KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Disember 28, 2007

Bunuh Benazir, Report Polis, Taklimat Presiden PAS: Bahang Pilihan Raya Sudah Sejengkal!

Haji Mohd Sabu dan Datuk Mustapha Ali akhirnya menyaman pihak polis dan Kerajaan Malaysia setelah mereka ditahan secara tidak sah sebelum ini kononnya menganjurkan Perhimpunan Haram

Mantan Presiden Pakistan, Benazir Buttho akhirnya dibunuh oleh musuh-musuh politiknya iiatu 12 hari sebelum pilihan raya umum Pakistan berlangsung.

By TARMIZI MOHD JAM

RABU lalu, saya menerima SMS dari Pengarah Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Haji Ishak Surin dan Setiausaha JPN, Kamarul Arif Ambak.

Cikgu Ishak mengajak saya menemani Haji Mohd Sabu dan Datuk Mustapha Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jalan Dang Wangi pada hari tersebut.

Pada malamnya pula, ada Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Wilayah di Taman Melewar. Saya salah seorang Timbalan Pengarah JPN berasa kesal kerana tidak dapat hadir mesyuarat tersebut. Ini kerana perbincangannya agak fokus, mengenai gerakerja akhir di kawasan bertanding.

Lazimnya, mesyuarat JPN begini, sayalah orang paling bersemangat dan tertunggu-tunggu agenda untuk dibincangkan. Dulu saya Setiausaha JPN tetapi sesi ini dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah JPN pula.

Nasib baiklah, tiga kawasan parlimen yang bakal ditandingi oleh PAS sudah selesai diputuskan. Cuma sedang tarik tali untuk mendapatkan satu lagi. Tarik tali dengan PKR.

Kedua-dua program tadi, tidak dapat saya penuhi kerana masih berada di kampung saya, Parit Perak. Lama juga bercuti dan selama itulah saya tidak lagi ke pejabat Yayasan Muslimin Malaysia, tempat saya "bekerja" mengendalikan sebuah majalah Iktisad namanya.

Maaflah Dr. Rashid Dail, Haji Omar Setari, Cikgu Mohd Noor, Sdr. Sharuddin Kemi dan Zakaria Hassan. Lama bercuti. Majalah Iktisad sedang dicetak, nampaknya. Tak diketahui bila siapnya. Nanti saya hubungi pencetak.

Malam tadi, kita semua dikejutkan dengan pembunuhan Benazir Buttho, mantan Presiden Pakistan yang agresif berkempen menentang Musharaff.

Ini sudah tentu akan mengundang malapetaka baru di negara itu dan kini rusuhan telah makin mesra membungkus kempen politik menjelang pilihan raya 8 Januari ini.

Sabtu ini, 29 Disember 2008 terpaksa pula saya menghadiri wajib satu Taklimat Presiden PAS di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar berkenaan perkembangan terkini pilihan raya umum ke 12.

Dan pada 5 Januari 2008, nampaknya sekali lagi memerap di Markaz PAS Taman Melewar kerana ada Seminar IT & Pilihan Raya PAS Pusat dan saya terpaksa mewakili JPN Wilayah Persekutuan, untuk mengutip ilmu dan fakta bagi diaplikasikan ke Wilayah.

Entah bilalah, saya nak memikirkan soal bisnes seperti yang saya lakarkan pada artikel sebelum ini dalam http://millenniumagrotani.blogspot.com/

1 ulasan:

Unknown berkata...

aku memang begang betui bila dengar komen2 najib dlm di sabah sehari dua ni. macam lah umno tu demokrasi sangat.
memanglah dia boleh bertindak sebab dia ada kuasa. tapi aku nak sanggah sakan bila dia kata bila negara aman pembangkang susah nak menang sebab itu mereka adakan kekacauan.
poraah najib. kamu takut kalah gunakan isa. acum rakyat kononya pembangkang akan buat huru-hara! politik kotor.