KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, September 28, 2010

Tak tutup aurat, tetapi lagakan isu agama - Anwar


Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemimpin Umno-BN gagal menunjukkan teladan serta model yang baik untuk menjadi ikutan rakyat dari segi akhlak, moral mahupun memenuhi tuntutan syarak dan agama.

Beliau mengambil contoh isteri pimpinan Umno yang kebanyakannya tidak menutup aurat hatta apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan.

Bagaimana pun, Umno-BN dilihat begitu pantas menyerang pimpinan Pakatan Rakyat yang bukan Islam apabila mereka berkunjung ke masjid atau surau dengan tujuan untuk mendekati masyarakat Islam.

"Bagi mereka ini, jika pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam tidak menurut tuntutan agama seperti menutup aurat, ia tidak menjadi isu kepada mereka. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang bukan Islam ia menjadi heboh dan diperbesarkan," katanya.

Dalam Islam akhlak dan peribadi ini adalah menjadi keutamaan, tambah Anwar apabila mahu orang lain mencontohi Islam yang adil kepada semua. 

Maka katanya, pemimpin itu sendiri mesti membuktikan bahawa kepimpinan mereka juga adil, isteri-isteri mereka juga perlu menutup aurat.

"Apabila isteri pemimpin Islam masuk dalam masjid mereka menutup aurat. Ini akan jadi contoh kepada mereka. Namun begitu contoh ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan pemimpin yang sering menyalahkan orang lain," tegas Anwar.

Ujarnya lagi, Islam memberi keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan ideologi, ras serta keturunan ataupun pangkat dan kedudukan seseorang. 

Beliau turut membidas sesetengah pihak yang mempolitikkan isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka sambil mengatakan sesetengah pemimpin kerajaan Umno-BN tidak menunjukkan sikap pro aktif yang boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.

Tiada ulasan: