim antara kedua mereka dalam Umno.

Menurut sumber, terdapat usaha “penyingkiran” Shahidan untuk digantikan dengan muka baru yang lebih bersih. Menteri Alam Sekitar, Azmi Khalid disebut-sebut orang yang akan di duduk di kerusi Shahidan itu.

Sudah menjadi rahsia umum, Shahidan kepalang hangit dikaitkan dengan pelbagai isu rasuah, disamping dikatakan menjadikan Perlis sebagai syarikat sendirian berhad miliknya. Tetapi ini tidak dapat dibuktikan pada aras mahkamah.

Seperti juga desas-desus “penyingkiran” Tengku Adnan Mansor di Putrajaya, Adnan Yaakob di Pahang dan Tajol Rosli di Perak, penyingkiran Shahidan juga dikaitkan sebagai orang Tun Mahathir.

Namun begitu, Adnan yang agresif yang dikatakan berwajah gangster dan Tajol yang lembik diuar-uarkan akan dipindahkan ke Pusat dan tempatnya akan diganti oleh muka baru, yang sudah tentulah pendokong kuat anak Badawi.

Di Perak, nama seperti Abdul Rahman Sulaiman dari Parit Buntar dan Dr. Zamry Abdul Kadir dari Lumut, mencuri tumpuan sebagai pengganti Tajol.

Nasib Shahidan nampaknya sama seperti Tengku Adnan. Mereka dari suku-sakat dan hulubalang Tun Mahathir yang akan ditamatkan khidmatnya. Tiada sumber pula yang menyebut Shahidan akan dikendong ke Pusat dan Tengku Adnan ditarik ke negeri (Wilayah tiada kerusi Dun).

Pengnyahan Menteri Pelancongan itu, sebenrnya bagi membolehkan menantu PM, Khairy Jamaluddin bertanding di Putrajaya.

Sebagai imbuhan balas, barangkali kemungkinnanya ada. Khairy boleh sahaja berpakat dengan MB Negeri Sembilan, Mohd Hassan yang juga sekutu mertuanya, untuk memperuntukan mana-mana kerusi Dun kepada Tengku Adnan.

Ia sebagai membalas jasa Ahli Parlimen Putrajaya itu, yang memberi laluan mudah kepada Khairy mengatur langkah untuk menjadi Perdana Menteri termuda di Malaysia. Itulah impian Khairy.

Ini suatu cita-cita besar dan sudah tentulah misi, visinya juga mega besar. Jika Khairy ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, 20 tahun akan datang, maka jasa baik Tengku Adnan menyerahkan Putrajaya, tidak wajar disimpan sebagai fakta sejarah semata.

Macam impian Anwar Ibrahim dulu. Targetnya masuk Umno kerana mahu jadi PM. Tangga yang dipijaknya cukup ampuh. Meninggalkan ABIM mengekori Tun Mahathir. Cuma nasib tidak menyebelahinya, walaupun nasi sudah masuk ke mulut, tetapi jatuh ke tanah jua akhirnya.

Apa yang tidak kena Shahidan dengan Perdana Menteri? Reaksi Shahidan sama seperti Tengku Adnan. Mereka mendakwa masih mendapat sokongan pengundi dan pautan ahli-ahli Umno.

Baik Shahidan, Adnan, Tajol maka begitu jugalah skrip yang digunakan Tengku Adnan untuk menyedapkan hatinya.

“Hanya pucuk pimpinan yang boleh menentukan kedudukannya sama ada bertanding semula atau sebaliknya pada pilihan raya umum akan datang. Bagi saya kalau kita dengar banyak khabar angin, kita akan pening dan sudah pasti tumpuan kerja terhadap parti dan kerajaan akan terjejas,” kata Tengku Adnan pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Tabika/Taska Kemas Parlimen Putrajaya.

Macam ulasan Adnan Yaakob jugalah. Katanya, kalau Perdana Menteri kata, saya perlu teruskan (menjadi MB), saya akan teruskan. Kalau PM kata, cukup setakat ini, sekarang saya perlu ke Parlimen, saya akan mematuhi arahan.

Kesemua mereka disebut-sebut akan digugurkan dari kawasan masing-masing. Ada yang dipindah ke Pusat dan ada yang ditamatkan terus khidmatnya.

Sebelum ini, MB yang benar-benar orang-orang anak Badawi, barangkali Madhazir Khalid di Kedah, Mohd Hassan di Negeri Sembilan. Atau mungkin juga, Idris Jusoh di Terengganu.

Ini bermakna, terdapat banyak negeri lagi yang akan dirombak oleh anak Badawi untuk menempatkan orang-orangnya di kerusi Menteri Besar. Selain dari dua atau tiga negeri tadi, Perlis, Perak dan Pahang sudahpun mendapat isyarat untuk perlantikan baru Menteri Besar.

Namun, negeri lain yang dilihat perlu dirombak termasuklah Selangor dan Johor. Ali Rustam, di Melaka barangkali dilihat secucuk dengan trend pentadbiran anak Badawi, dan dia dianggap bukan pengancam tegar.

Khir Toyo sedari dulu dikaitkan tidak sealiran dengan Khairy Jamaluddin. Musuh tradisi, kata seorang pemimpin Umno Bahagian di Gombak. Perkembangan muktahir, dikatakan Khir begitu tidak popular di negeri pesat membangun itu. Beberapa tindakan politiknya dipersoalkan.

Khir dikaitkan dengan beberapa tindakan yang mengaibkan Umno dan kerajaan seperti langkah kejam dan zalimnya terhadap setinggan, perobohan kuil Hindu hingga mencetuskan kebangkitan Hindraf malah paling terkini, hadiah penyapu yang dibanggakannya itu akhirnya membawa padah dalam senyap.

Khir dilanyak cukup-cukup.

Pemerhati politik mengandaikan, calon-calon dalam pilihan raya ke 12 ini akan diteliti serius oleh anak Badawi. Tiada kompromi dengan suku-sakat Tun Mahathir lagi. Sudah tiba masanya, anak Badawi memilih calon-calon Menteri Besar yang senada dan serasi dengannya.

Begitu juga calon-calon Dun dan Parlimen yang bukan lagi boleh dicop orang Tun Mahathir. Cukuplah, peluang itu diberi dalam pilihan raya umum lalu sebagai kesinambungan “resolusi bersama” penyerahan tugas PM oleh Tun Mahathir kepada anak Badawi.

Maka, selain menunggu dan menunggu mimpi dan gerak laduni hatinya untuk mengistiharkan tarikh pilihan raya, sebenarnya anak Badawi ini masih “tercari-cari” calon-calon MB yang mampu menjadi hulubalangnya selepas pilihan raya ke 12 nanti.

Barangkali juga, ada betulnya, rakan-rakan memberitahu saya, yang “tercari-cari” di sebalik teka-teki pilihan raya itu bukan anak Badawi tetapi menantu anak Badawi itu sebenarnya yang dikatakan ghairah mempersiapkan senarai calon-calon terpilih berkenaan.

Saya bersetuju. Sebab bukan sahaja untuk kebaikan anak Badawi sendiri tetapi manfaat jangka panjangnya tentulah akan dinikmati oleh menantunya.

Malah, anak Badawi sendiri tidak pernah membantah atau mengambil tindakan terhadap menantu kesayangannya itu bila dihadapkan pelbagai tuduhan. Khairy tetap dipertahankan, sekalipun yang membongkar etika buruk menantunya itu Tun Mahathir sendiri.

Semakin jelas kini, desas-desus kononnya Khairy sibuk menyenaraikan calon-calon pilihan raya ke 12 ini, sukar disanggah dan ditegah. Anak Badawi sedang persiap senarai calon untuk masa depan Khairy.

Ini kerana, pilihan raya ke 12, tentulah bukan jalan mati bagi Khairy!

PKR ENGGAN Runding: PAS PUTUSKAN Tanding ENAM Kerusi Di Wilayah

Mereka atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, telah berkali-kali menuntut agar PKR-PAS duduk semeja bincang isu pembahagian kerusi di Wilayah tetapi sehingga kini, PKR enggan. Dari kiri, Pengarah JPN, Haji Ishak Surin, Pesuruhjaya, Hj. Mohd Noor Mohamad dan Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria.

Oleh TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur: PAS Wilayah Persekutuan memutuskan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding di enam kawasan parlimen termasuk Labuan, dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Selain Labuan, lima kawasan tersebut termasuklah Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Haji Ishak Surin dalam satu kenyataannya kepada media. Keputusan ini dipertegaskan setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah enggan berunding isu pembahagian kerusi.

Menurut Haji Ishak, atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, pihaknya telah berkali-kali menuntut agar PKR bersama PAS duduk semeja membincangkan isu pembahagian kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tetapi sehingga kini, mereka tidak berminat membincangkan perkara ini.

“Kami menghormati pakatan BA. Sebab itu kami mahu runding. Jika, di saat akhirpun masih tak mahu bincang, enggan berunding maka tak ada apa yang kami boleh buat. Kami terpaksa putuskan kerusi mana yang kami akan tandingi,” tegas beliau kesal.

Haji Ishak menyarankan agar PKR Wilayah terus berunding dengan DAP untuk bertanding di mana-mana kerusi selain dari enam kawasan yang telah diputuskan PAS itu.

Ogos tahun lalu, PAS Wilayah Persekutuan telah membuat kenyataan pertama kepada media memutuskan untuk bertanding di enam kawasan perlimen terbabit.

Malah, keputusan Wilayah itu telah diuar-uarkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke 52, di Kota Bharu oleh Haji Ishak Surin dalam ucapan perbahasannya selaku perwakilan PAS Wilayah.

Namun, ia tidak mendapat sebarang reaksi balas dari PKR.

Keputusan ini dibuat, jelas Haji Ishak, bagi memboleh semua jentera pilihan raya peringkat kawasan terbabit digerakkan serta-merta disamping menyelaraskan pengembelingan tenaga semua petugas pilihan raya seluruh Wilayah termasuklah urusan pengumpulan dana.

Serentak itu, Haji Ishak mengarahkan semua Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPRK) menggerakkan bilik-bilik gerakan serta-merta dan menerus serta mempertingkatkan pelbagai kursus pilihan raya yang berkaitan.

“Mulai sekarang, pelbagai aktiviti bersama masyarakat ditangani segera secara kreatif. Tiba masanya, kita turun all out dan jangan teragak-agak lagi. Kita bertanding di kawasan-kawasan ini,” tegas beliau.

Haji Ishak berkata, seluruh jentera pilihan raya di keenam-enam kawasan ini telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

Badan Perhubungan PAS Wilayah, jelasnya telah mengemukakan senarai calon-calon bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi keenam-enam kawasan tersebut.

JPN katanya, telah melawat dan berdialog dengan semua JPRK kawasan bertanding beberapa kali dan mendapati persiapan mereka cukup mengkagumkan dengan gerakerja yang bersepadu, tidak seperti sebelumnya.

“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang bertanding dalam pilihan raya kali ini. Ini komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merealisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya kali ini,” tegas Haji Ishak.

Khairy DICABAR Istihar Tanding Di Putrajaya

Ustaz Nazir Zakaria, anak muda yang mengetuai PAS Putrajaya dengan lantang mencabar Khairy istihar bertanding di Putrajaya menggantikan Tengku Adnan dalam pilihan raya umum akan datang, jika beliau benar-benar berani!

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Kawasan Putrajaya mencabar Naib Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar mengistiharkan dirinya bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Yang Dipertua, Ustaz Mohd Nazir Zakaria memberi tempoh selama lima hari, mulai 22 hingga 26 Januari ini, untuk menantu Perdana Menteri itu menyahut cabaran PAS kawasan tersebut.

Khairy juga, jelasnya boleh menyatakan persetujuannya melalui surat, sidang media atau mewakilkan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi jurucakapnya, menyampaikan persetujuan tersebut kepada Yang Dipertua PAS Putrajaya.

Katanya, walaupun sebagai anak lelaki dan tokoh pemuda yang bersuara lantang, Ustaz Nazir yakin Khairy tidak akan berani mengistiharkan dirinya bertanding di Putrajaya.

Ini kerana, ujarnya, walaupun Khairy dikatakan sedang berusaha untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor dari terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, beliau tetap tidak berani menonjolkan dirinya.

Sebaliknya, terus berselindung di sebalik kuasa mertuanya, Abdulah Ahmad Badawi, tegas Ustaz Nazir lagi.

PAS Putrajaya juga menyifatkan, sebagai penasihat Perdana Menteri tidak rasmi, Khairy juga bakal mempunyai penguasaan yang lebih kukuh sekiranya memenangi kerusi Putrajaya.

“Dia bukan sahaja berkuasa di Tingkat 4 JPM, tapi seluruh kekuasaan Putrajaya akan berada di bawah telunjuknya,” katanya ketika dihubungi.

Demografi pengundi Putrajaya terdiri daripada pengundi muda (43.29%) dan pengundi wanita (54.18%). Komposisi ini menjadi adalah faktor penentu di dalam pilihanraya kali ini.

Khairy, yang disebut-sebut akan bertanding di sini merupakan calon tepat yang menepati kehendak orang muda bagi menggantikan Menteri Pelancongan yang mulai kurang disenangi ekoran pembabitan beliau dengan isu klip video Tourisme dan klip video VK Linggam.

Malah sebelum ini, Tengku Adnan juga menunjukkan sikapnya yang anti Islam dengan tidak mengizinkan pembinaan Sekolah Agama atas alasan dangkal, merosakkan lanskap Putrajaya sebagai tempat perlancongan dan pada masa yang sama membenarkan kelab-kelab malam beroparasi hingga larut malam.

Mempertaruhkan PILOT MALAYSIA Yang "KUAT TIDUR"!


“Kuat tidur” anak Badawi yang diperkatakan orang, hanya membuktikan dia malas atau suka "ambil ringan" dalam kerja-kerja sehariannya.

