KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, September 28, 2010

Rasis: Awas taktik jahat Umno pecah-belahkan Pakatan Rakyat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya Pakatan Rakyat, supaya berwaspada dengan strategi jahat Umno-BN memainkan sentimen perkauman. Katanya, akibat dengan ketakutan terhadap pengaruh besar Pakatan Rakyat, Umno-BN kini, membuat serangan bertubi-tubi terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, menyifatkan cara politik kotor Umno-BN akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13, akibat kebimbangan mereka akan dijatuhkan dari menerajui Kerajaan Persekutuan.

Guan eng berkata demikian terhadap wakil Harakah yang menemui beliau di Terminal LCCT, dekat sini 2 September lepas. Katanya, beliau amat bimbang serangan jahat Umno akan sampai ke tahap serangan fizikal, yang mungkin dilakukan oleh pihak-pihak yang terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan.

Antara isu yang dimainkan adalah usaha memburuk-burukkan beliau dan DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. "Saya rasa serangan yang dibuat Umno menunjukkan mereka tidak ada akal, tidak ada isu dan tidak ada idea lagi," ujarnya.

Menyentuh mengenai perpaduan PAS dan DAP beliau berkata, "Saya rasa PAS yakin dengan DAP, ini kerana kita yakin tidak akan belot, kita telah berjuang begitu lama, apa perbezaannya kita semua tahu tetapi yang pasti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat) tahu siapa Lim Kit Siang (Penasihat DAP)."

Katanya, Umno hanya mahu melihat PAS dan DAP berada dalam keadaan yang renggang.

"Umno pun tidak berminat dengan PAS, mereka ini sengaja mahu jauhkan hubungan akrab kita( PAS-DAP) sekarang ini mereka gunakan isu perkauman untuk belasah kita, lagi kuat mereka buat lagi teruk mereka akan dipandang rakyat," tegasnya.

Menjawab persoalan mengenai masa depan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang beliau berkata, Umno-Gerakan akan gagal merampas negeri itu pada PRU ke-13, kerana sokongan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya sangat kuat.

Tiada ulasan: