KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 14, 2013

Setelah selesai Mesyuarat Agung Tahunan, PAS Kawasan mendapat kepimpinan terkini


Setelah tamat tempoh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada 30 September lalu, hampir 95 peratus kawasan telah mengadakan mesyuarat agung mereka masing-masing. Dari jumlah itu, sebahagiannya telah disirkan oleh Harakah kepimpinan baharu parti di peringkat kawasan di seluruh negara. Antaranya seperti di bawah ini:  

PAS KAWASAN BATU (WP)
Yang DiPertua         : Ishak Surin
Timb Yang DiPertua : Dato' Suhaimi Ab Rahaman
Naib Yang DiPertua : Dato' Tarmizi Mohd Jam

PAS KAWASAN KEPONG (WP)
Yang DiPertua         : Amran Abd Majid
Timb Yang DiPertua : Mohd Shafie Abdul Rahman
Naib Yang DiPertua : Mohd Kutty Mohideen

PAS KAWASAN TITIWANGSA (WP)
Yang DiPertua         : Mejar (B) Ustaz Abdullah Ab Wahab
Timb Yang DiPertua : Khairul Anuar Abd Manap
Naib Yang DiPertua : Ustaz Raihan Abdul Aziz

PAS KAWASAN TAPAH (PERAK)
Yang DiPertua         : Ahmad Othman Maseri
Timb Yang DiPertua : Dzulbahrain Jalun
Naib Yang DiPertua : Ustaz Malek Mohamad

PAS KAWASAN GOPENG (PERAK)
Yang DiPertua         : Abdul Rahim Md Arif
Timb Yang DiPertua : YB Radhi Zainon
Naib Yang DiPertua : Mohamad Faisal Anson

PAS KAWASAN LENGGONG (PERAK)
Yang DiPertua         : Razman Zakaria
Timb Yang DiPertua : Husairivbin Arifin
Naib Yang DiPertua : Zainal Abidin Saadan

PAS KAWASAN LARUT (PERAK)
Yang DiPertua         : Ustaz Toreq  Zainudin
Timb Yang DiPertua : Ustaz Akmal Kamarudin
Naib Yang DiPertua : Abu Husin

PAS KAWASAN KUALA KEDAH (KEDAH)
Yang DiPertua         : Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi
Timb Yang DiPertua : Dato' Ir. Amiruddin Hamzah
Naib Yang DiPertua : YB Mohd Nasir Mustafa

PAS KULIM BANDAR BAHARU (KEDAH)
Yang DiPertua         : Ustaz Hassan Abd Razak
Timb Yang DiPertua : Amer Suffian Yusuf
Naib Yang DiPertua : Mohd Khairi Salleh

PAS KAWASAN PADANG SERAI (KEDAH)
Yang DiPertua         : Mohd Fauzi Md Tahir
Timb Yang DiPertua : Abd Razak Salleh
Naib Yang DiPertua : Mahamud Saad

PAS KAWASAN LANGKAWI (KEDAH)
Yang DiPertua         : Zubir Ahmad
Timb Yang DiPertua : Mazlan Ahmad
Naib Yang DiPertua : Subri Yahaya

PAS KAWASAN KUALA PILAH (N SEMBILAN)
Yang DiPertua         : Abdul Karim Shahimi Abdul Razak
Timb Yang DiPertua : Ustaz Norazman Mohamad
Naib Yang DiPertua : Rafiei Mustapha

PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU (TGANU)
Yang DiPertua         : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Timb Yang DiPertua : Dato’ Tengku Hassan Tengku Oma
Naib Yang DiPertua : Ustaz Hamzah Ngah

PAS KAWASAN HULU TERENGGANU (TGANU)
Yang DiPertua         : Muhyidin Abdul Rashid
Timb Yang DiPertua : Ustaz Ismail Osman
Naib Yang DiPertua : Ustaz Hilmi Harun

PAS KAWASAN SETIU (TGANU)
Yang DiPertua         : Ustaz Shaari Zulkirnain Abdul Kadir
Timb Yang DiPertua : Ustaz Mohd Pauzi Muda
Naib Yang DiPertua : Wahab Jusoh

PAS KAWASAN BUKIT KATIL (MELAKA)
Yang DiPertua : Mohd Sofi Abdul Wahab
Timb Yang DiPertua : Mohd Ali Sharif
Naib Yang DiPertua : Md Yassim Musa

PAS KAWASAN TANGGA BATU (MELAKA)
Yang DiPertua : Ustaz Mohd Nor Omar
Timb Yang DiPertua : Rafie Ahmad
Naib Yang DiPertua : Husni Balis Ali

PAS KAWASAN KOTA MELAKA (MELAKA)
Yang DiPertua : Harun Mohammed
Timb Yang DiPertua : Ahmad Saidin
Naib Yang DiPertua : Nor Azizan Nordin

PAS KAWASAN TAMBUN (PERAK)
Yang DiPertua         : Dr Khairudin Dato' Abdul Malik
Timb Yang DiPertua : Ustaz Latip Taib
Naib Yang DiPertua : Jamaludin Hashim

PAS KAWASAN BAGAN DATOH (PERAK)
Yang DiPertua         : Misbahul Munir Masduki
Timb Yang DiPertua : Kapten (B) Mohammad Aris Bakri
Naib Yang DiPertua : Arifin @ Ramli Husin

PAS KAWASAN SUNGAI SIPUT (PERAK)
Yang DiPertua         : Zulkifli Ahmad
Timb Yang DiPertua : Mohd Rosni Abu Bakar
Naib Yang DiPertua : Hassan Syarif

PAS KAWASAN BATU GAJAH (PERAK)
Yang DiPertua : Dr Ahmad Nuri Al-Amin
Timb Yang DiPertua : Ismail Ariffin
Naib Yang DiPertua : Rosdy Abdullah

PAS KAWASAN PADANG RENGAS (PERAK)
Yang DiPertua         : Mohd Shukri Mat Amin
Timb Yang DiPertua : Mohd Fadzil Jamaluddin
Naib Yang DiPertua : Dr Azalan Radzi

PAS KAWASAN JERLUN (KEDAH)
Yang DiPertua : Ust. Abd Ghani Ahmad
Timb Yang DiPertua : Abd Wahab Abd Rahman
Naib Yang DiPertua : Abd Rahim Jusoh

PAS KAWASAN SUNGAI PETANI (KEDAH)
Yang DiPertua         : Abdullah Jusuh
Timb Yang DiPertua : Muhammad Sobri Osman
Naib Yang DiPertua : Ustaz Ahmad Fazli Hashim

PAS KAWASAN BALING (KEDAH)
Yang DiPertua         : Ustaz Abdul Rahman Yahaya
Timb Yang DiPertua : Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad
Naib Yang DiPertua : YB Md Zuki Yusof

PAS KAWASAN PENDANG (KEDAH)
Yang DiPertua : Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul
Timb Yang DiPertua : Dato' Dr Mohd Hayati Othman
Naib Yang DiPertua : Sulaiman Awang

PAS KAWASAN GOMBAK (SGOR)
Yang DiPertua         : Ustaz Salehuddin Nasir
Timb Yang DiPertua : YB Ustaz Hasbullah Ridzwan
Naib Yang DiPertua : Ustaz Farhan Abdullah

PAS KAWASAN SUNGAI BESAR (SGOR)
Yang DiPertua         : YB Ustaz Sallehen Mokhyi
Timb Yang DiPertua : Ustaz Jamsari Marsom
Naib Yang DiPertua : Ustaz Mustaim Osman

PAS KAWASAN KUALA LANGAT (SGOR)
Yang DiPertua         : YB Dr Ahmad Yunus Hairi
Timb Yang DiPertua : Ustaz Zamri Shafiq
Naib Yang DiPertua : Mohd Hamdan Sapar

PAS KAWASAN LEMBAH PANTAI (WP)
Yang DiPertua         : Ustaz Adlin Salleh
Timb Yang DiPertua : Hazmi Mamat
Naib Yang DiPertua : Zulkifli Ismail

PAS KAWASAN BUKIT BINTANG (WP)
Yang DiPertua         : Radzi Hashim
Timb Yang DiPertua : Badiul Azmi
Naib Yang DiPertua : Noriah Ahmad

PAS KAWASAN SETIU (TGANU)
Yang DiPertua         : Ustaz Shaari Zulkirnain Abdul Kadir
Timb Yang DiPertua : Ustaz Mohd Pauzi Muda
Naib Yang DiPertua : Wahab Jusoh

PAS KAWASAN BUKIT KATIL (MELAKA)
Yang DiPertua         : Mohd Sofi Abdul Wahab
Timb Yang DiPertua : Mohd Ali Sharif
Naib Yang DiPertua : Md Yassim Musa

PAS KAWASAN TANGGA BATU (MELAKA)
Yang DiPertua : Ustaz Mohd Nor Omar
Timb Yang DiPertua : Rafie Ahmad
Naib Yang DiPertua : Husni Balis Ali

PAS KAWASAN KOTA MELAKA (MELAKA)
Yang DiPertua         : Harun Mohammed
Timb Yang DiPertua : Ahmad Saidin
Naib Yang DiPertua : Nor Azizan Nordin

PAS KAWASAN MASJID TANAH (MELAKA)
Yang DiPertua          : Ustaz Imran Abdul Rahman
Timb Yang DiPertua : Ustaz Julasapiyah Kassim
Naib Yang DiPertua : Ibrahim Daud

PAS KAWASAN KOTA BHARU (KTAN)
Yang DiPertua         : Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Timb Yang DiPertua : Dato’ Takiyuddin Hassan
Naib Yang DiPertua : Dato’ Anuar Tan Abdullah

PAS KAWASAN PASIR MAS (KTAN)
Yang DiPertua : YB Hanifa Ahmad
Timb Yang DiPertua : Ustaz Abd Halim Abd Rahman
Naib Yang DiPertua : Rozi Muhammad

PAS KAWASAN JELI (KTAN)
Yang DiPertua         : Mohd Apandi Mohamad
Timb Yang DiPertua : Ustaz Abdullah Ya’kob
Naib Yang DiPertua : Sufely Abdul Razak

PAS KAWASAN GUA MUSANG (KTAN)
Yang DiPertua : Ustaz Suhaimi Mat Deris
Timb Yang DiPertua : Ustaz Azman Ahmad
Naib Yang DiPertua : Mat Yusof Mohamad

PAS KAWASAN PASIR PUTIH (KTAN)
Yang DiPertua         : Dato’ Dr Nik Mazian Nik Mohamad
Timb Yang DiPertua : Yuganu Yunus
Naib Yang DiPertua : Wan Hassan Wan Ibrahim

PAS KAWASAN LIPIS (PAHANG)
Yang DiPertua : Ustaz Ishak Sat
Timb Yang DiPertua : Ustaz Roslan Harun
Naib Yang DiPertua : Roslan Zainal

PAS KAWASAN CAMERON HIGHLAND (PAHANG)
Yang DiPertua         : Ustaz Abdul Karim Noor
Timb Yang DiPertua : Borhan Sharif
Naib Yang DiPertua : Wan Mahathir Wan Mahmud

PAS KAWASAN MARAN (PAHANG)
Yang DiPertua : Hasnan Harun
Timb Yang DiPertua : Ust Ramli Abdul Rahman
Naib Yang DiPertua : Khairul Azmi Ismail

PAS KAWASAN RAUB (PAHANG)
Yang DiPertua         : Ustaz Idris Ahmad
Timb Yang DiPertua : Muhammad Mat Saad
Naib Yang DiPertua : Saedon Ismail

PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA (PAHANG)
Yang DiPertua         : Andasura Rabu
Timb Yang DiPertua : Mohd Gauth Razali
Naib Yang DiPertua : Suhaimi Md Saad

PAS KAWASAN ROMPIN (PAHANG)
Yang DiPertua : Mazlan Mohd Yassin
Timb Yang DiPertua : Wan Khalid Wan Ismail
Naib Yang DiPertua : Hanapiah Hashim

PAS KAWASAN PAYA BESAR (PAHANG)
Yang DiPertua         : Tarmizi Yahya
Timb Yang DiPertua : Ishal Ahmad
Naib Yang DiPertua :  Mohamad Saharuddin

PAS KAWASAN SEPANG (SGOR)
Yang DiPertua         : Jasfar Pangat
Timb Yang DiPertua : Sobirin Marsono
Naib Yang DiPertua : Ustaz Azrul Aslim

PAS KAWASAN PANDAN (SGOR)
Yang DiPertua : Iskandar A Samad
Timb Yang DiPertua : Meor Ridwan
Naib Yang DiPertua : Suhaimi Ghazali

PAS KAWASAN KAPAR (SGOR)
Yang DiPertua : Dr Abdul Rani Othman
Timb Yang DiPertua : Ustaz Nornajahan
Naib Yang DiPertua : Ustaz Wan

PAS KAWASAN SELAYANG (SGOR)
Yang DiPertua         : YB Zaidi Abdul Talib
Timb Yang DiPertua : Kamaruzaman Md Nor
Naib Yang DiPertua : Azizan Mamat

PAS KAWASAN SHAH ALAM (SGOR)
Yang DiPertua         : Azli Yusof
Timb Yang DiPertua : Zulkifli Md Nani
Naib Yang DiPertua : Jamil Abd Rahim

PAS KAWASAN KUBANG PASU (KEDAH)
Yang DiPertua         : Dato' Dr Abd Isa Ismail
Timb Yang DiPertua : Zulhazmi Osman
Naib Yang DiPertua : Ust Masmawi Sahak

PAS KAWASAN SIK (KEDAH)
Yang DiPertua         : Che Uda Che Nik
Timb Yang DiPertua : Ust. Abu Bakar Bakilani
Naib Yang DiPertua : Ust. Ahmad Tarmizi Sulaiman

PAS Bukit Bintang kekalkan semua penyandang utama kepimpinan PAS Pusat

PAS Kawasan Bukit Bintang juga mengekalkan Yang DiPertuanya, Radzi Hashim (gambar) setelah berentap dengan seorang calon lain, Azmi Azman Johari dalam pertandingan terbuka pada Mesyuarat Agung Tahunan kawasan ini, 26 September lalu. Ia dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa'ad Khuzaimi di Dewan dato' Fadzil Mohd Noor, Kuizm, Taman Melewar.

Ketika menghubungi Sanggahtoksago, Radzi memberitahu, dalam mesyuarat berkenaan, Baidiuz Azmi dipilih Timbalan Yang DiPertua dan Noriah Ahmad selaku Naib Yang DiPertua. Sementara AJK PAS Kawasan yang lain kekal dengan kemasukan Azmi Azman Johari sebagai AJK yang baharu. 

Katanya lagi, pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan dua hari lepas, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicalonkan semula sebagai Presiden PAS, sementara Mohamad Sabu tidak berubah di kerusi Timbalan Presiden dan tiga lagi Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar kekal pada kerusi yang sama untuk pemilihan Muktamar PAS ke-59, November ini.

Menteri Dalam Negeri beri mesej salah kepada pasukan polis, tembak dulu!


Dato' Seri Zahid Hamidi telah menghantar mesej yang tidak betul kepada pasukan polis apabila memberi "lampu hijau" untuk "tembak dahulu" suspek penjenayah, tegas Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi. Kenyataan Zahid itu akan menyebabkan berlakunya situasi yang sama seperti di Indonesia sewaktu pemerintahan Presiden Suharto suatu ketika dahulu.

Beliau juga menempelak Kerajaan BN yang tidak pernah belajar daripada undang-undang yang digubal sehingga akhirnya apa yang dilakukan memberi kesan negatif kepada imej polis.

"Jika polis melakukan tembakan kepada suspek penjenayah, tidak boleh buat apa lagi kerana menteri sudah memberi green light. Ia akan menimbulkan banyak tindakan sivil oleh anggota polis. Tindakan tangkap, tembak... tangkap, penjara... tangkap, gantung... mana boleh. Nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa juga akan rosak sebab polis kita sudah menjadi seperti zaman cowboy di Amerika dahulu. Di Indonesia dahulu, imej polisnya tercalar akibat tindakan seperti ini," katanya kepada Harakah.

Asmuni berkata, seharusnya seseorang yang disyaki melakukan jenayah ditangkap terlebih dahulu, disiasat dan  jika mempunyai bukti, pesalah tersebut didakwa mengikut kesalahan yang dilakukan. Tambahnya lagi, Zahid perlu berubah dan belajar berdasarkan undang-undang yang ada dan jangan membelakangi undang-undang semata-mata untuk menjadi popular bagi meraih sokongan sebagai Naib Presiden Umno - Lapor Nyza Ayob, Harakah Meja Kuala Lumpur.

Tekun jadi harta pusaka Umno, dari RM2.42 bilion hanya RM1.43 bilion yang dibayar balik


Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Dato' Abdul Rahim Hassan baru-baru ini bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli Umno mengundang kritikan. Kenyataan ini selari dengan laporan media pro-Umno iaitu Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.

Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik. Menurut Pengarah Komunikasi KeADILan, Fahmi Fadzi laporan tersebut apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius. Bercakap dalam satu kenyataannya, Fahmi berkata,  hampir 40.9 peratus (antara RM1 bilion) jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik.

"Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik. Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka," ujar Fahmi lagi.

Kata Fahmi, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.

"Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti," katanya sinis - Lapor Wan Nordin Wan Yaakop, Pengarang Berita Harakah

Dato' Mahfuz Omar rasmi mesyuarat agung, PAS Kepong kekal kepimpinan lama

Semua kepimpinan utama PAS Kawasan Kepong kekal pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 kawasan itu yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, baru-baru ini. Amran Abd Majid (gambar) terus diberi kepercayaan sebagai Yang DiPertua, dibantu oleh Mohd Shafie Abdul Rahman, Timbalan dan Mohd Kutty Mohideen selaku Naib Yang DiPertua, sementara Hasnan Abu Bakar terus memimpin Jawatankuasa Urusan Ulama.

Terdahulu, Ahmad Nabeel Hashim dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kepong yang baharu dan mengekalkan Rosnah Abdullah sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan, pada mesyuarat dewan masing-masing. Gandingan muka baharu dan lama mengisi senarai AJK PAS Kawasan dan dijangka akan melonjakkan lagi parti itu untuk sesi mendatang. 

Mereka ialah Abdul Rashid, Zainal Abidin Rahmad, Ustaz Mahat Sudin, Rusdi Ghazali, Abu Bakar Maidin, Bakri Shamsuddin,Muhammad Musab, Abdul Ghani Endut, Abu Bakar Md Yassin, Mohammad Din, Ustaz Daud Mamat, Abdul Halim Ibrahim, Mazlan Makbar dan dua orang muslimat turut terpilih bagi memegang jawatan tersebut Nooriza Bakri dan Halimah Maidin. 

Masa penting Muktamar PAS ke-59 tonjolkan imej baik kepada masyarakat awam negara ini


Muktamar Agung PAS ke-59 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini adalah masa penting bagi PAS untuk menonjolkan imejnya yang baik kepada rakyat berbanding Umno. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Hu Phang Chaw berkata, para pemimpin PAS jangan sekali-kali menghilangkan kepercayaan masyarakat bukan Islam kepada PAS untuk membawa negara ini ke arah yang lebih baik seperti yang diharapkan. 

Menurut beliau, Umno dan PAS adalah dua parti Melayu utama di negara ini dan kedua-dua parti ini pula berkebetulan akan berhadapan dengan dua perhimpunan besar pada November ini yang turut mengadakan pemilihan bagi jawatan tertingginya.

Katanya, selepas PRU13 lalu, seluruh rakyat negara ini terutama masyarakat bukan Melayu sedang memerhatikan dengan penuh minat perkembangan yang berlaku dalam Umno dan PAS. 

"Jika PAS juga dilihat sama dengan Umno, ia pasti akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap PAS," tegas beliau ketika mengunjungi Harakah, 10 Okt lalu.

"Umno sekarang memang kucar lanar. Lebih 30,000 orang sedang merebut jawatan dalam parti itu di semua peringkat. Pemimpin Umno terpaksa mengingatkan kesemua pihak yang bertanding agar jangan cetuskan politik wang. Ini menunjukkan politik wang adalah perkara biasa dalam Umno," katanya.

Menurut Phang Chaw, untuk menghadapi pemilihan November ini, Umno juga turut menggunakan polis untuk menjaga peti undi dan ini jelas membuktikan parti itu telah menyalahgunakan aset awam bagi kepentingannya, memandangkan polis dan segala kemudahan awam itu adalah aset rakyat. 

Beliau berkata, mengikut dakwaan Umno mahu memartabatkan bangsa Melayu dan Islam, tapi sejak dulu sehingga sekarang, rakyat tidak nampak pun jasa yang dilakukan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mempertingkatkan syiar Islam.

"Hanya PAS yang dilihat oleh rakyat yang benar-benar mahu memartabatkan bangsa Melayu dan mempertingkatkan Islam. Dan PAS yang benar-benar mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini dan dalam partinya. 

"Jadi pada muktamar kali, inilah masa yang penting bagi PAS untuk menunjukkan imejnya yang baik itu supaya rakyat nampak perbezaan antara PAS dan Umno. Dengan itu baharulah PAS akan terus disokong oleh keseluruhan rakyat negara ini pada PRU14 akan datang," tegasnya. 

Sehubungan itu, Phang Chaw berharap agar para pemimpin PAS akan mengekalkan status quo yang ada dalam barisan kepimpinan sekarang terutama di peringkat pusat pada Muktamar ke-59 nanti. 

"Janganlah ada perebutan dalam parti. Ini amat penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa para pemimpin PAS bukanlah golongan yang gilakan pangkat dan jawatan seperti dalam Umno. Sebaliknya, kitalah yang benar-benar berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu, untuk kepentingan Islam, untuk kepentingan rakyat. Ia bagi kepentingan negara, ke arah yang lebih baik dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi, agama, pendidikan, adat resam, IT dan lain-lain lagi," katanya. 

Phang Chaw juga mengingatkan kepada mereka yang akan bertanding pada Muktamar ke-59 nanti agar sentiasa ingat bahawa PAS telah ditubuhkan sejak tahun 1961 dan telah menghadapi pelbagai rintangan. 

"Kini telah tiba masanya untuk kita tentukan hala tuju kita menghadapi PRU14 akan datang. PAS bukan parti untuk satu kaum sahaja. Ini samalah juga dengan Islam yang bukan agama untuk satu kaum sahaja. Kita mestilah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan sokongan segenap lapisan masyarakat. Golongan muda dalam PAS juga mestilah berpandangan jauh. Saya tak tolak ulama, tetapi pemimpin-pemimpin dalam PAS mestilah pelbagai. Jika hanya satu kelompok sahaja, ia hanya akan jadi satu arah," tegas beliau.

Walaupun dalam PAS ulama adalah sebagai tonggak, tetapi golongan profesional juga amat penting digandingkan seperti yang dikehendaki oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hanya dengan perpaduan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS baharulah parti boleh maju, dan upaya membawa negara ini ke arah yang lebih baik seperti yang diharapkan semua pihak.

Phang Chaw menegaskan, sekiranya dalam PAS juga turut berlaku perebutan jawatan seperti dalam Umno, ia pasti akan menghilangkan kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS termasuk ahli-ahli DHPP sendiri. 

"Jadi janganlah hilangkan kepercayaan masyarakat bukan Islam kepada PAS yang sangat kami sayangi. Sebelum ada DHPP, pernahkah PAS menang di kawasan bukan Islam dalam pilihanraya seperti yang berlaku dalam PRU-13 lalu?" tanya beliau - Lapor Aziz Muda, Wartawan Kanan Harakah.

Pak Samad Said begitu tegar meraikan perjuangan akar umbi rakyat mustad'afin


Mukadimah: Beliau boleh dianggap Sasterawan Negara satu-satunya awal kurun ke-21 ini yang sanggup berdepan tembakan gas pemedih mata menyertai denyut nadi gerakan rakyat. Bermula demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009, beliau tegar meraikan suara dan perjuangan rakyat. Ikuti Interbiu Eksklusif bersama Sasterawan Negara, DATO' A. SAMAD SAID, 81, tentang peng-libatannya dalam kesusasteraan, aktivisme rakyat dan perjalanan kerohaniannya oleh wartawan Harakah, ARIF ATAN dan HAZAYANI ZAKARIA daripada Harakahdaily di Bangsar baru-baru ini. 

HARAKAH: Penglibatan awal dalam bidang sastera?

DATO' A SAMAD SAID: Mula-mula masa muda dulu puisi cinta. Paling kurang ada 20 puisi tema cinta. Semua puisi itu memang benar berlaku bukan khayalan. Kalau ada orang tanya bila saya mahu tulis autobiografi. Saya jawab, semua yang saya tulis itu adalah autobiografi, kisah hidup saya. Baca saja karya saya untuk tahu cerita saya. Cerpen, novel, puisi saya dibangunkan daripada pengalaman dan kisah hidup saya. Cerpen saya yang paling awal, "Hari Ini Hari Gembira" contohnya. Itu kekasih saya yang kahwin, saya luka tapi judulnya sengaja dibuat gembira. Saya hadir perkahwinan bekas kekasih saya itu.

Puisi Pak Samad mutakhir ini, macam mana?

Sajak saya, "Senandung Rumah Pusaka" contohnya dalam buku, "Di Atas Padang Sejarah", halaman 53 itu tentang usaha menyelamatkan khazanah macam bangunan lama. Ramai kita tidak peduli. Kita robohkan saja. Kita mahukan pembangunan yang dianggap lebih moden. Kita lupa bangunan lama itu sejarah tetapi kita buang sejarah itu. Kita lebih berfikir tentang kebahagian segelintir orang pada masa kini. Jadi, kita kena memeliharanya sebagai bahan sejarah. Kita harus bangga dengan warisan itu. Kalau kita tidak menjadi contoh, orang lain akan ikut suka seperti apa berlaku pada Stadium Merdeka. Seolah-olah bangunan warisan itu bukan rakyat yang punya. Mahu bangunkan setinggi-tingginya dan hilangkan nilai sejarah yang ada. Kita tidak tolak pembangunan tetapi tempat yang ada nilai sejarah harus diperelok biar kekal. Kita mesti banggakan sejarah kerana sejarah itu sendiri sejauhmana kita telah berjaya berubah.

Peranan kuasawan (pemerintah) dahulu dan sekarang...

Ada dua jenis mereka ini. Kalau kuasawan campur niagawan, dia jadi ahli perniagaan. Kerjanya tukang sambut projek saja. Tapi kalau kuasawan yang mendampingi badan bukan kerajaan (NGO) perjuangkan lapangan hidup bagi kebahagiaan murbawan (rakyat biasa), mereka itu kuasawan yang berjuang. Rashid Maidin, Abdullah CD, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Chin Peng, Dr Burhanuddin al-Helmy pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka semua ini berjuang untuk kemerdekaan sementara bangsawan penikmat kemerdekaan. 
Orang yang duduk di pejabat saja itu carma (cari makan). Saya namakan orang yang tidak berjuang tetapi mendapat hasil daripada perjuangan orang lain itu sebagai penikmat kemerdekaan. Golongan bangsawan misalnya penikmat kemerdekaan. Mereka tidak berjuang. Mereka menikmati hasil perjuangan orang lain. Penting sekali kuasawan mengutamakan nasib murbawan. Yang menyediakan kebahagiaan untuk murbawan tetapi jika kuasawan yang hanya untuk diri sendiri, bergabung dengan niagawan untuk menghitung keuntungan sendiri bukan untuk kebahagiaan untuk murbawan. Kadang-kadang dari niagawan masuk menjadi kuasawan juga ada asalnya kuasawan menjalar masuk menjadi niagawan.

Bendera Sang Saka yang dihebohkan pemerintah sehingga Pak Samad turut terheret? 

Bagi saya kita harus luhur dengan bendera itu. Kita harus jiwai dan hormati bahawa suatu ketika dalam sejarah ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panji. Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka. Sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang. Orang-orang pejuang di zaman British dan Jepun memerintah itu mahu tanahair ini merdeka. Rashid Maidin. Abdullah CD, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin mahu menyelamatkan tanahair ini.
Kita harus hormat orang ini. Merekalah yang mempercepatkan kemerdekaan tanahair. Mereka ini sebenarnya memberikan nyawanya. Bagi saya, dakwaan Sang Saka itu komunis ikut sedap mulut saja. Orang buta sejarah memang fikir begitu. Takkan bendera itu timbul begitu sahaja. Bendera itu mewakili suatu semangat perjuangan pengorbanan. Bendera itu simbol dari seluruh perjuangan itu. Cuba buktikan bendera itu adalah songsang, negatif. Bendera itu wakil semangat perjuangan. Walaupun tempatnya sudah tidak sepenting Jalur Gemilang tetapi bendera 14 jalur melintang itu harus hormat dan memahami oleh kerana ada Sang Saka berkembang jadi Jalur Gemilang. Kita tidak patut mencemuh. Sang Saka melahirkan Jalur Gemilang. Orang yang menikmati kemerdekaan yang mencipta Jalur Gemilang. Orang yang memperjuangkan kemerdekaan mencipta Sang Saka.

Pengalaman Pak Samad ditahan ekoran insiden bendera Sang Saka? 

Saya dihujani banyak soalan dalam sesi soal siasat. Lebih 20 tapi dijawab, saya hanya akan menjawab di mahkamah. Saya hanya akan jawab kalau soalan itu dimunculkan di mahkamah. Kalau hanya depan polis, saya tidak jawab. Sebelum itu, semasa hari saya ditangkap, saya sudah beritahu pengawal keselamatan di rumah saya. Saya jangka polis akan datang. Saya pesan pada 'guard' itu cakap pada polis, saya hari ini beriktikaf di Masjid Negara.
Bahkan, sudah ada beberapa wartawan tunggu dengan saya kerana mereka juga percaya polis akan datang tapi tidak ada. Kemudian Ketua Polis Negara boleh umum saya lari! Padahal saya di Masjid Negara. Malamnya itu memang polis datang ke rumah dengan mengucap maaf. Kata mereka mahu 'ambil' saya hanya untuk satu setengah jam saja bagi tujuan rekod saja dan selepas itu akan hantar saya balik. Dia cakap dengan Ibu (isteri Pak Samad). Tapi saya anjurkan mereka pulang dulu, esok pagi jam 10 pagi saya datang tapi dia kata tidak boleh sebab esok sudah kena hantar laporan kepada pihak atasan. Sekarang, kadang-kadang kalau saya jumpa polis atau polis jumpa saya sama ada dia segan atau saya juga segan. (ketawa)
Bagi saya, ramai anggota polis bawahan faham siapa saya. Itu sebab ada antara mereka segan seperti juga saya sendiri segan kepada mereka tapi pegawai atasan barangkali berbeza kerana mungkin dengan buat saya begitu itu satu cara cepat naik pangkat. Semasa demonstrasi Bersih sebelum ini pun, saya dipanggil polis juga. Jadi, sekarang ini hanya ulangan yang mengganggu saya tapi saya hormati orang yang bertanya kepada saya kerana itu tugasnya. Dia bertindak pun di atas arahan orang lebih atas. 

Himpunan rakyat sebelum ini macam mana? 

Waktu demonstrasi anti PPSMI, saya masih ingat waktu selepas sembahyang, semua orang baru mahu mula. Itu yang pertama saya ikut demonstrasi. Ada polis minta saya atau Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI, Allahyarham Dato' Hassan Ahmad Hassan Ahmad untuk buat pengumuman suruh ribuan peserta bersurai. Saya tidak pasti apa jawapan Hassan kepada polis. Tapi bila polis minta saya menasihatkan para demonstran supaya pulang, saya katakan kepada polis, kami datang untuk demonstran bukan mahu balik. Kalau kamu mahu mereka pulang, kamu sendiri umumkan. 
Ketika masa nak berarak pula ada polis ajak saya naik kereta. Katanya boleh pergi terus ke Istana Negara hantar memorandum. Saya jawab, buat apa saya naik kenderaan polis. Saya berdemonstrasi. Kalau saya naik ikut polis tidak berertilah saya turun ke jalan raya. Ketika berarak, tiba satu peringkat, di hadapan saya dan demonstrans semua ada deretan polis berbaris bersedia dengan senapang gas. Tapi ada seorang Inspektor Cina cepat bilang jangan tembak. Kalau tidak, hari itu juga mungkin habis riwayat tidak dapat sertai Bersih sebab sudah dibersihkan oleh sang penguasa (ketawa). Untuk himpunan Bersih pula, saya Pengerusinya. Ambiga juga sama. Paling saya tidak dapat terima melihatkan telatah sekumpulan mantan tentera. Lepas jadi askar jadi penari punggung depan rumah orang lain. Di mana maruahnya? Tiada maruah! Duit saja bagi mereka.Mereka juga carma (cari makan).

Pak Samad turun mogok Utusan Melayu 1961 dulu? 

Saya ada tapi waktu itu sudah bekerja di Berita Harian tetapi oleh kerana Usman Awang, Said Zahari, Awang Sarkam, Hasmi, Rasyidah Ismail dan teman-teman yang lain itu mogok, jadi saya datang. Datang untuk beri sokongan, bawa sumbangan makanan yang ala kadar. Saya datang itu tidak didorong oleh A. Samad Ismail sebab ada pendapat kata beliau di belakang saya. Sebelum mogok itu bersurai, tugas Usman menyediakan makanan untuk empat hari kepada peserta.Saya sediakan makanan untuk tiga hari. Derma daripada orang ramai sudah mulai makin tiada dan sudah mula ramai tinggalkan khemah. Bagi saya itu di puncak yang sangat menyedihkan. Jadi bila mogok itu bersurai saya cukup memikirkan sama soal bagaimana untuk menyelamatkan beberapa orang yang mogok. Antara yang saya lakukan dengan tidak sedar ketika itu sangat bahaya, saya mengambil 12 orang mogok untuk bekerja di Berita Harian.

Maksudnya... Pak Samad ketika usia muda sudah ada sikap 'gengster'?

Saya sebenarnya memang gangster juga waktu di Singapura (ketawa). Tapi ketika itu saya ditugaskan jadi tukang pungut wang daripada wanita-wanita joget juga sundalan saja. Di situ memang sejarah hidup saya yang paling kotor. Zaman muda saya, tidaklah bersih sebenarnya. Tapi dalam perjalanan hidup itu mungkin kerana kesedaran saya misalnya bila sudah diberi umur yang panjang ini saya makin insaf kerana Allah berikan saya masa untuk menjernihkan hidup saya.

Macam mana persatuan penulis sekarang dan perjuangannya?

Saya terkadang-kadang luka hati sebab rata-ratanya mereka ini membisu . Saya sebagai Sasterawan Negara yang bolehlah dikatakan "didera". Adakah kita dengar persatuan-persatuan penulis iu bercakap apa-apa? Apakah mereka buat ketika seorang Sasterawan Negara berumur 81 tahun terdera? Apakah mereka lihat saja? Padahal, dalam tulisanmembantah keras kepincangan, mahu masyarakat lebih adil dan sebagainya. Semasa saya Mogok Seni pun ramai sasterawan tidak secara terbuka menyokong saya walaupun apa yang saya perjuangkan untuk kebajikan sastera, untuk semua penulis. 
Akhirnya saya seorang saja.Nampak macam gengster. Golongan penulis yang merupakan sebahagian komponen intelektual takut. Hari ini penindasan itu berlaku kepada saya. Esok lusa giliran siapa pula? Apabila saya menyertai Bersih, ada seorang Sasterawan Negara menyatakan saya tidak harus melibatkan diri dalam gerakan. Ertinya setiap sasterawan bergerak secara individu. Jadi, tiada ertinya mewujudkan persatuan penulis. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena), saya fikir harus menyatakan sikapnya dalam isu-isu penting tanahair. Jangan diam. Boleh saja menyokong saya kerana berjuang demi keadilan buat golongan murbawan.
Boleh juga menentang saya kononnya saya sekarang sudah jatuh dalam 'beras' pembangkang. Saya jadi hamba Lim Kit Siang. Saya jadi pengikut Ambiga. Saya sudah 81 tahun. Takkan saya tidak ada otak sendiri. Saya tahu bezakan mana yang baik, mana yang buruk untuk anak bangsa di negara ini. Mereka juga harus fikir. Betulkah Pak Samad jadi alat. Saya berlawan bukan untuk saya seorang. Saya adakan Mogok Seni untuk menuntut agihan royalti. Betul saya dapat. Orang lain pun dapat. Kalau tidak kita menulis tentang penderitaan rakyat tapi kita tak percaya apa yang kita tulis. Ini yang memang teruk. 
Adakah karya sastera baik cerpen mahupun puisi dalam akhbar media perdana menegur dasar kerajaan? Barangkali ada yang menyanggah tapi editornya halang tapi sekarang ada internet, kita boleh nyatakan pendirian.
Penulis janganlah jadi macai. Macai ini, dia tunggu bila cukup bulan. Kalau duitnya tidak masuk, dia tidak tulis. Saya perhatikan macai-macai ini tidak ada kecerdasan. Fikiran langsung tidak ada. Cemuhan saja. Saya faham bukan saya tidak faham. Kalau bercakap atas nama individu memang susahlah. 
Tapi kita ada persatuan. Kalau melalui kelompok kita boleh bersikap. Kalau penulis ada terdera, kelompok penulis harus ada sikap. Boleh bikin satu kenyataan setuju atau pun tidak setuju dengan kenyataan saya. Itulah sikap, pendirian. Kalau diam saja buat apa. Mana pergi fungsi persatuan? Lebih baik tubuhkan 'penceraian' bubarkan 'persatuan'. Untunglah sekarang ada Facebook, ada Twiterr. Orang sudah ada ruang nyatakan pendirian yang menyanggah. Pandangan yang bertentangan itu tidak salah. Harus berbeza untuk mencari ketulenan tapi untuk tidak berkata apa-apa, kita macam duduk di belantara seorang diri saja.

Bagaimana ada orang suka bercakap seperti, "aku berkecuali", "atas pagar", "tidak sebelah mana-mana"?