By TARMIZI MOHD JAM

PADA 4 Januari lalu, Perdana Menteri (disebut anak Badawi) telah menerima hadiah paling "istimewa", yang belum pernah dihadiahkan oleh sesiapa kepada PM sebelum ini.

Sekreteriat Bertindak Anak Muda Malaysia menghadiahkan anak Badawi dengan sebuah bantal dan bantal peluk berwarna kuning yang kedua-duanya dibaluti dengan hiasan gambar-gambar bendera Malaysia dan menara kembar Petronas.

Signalnya jelas. Mengingatkan anak Badawi betapa keberkesanan pentadbirannya amat membimbangkan masa depan anak-anak muda kini.

Banyak ingatan, teguran, memorandum dihulurkan kepada PM ke 5 ini, tetapi perangainya tetap tidak berubah dan tiada tindakan diambil untuk mengubah dan mengubah...

Kisah benar anak Badawi tertidur sewaktu sambutan merdeka di Sarawak, tahun lalu tidaklah menyenakkan sangat. Orang sakit darah tinggipun, rasanya tidak terenjat dan melumpuhkan sistem sarafnya bila terdengar cerita yang bukan metos itu.

Pada Sidang Apec di Australia juga, anak Badawi dikatakan terlelap ketika bergambar bersama pemimpin-pemimpin dunia yang lain! (Kalau ada gambar; Lihat gambar, Bush menoleh melihat gelagat Pak Lah).

Bagi saya, kisah benar itu mengesahkan lagi dakwaan nakal dan sumbing sesetengah pihak. Ia membuktikan apa yang diperkatakan selama ini. Tidur bukan suatu yang salah. Tetapi, tidur pada program rasmi cukup memual dan meloyakan.

Kalau ditelaah betul-betul, sarat dakwaan nakal dan sumbing ini dimuatkan pada alam maya siber, “kununnya” anak Badawi seorang Perdana Menteri yang "kuat tidur".

“Kuat tidur” bukanlah “kuat” yang boleh didefinasikan sebagai amalan positif dalam hidup seseorang. Makna asal "kuat" memanglah gagah, perkasa, berkuasa, bertenaga dan sasa.

“Kuat tidur” dalam kes anak Badawi ini, bukannya “kuat” mengikut makna di atas atau kuat kerja berbanding orang-orang lain. Juga bukan “kuat” seperti Ultraman, Spiderman atau Badman.

“Kuat” di sini, tidak elok, hodoh, nagetif, haprak dan entah apa-apa lagi istilah yang boleh disangkutkan bagi menggambarkan betapa “kuat tidur” itu suatu yang mesti ditegah, dihambat, dipasung dan ditalqinkan!

“Kuat tidur” hanya membuktikan sesesorang itu malas atau suka "ambil ringan" dalam kerja-kerja sehariannya.

“Kuat tidur” bererti banyak masa dipunggah secara sia-sia sahaja. Tidakkah anak Badawi takut dan gentar, dengan tabiat buruk itu yang membawa makna dia telah “mencuri masa” atau “curi tulang” atau “mengelat” dalam tugasan yang dibayar gaji kepadanya.

Dengan sendirinya gaji dan elaun yang diterimanya boleh dipersoalkan. Takkan anak Badawi mahu dituduh “makan gaji buta”?

Ini lagi sumbang kalau diperkatakan. Realitinya, orang yang “kuat tidur” akan dipersoalkan duuuuit gaji dan elaunnya. Sebab, kerja tak buat, banyak mengayam, mengelat atas jenama “kuat tidur” tadi.

Masa yang diperuntukkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia cukup adil dan seimbang. 24 jam sehari semalam! Sepatutnya, ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan dan kebajikan.

Anak Badawi mesti menjalankan tugas dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bukannya cemerlang atau gemilang dalam amalan dan tabiat “kuat tidur”. Jika ini berterusan, anak Badawi pastinya akan dinobat dalam lipatan sejarah sebagai PM “terbilang” kerana “kuat tidur”.

Rakyat khuatir, “kuat tidur” anak Badawi itu akan menjurus dan mempengaruhi tindak-tanduk sebagai PM dalam mentadbir negara.

Bimbang PM yang “kuat tidur” akan tidur juga dalam menguruskan dana dan kepentingan rakyat. Jika ini terjadi, maka akan hancurlah negara dan musnahlah rakyat.

Macam, pilot kapal terbang yang “tertidur” atau “kuat tidur” ketika penerbangan, sudah tentu hala tuju kapal terbang akan hilang arah, kelam-kabut dan ketidaktentuan hala; akhirnya penumpang jadi mangsa.

Kapal terbang terhempas, semua penumpang nahas dan mati! Nyawa tercabut sia-sia. Penumpang tidak salah di mana-mana...! Apa dosanya penumpang itu? Yang salah pilot yang “tertidur” atau “kuat tidur” tadi.

Allah berfirman dalam Surah Al-Asr yang bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Pada hemat saya, dakwaan nakal yang ditalakan kepada anak Badawi, nampaknya tidak meleset. Banyak imej-imej yang menggambarkan dakwaan itu sempat dirakamkan oleh lensa kamera.

Oleh kerana anak Badawi orang nombor satu negara, tiada siapa yang berani menegur perbuatan “tidur dalam kelas” yang dilakukannya.
Bukan setakat dalam Perhimpunan Agung Umno, tetapi sudah meleret-leret ke program-program penting negara dan antarabangsa.

Gambar-gambar yang acap kali tersiar di laman-laman web, mungkin dapat melebarkan maksud anak Badawi, Perdana Menteri yang "kuat tidur"…Perdana Menteri sebelum ini, tiada yang “kuat tidur” macam anak Badawi.

Sebab itu tidak ada siapa mengaitkan beliau atau mengumpamakan beliau dengan Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Cet Det dalam acara “kuat tidur” ini.

Rasanya, aturcara PM terdahulu sama sahaja dengan PM hari ini. Tetapi, seolah-olah, anak Badawi amat kurang masa tidurnya.

Apakah pada malam hari dia terlalu ketat dan sendat disogokkan dengan program rasmi mahupun tidak rasmi? Barangkali sampai ke subuh?

Itu tidak mungkin! Tidak mungkin!

Malah, PM hari ini barangkali lebih banyak kemudahan dengan pelbagai perkakas multimedia yang canggih, meringkaskan kerja-kerja yang sukar pada PM-PM terdahulu.

Ada kapal terbang jet sendiri, kapal layar dan pelbagai kemudahan kenderaan, yang semuanya mempercepatkan tugasan dalam zon selesa.
Jadi, mengapa anak Badawi ini “kuat tidur”?

Inilah isu dan persoalan yang masih berlegar dibenak kepala saya. Waktu menduda selepas kematian Hendon, pun anak Badawi “kuat tidur” hinggalah hidup bersama Jeanne, pun anak Badawi ini masih “kuat tidur”.

Apakah aktiviti sebelah malam beliau?

Pada hemat saya, anak Badawi wajib menepis dakwaan-dakwaan nakal ini sepantas kilat. Buangkan tabiat “kuat tidur” itu kerana ia imej buruk bagi sesiapapun. Apatah lagi bagi seorang PM!

Buktikan mulai hari ini, tiada lensa kamera yang dapat mencekup imej anak Badawi menguap, mengantuk, mata kuyu dan tertidur.

Biarlah gambar-gambar yang sudah masuk lipatan sejarah itu, mewarnai catatan sejarah.

Dalam soal ini, apakah penasihat sekelilingnya juga tidak tahu tabiat "tertidur" seperti mana anak Badawi “tidak tahu” dalam banyak hal, apabila ditanya wartawan.

Atau anak Badawi sendiri “tidak tahu” yang dia “kuat tidur” natijah dari tiada nasihat dari tuan penasihatnya yang barangkali juga “tidak tahu” yang anak Badawi ini "kuat tidur".

Isnin, Januari 21, 2008

Tengku Adnan MAKIN GELABAH, Khairi KIAN DEKAT Tanding Putrajaya?

Sandiwara Khairy akhirnya melajukan ayunan politiknya hingga menguasai Tingkat 4, JPM yang tiada siapa berani menyakatnya!

Oleh TARMIZI MOHD JAM

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor makin gelisah dan menafikan sekeras-kerasnya beliau akan digugurkan dari menjadi calon di kawasan itu dalam pilihan raya umum ke 12 nanti, ekoran tersebarnya khabar angin kononnya Putrajaya akan ditandingi oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Menurut Yang Dipertua PAS Putrajaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria, beberapa tekanan yang diberikan oleh Perdana Menteri agar Tengku Adnan bekerjasama penuh dengan Biro Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isu penyelewengan klip video Tourisme serta isu klip video konspirasi hakim yang sedang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja, membuktikan terdapatnya usaha untuk "menyingkirkan" beliau.

Tengku Adnan katanya, makin kelam-kabut dengan membuat percubaan berani mengelak dari dituduh terlibat dalam konspirasi hakim yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, dengan mendakwa VK Linggam sebagai mabuk dan gila, dan beliau sendiri tidak tahu kenapa namanya disebut dalam perbualan itu.

Mohd Nazir percaya, Khairy sedang berusaha untuk bertanding di Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dan keadaan ini makin menyulitkan Menteri Perlancongan itu.

Putrajaya, jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu, akan dijadikan pangkalan Khairy untuk mensasarkan target politiknya dalam kabinet mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum ke 12 nanti.

"Kalau Khairy tak rebut sekarang, peluang ini mungkin tak akan datang lagi. Tengku Adnan sudah dipalit kotor. Saya percaya, peluang ini sedang digunakan Khairy untuk melobi bertanding di sini," tegas beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, PAS Putrajaya dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan Naib Pergerakan Ketua Pemuda Umno itu akan bertanding di Putrajaya.

HARAKAHDAILY GAM Artikel "Berbaloikah Jelajah Presiden PAS Ke Wilayah"?

Artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" tulisan saya memang telah menyinggung beberapa pihak. Tetapi, Harakahdaily telah menapisnya terlebih dahulu sebelum ia disiarkan. Kata Pengarangnya tiada isu apa-apapun!

By TARMIZI MOHD JAM

BEBERAPA emel, saya terima. Mereka bertanyakan kesahihan kononnya artikel saya bertajuk Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS? digam oleh Harakahdaily.

Menurut mereka, artikel itu dilihat terpapar dalam Harakahdaily pada 13 Januari 2008, sebelah pagi dengan teks penuh tetapi menjelang tengahari artikel tersebut disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja hinggalah ke tengahari berikutnya.

Seorang rakan memberitahu saya, dalam Blog Kapak Jangak terdapat satu komen yang mengajukan isu yang sama kepada pengendali blog, Ramli Abdul Halim.

Ia disiarkan pada Respon 117, pada 17 Januari 2008 jam 9:21 PM oleh wei rozak selising said... yang menulis begini:

"Artikel Tarmizi Mat Jan dalam Harakahdaily kena buang selepas beberapa minit siar sebab kutuk Program Jelajah Presiden Pas. Guano ni meli weiiiii????? Ore Pas pun takleh tegor Presiden jugok ko? Pah kato ko umno peel huduh, napoknya bila kena ko batang pe*** sendiri baru tau hok mana mati pucuk, hok mano gagoh... Ko guano abe li kito? Ginilah, kito puok2 Pas ni, kita lantik tok guru Presiden kiti jadi dewa la, baru kena nga gaya... Dek neh..."

Ramli memberi respon berikut: "Respon Saya; Itulah realitinya. Mudah-mudahan Ustaz Tarmizi tak akan kendur semangat dalam membuat teguran dan pendirian demi masa depan perjuangan dan jamaah."

Sebenarnya, memang pada sebelah pagi 13 Januari itu, artikel tersiar penuh pada Harakahdaily.

Menjelang tengahari, sayapun terkejut kerana mendapati artikel itu disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja dan di sebelah bawah teks itu diisi dengan iklan buku.

Terus saya menghubungi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman untuk mendapatkan penjelasan. Beliau gagal menjelaskan kepada saya ketika itu.

Tetapi bertegas, tidak mungkin "digam" kerana kuasa "menggam" mesti dari beliau. Atau sekurang-kurangnya beliau tahu hal itu.

Tidak lama kemudian, Lutfi menghubungi saya menyatakan Harakahdaily ketika itu menghadapi masalah teknikal. Ia sedang dalam penyelenggaraan sistem.

Insya-Allah
katanya, artikel itu akan disiar penuh setelah keadaan pulih semula. Dia sudah memberitahu, web master Harakahdaily bernama Mohd Noor untuk menyiarkan semula.

Bagi memujuk hati saya, Lutfi memberitahu, takkan artikel "membina" macam tu nak digam. Lainlah, ada pendedahan yang mengaibkan PAS atau artikel yang berunsur fitnah yang nyata.

Tulisan saya memang telah menyinggung beberapa pihak. Tetapi, Harakahdaily telah menapisnya terlebih dahulu sebelum ia disiarkan. Kata Pengarangnya tiada isu apa-apapun!"

Antapun dah lama dalam dunia penulisan ni. Dah tahu mana yang kontroversi mana yang tak. Itu biasa je. Kita penulis, mestilah tajam dan pedas sikit," tegas beliau kepada saya.

Artikel Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS? turut diceduknya ke laman kendalian beliau, Detikdaily. Ia juga disiarkan oleh Web Tranungkite dan Laman Marhaen.

Tengahari esoknya, artikel saya itu tersiar penuh dibawah kolum pendapat, sudut sebelah kanan, di bawah kolum Lutfi, Subky dalam lain-lain penulis pilihan.

Dengan penjelasan ini, diharapkan segala kekeliruan atau khabar angin dan gosip berkenaan artikel Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS? telah DIGAM oleh Harakahdaily dapat diperbetulkan.

Anda boleh membaca artikel itu pada kolum "Minda" kemudian klik "Pendapat" dan carilah tajuk yang disebut. Masih tersimpan dalam arkib Harakahdaily.

TOK GURU NIK AZIZ Sebenarnya LEBIH LICIK Dari Anwar Ibrahim!

Sebagai Tok Guru & politikus pembangkang, banyak kenyataannya kontroversi. Tetapi, ia sarat dengan maslahah?

By TARMIZI MOHD JAM

KESEDIAAN PAS Kelantan untuk bertanding sendirian tanpa melibatkan PKR dalam pilihanraya ke 12 kali ini, dilihat sebagai strategi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengembeling dan memfokuskan jentera pilihanraya PAS Kelantan menentang BN sepenuh hati.

Dengan cara ini, kata penganalisis politik, Dr. Mohd Hasyim, segala isu dalaman dapat diketepikan bagi menghadapi musuh, Umno Barisan Nasional. Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat kali pertama Ahli Jawatankuasa Grop Universiti Ulu Klang di Sri Gombak, semalam sejak ia ditubuhkan.

Katanya, walaupun kenyataan itu cukup "pedas" tetapi Mursyidul Am PAS itu berjaya mengikat kembali sokongan ahli dan penyokong PAS seluruh Kelantan agar bekerja lebih kuat setelah PKR membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihan raya esok lusa.

Isu ugutan PKR yang akan memindahkan jentera pilihanrayanya ke Selangor dan Pulau Pinang, kata Dr. Mohd Hasyim telah berjaya membangkitkan rasa tanggungjawab seluruh jentera pilihanraya PAS di Kelantan bagi meningkatkan gerakerja parti.

Sehari sebelum Tok Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan politik Malaysia dengan kenyataan "pedasnya" itu, Dr. Mohd Hasyim yang juga penulis prolifik telah membayangkan dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh Web Tranungkite bahawa PAS Kelantan kini berada diambang bahaya, jika kekuatan parti itu gagal digembeling sepenuhnya dalam masa terdekat bagi berdepan BN menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

Kata Dr. Mohd Hasyim, kekuatan PAS kini bukan sahaja tergugat, tetapi wibawa kerajaannya juga kian dipersoal umum setelah ia hanya bertenggek di atas kekuatan dua undi bagi menampung kekuasaan sebuah kerajaan negeri seperti yang wujud pada hari ini.

Beliau yakin, strategi Tok Guru Nik Aziz ini adalah percubaan untuk membendung beberapa isu yang mengaibkan PAS seperti dakwaan berlakunya rasuah dalam Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pemberian konsensi balak, isu tanah dan lain-lain isu, yang dikhuatiri akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PAS dalam pilihan raya kali ini.

Sebagai pemimpin yang sarat dengan pengalaman politik, Menteri Besar Kelantan itu ujarnya, tidak mungkin mencetuskan "kegawatan" dengan sengaja.

Sudah tentulah terkandung "maslahat" tersembunyi bagi menyelamatkan PAS Kelantan dari merudum jatuh seperti kontroversinya amarann agar Dr. Syed Husin Ali tidak bertanding di Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya ke 11 yang lalu.

"Saya yakin, tidak ramai yang nampak di sebalik kontroversi ini. Ada orang kata, Nik Aziz sudah nyayuk. Sudah tua.

"Pada saya, seni politik yang cuba dipamerkan Tok Guru cukup karismatik dan dia sebenarnya lebih licik dari Anwar Ibrahim," tegas beliau yang juga mantan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Pulau Pinang.

GAMBAR BOGEL Pelakon Utama "Anak Pontianak" Bukan SUPERIMPOSE!

Faizal Tahir yang dulunya artis nasyid, mengubah haluan dan cuba mencipta nama mengikut risipi Barat untuk menjadi tersohor!

Pelakon Anak Pontianak TV3 ini dikatakan bergambar bogel dengan aksi ghairah. Tujuh keping dari jarak dekat dan lima keping aksi depan kamera. Apakah ini superimpose?

Oleh NORHISHAM ABU BAKAR, mSTAR

BUAT superimpose tak senang, kalau satu keping boleh lagi tetapi kalau dah 7 keping dari jarak dekat, konsisten dari segi lighting, bayang dan posing.

Ada 7 keping semuanya, dan 5 keping adalah gambar aksi depan kamera dengan boyfriend.

Emel saya bukan untuk menjaga tepi kain orang atau pun mengaibkan orang lain.

Cuma mohon supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil oleh siaran TV sebelum ia akan menjadi satu virus atau kanser yang akan berjangkit lebih parah ke atas masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

Sudah menjadi kebiasaan atau satu trend semasa mana beberapa artis baru atau muda yang masih baru mencari tapak untuk popular sudah mengambil langkah berani sama ada secara sengaja atau tidak menjatuhkan diri dalam kontroversi.

Sebelum ada artis realiti TV swasta yang terjerat dengan gambar bogel (kononnya super impose katanya), pihak stesen TV mohon dia berhenti daripada rancangan TV tetapi entah bagaimana nasib dia baik sebab selepas itu dia glamour terus dapat kerja jadi dj di syarikat radio swasta tak berapa famous sangat.

Baru-baru ini terdapat pula konsert live mana bekas penyanyi kumpulan nasyid bertukar menjadi penyanyi rock membuka baju sambil terdapat lambang Superman di dada.

Konsert tersebut live kat TV dan kemungkinan ribuan orang yang tengok, tetapi mungkin dah terlalu seronok menyanyi dan ingin membuat gimik seperti artis mat salleh kat luar negara sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang boleh dilihat ribuan orang yang pergi konsert atau yang tengok kat rumah.

Disebabkan benda tersebut mungkin lepas ini orang akan sentiasa kenal dia, ia lah benda yang buruk tu sekejap jer orang ingat tetapi lepas ni lupalah sebab janji mereka famous.

Yang lain pula, tersebar lak gambar seorang dj lelaki yang tak famous macam Kiran, AC atau Jimmy di stesen radio terkenal sedang berpelukkan mesra dengan teman lelaki sambil mengambil gambar.

Adakan tersebar gambar tersebut melalui email dan menjadi bahan cerita media, dj lelaki yang sebelum ni orang tak pernah langsung akan menjadi terkenal lepas ni.

Akhir sekali, pelakon utama Anak Pontianak yang gambar bogelnya tersiar dan tersebar di email.

Sabtu lepas saya ada terbaca di sebuah akhbar menyatakan bahawa dia dengan perasaan lega dan tidak bimbang bahawa gambar bogel tersebut adalah superimpose.

Mulanya saya tak berapa kisah sangat pasal cerita tersebut sebab saya pun bukan suka sangat tengok cerita tu, tetapi entah bagaimana pulak semalam terdapat forwarded mail daripada kawan-kawan tentang gambar-gambar tersebut.

Ada 7 keping semuanya, dan 5 keping adalah gambar aksi depan kamera dengan boyfriend (yang dia mengaku tak kenal mamat tersebut).

Pelakon ni sebelum ni orang tak pernah kenal sebab dia berlakon macam kayu (mengikut majoriti kawan-kawan saya) dalam cerita tersebut tak pasal orang dah kenal nama dia.

Adakah ini salah satu cara dia untuk terkenal dengan cipta kontroversi, keluar surat khabar, lepas tu orang pun dah tahu dah nama dia dan juga bentuk bdn dia.

FYI, buat superimpose tak senang, kalau satu keping boleh lagi tetapi kalau dah 7 keping dari jarak dekat, konsisten dari segi lighting, bayang dan posing. Wallahulam masing-masing buat judgement sendiri.

Kalau kita tengok trend ni balik, tak ubah seperti artis-artis famous hollywood yang kena posing bogel dahulu sebelum jadi terkenal seperti Cameron Diaz, Vanessa William dan etc.

Yang terbaru ialah Venessa Hudgen heroin film muzikal kegilaan budak-budak sekolah kat KL “High School Musical”.

Kita tak mahu budaya ni menular. Lepas ni artis mana pulak yang inginkan kontroversi atau gambar anak sapa pulak yang berbogel lepas tu dapat di tengok oleh orang ramai yang ade email. Mungkin yang lihat tu kawan-kawan mak bapak dia atau sedara mara dia sendiri.

Takkan setiap kali gambar bogel artis, dengan mudah dapat publisiti murahan dan terus terkenal. Disebabkan hari ni hari Khamis, drama anak pontianak akan tayang di TV3 malam ni.

Saya amat berharap kepada sahabat SIM yang berkerja di TV3 dapat diberhentikan sementara rancangan drama tersebut.

Selagi perkara superimpose ni tak selesai, makin menyampah pulak tengok muka dia kat TV3 serta ingatan posing ghairah dalam gambar yang saya dapat.

Akhir sekali, ia diharap dapat menjadi pengajaran kepada artis-artis kat Malaysia, tolonglah jgn buat kontroversi dengan papar gambar bogel atau gambar berzina ke dan syarikat TV kene tegas mana-mana artis yang ada masalah kesopanan supaya menjadi budaya negara kita bahawa tak kira artis kita tetap berpegang pada konsep kesopanan dan kesusilaan.

Artikel Posted on Saturday, January 19 @ 20:50:36 EST by
reformis Detikdaily.