Itu kata-kata pengecut! Kita harus libatkan diri, ada pendirian sama ada di sebelah sini atau sebelah sana. Hidup mesti buat pilihan. Mesti ada sikap. Macam kahwin juga, kita harus timbang, mesti pilih. Sesudah buat pilihan kita harus pertahankan pilihan kita. Itulah cara kita melanjutkan hidup. Saya ingat lagi Usman Awang ada buat sajak tentang jangan diam.

Jumlah kelas Kesusasteraan Melayu di sekolah semakin merosot...

Kerajaan barangkali rasa yang penting adalah perniagaan bukan kesusasteraan. Tapi bagi sasterawan sendiri sama ada kerajaan mementingkan perniagaan atau kesussasteraan atau mencemuh kesusasteraan, penulis sendiri harus memperkukuh dirinya. Jangan salahkah hanya kerana kerajaan tutup kelas sastera kita duduk dalam saja. Tidak. Kerajaan boleh tutup semua pintu tetapi kita masih boleh keluar ikut tingkap atau naik ke atas buka bumbung! Seniman harus bertindak bukan bertandak (menari). Masalahnya, ramai sekarang yang bertandak. 

Perjalanan rohani Pak Samad... 

Jalur kerohanian buat kita rasa bahagia. Saya sekarang senang mengikut puasa Nabi Daud. Satu hari puasa, satu hari tidak. Itu yang saya amalkan. Saya juga senang ke Masjid Negara beriktikaf di sana setiap hari Selasa dan Khamis. Kalau Jumaat, saya selalunya solat di KLCC. Telaah al-Quran. Kita petik mutiara-mutiara untuk dijadikan landasan. Apa lagi pada usia 81 tahun ini yang merupakan "masa kecederaan" (ketawa). Saya lazimkan diri baca surah Yassin lima kali setiap kali selepas sembahyang. Kemudian saya tambah dengan surah as-Sajadah. Itu amalan harian saya setakat ini. 

Karya selepas ini?

Saya sekarang tumpu kepada diari saya. Saya ada 22 buah diari tahunan yang boleh dibukukan. Itu semua setiap hari saya tulis. Itu belum masuk lagi eceran-eceran yang tidak sempat saya kumpul. Himpunan puisi, "Di Atas Padang Sejarah", Rahmat Haron yang kumpulkan. Saya tidak ada masa tetapi jika mahu kumpul lagi saya fikir ada dua antologi lagi. Saya bikin kata mula saja. Cinta sastera saya sebenarnya pada puisi dengan sajak pertama siar tahun 1953. Sekarang, kalau saya jalan-jalan, dapat saja ayat-ayat menarik, saya petik saja masuk dalam Facebook. Saya ada buku nota ketika berjalan. Melintas saja ilham terus saya catat tapi jika ditemuramah seperti ini saya tidak bawa buku nota (ketawa). Hanya bawa kad pengenalan dan sedikit wang tambang LRT. Saya sendiri bila ke masjid bawa al-Quran dan terjemahan.

Isnin, Julai 01, 2013

Cubaan bunuh, heret Zahid Hamidi ke muka pengadilan - Hanipa Maidin


Peguam Negara digesa mengheret Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi ke muka pengadilan, berhubung dakwaan serangan dan cubaan bunuh yang dilakukannya ke atas seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah dalam satu kejadian pada tahun 2006 lalu. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, Peguam Negara diharap tidak mengamalkan budaya pendakwaan terpilih, terutama apabila melibatkan menteri atau pemimpin Umno-BN, memandangkan kuasa pendakwaan terletak di bawah Peguam Negara.

Katanya, Zahid mesti berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes yang membabitkan dirinya. Hanipa berkata, oleh kerana Zahid seorang menteri, apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata Ahli Parlimen Sepang itu kepada Harakah

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh turut menggesa Peguam Negara mendakwa Zahid di mahkamah berhubung kes yang membabitkan ahli perniagaan itu yang juga anak guamnya. Menurutnya, dalam hubungan ini, tiada tempoh masa ditetapkan untuk Peguam Negara menjalankan pendakwaan itu.

"Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan. Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan)," katanya.

Manakala, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada 26 Ogos nanti. Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh ahli perniagaan itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim, mengenepikan permohonan Zahid sebelum mendengar hujah dari peguam Zahid, Shamsul Bahrin. Hakim berkenaan mendapati alasan perundangan yang perlu dikemukakan ke mahkamah tidak dijalankan dengan sebaiknya kerana dibuat melalui hujahan dan bukannya dengan notis usul.

Katanya, pemohon tersebut tidak kehilangan peluang untuk melalui proses rayuan memandangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi," kata Hakim Md Raus dan menambah, kes lain yang sepatutnya berjalan akan terhalang sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Faezatul Hasliana perlukan bantuan kewangan lanjut belajar ke Al-Azhar

Seorang pelajar lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kepujian Mumtaz pada tahun lalu, Faezatul Hasliana Hasim dari Rawang merayu orang ramai bantuan kewangan bagi membiayai pengajian di di Universiti Al-Azhar, Mesir, September ini. Menurut Faezatul, anggaran perbelanjaan kos sara hidup dan yuran berjumlah RM40,000 sepanjang empat tahun pengajian beliau bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah.

"Pendapatan keluarga saya terlalu kecil. Mak hanya kerani di syarikat swasta. Ayah saya pula uzur, sakit jantung. Gaji mak hanya boleh tampung keperluan asas kami sekeluarga. Adik-adik masih dibangku sekolah lagi. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu saya, hanya Allah yang dapat membalasnya," ujar beliau kepada Harakah.

Sehubungan itu, orang ramai dan pembaca Harakah boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (No Akaun: 10130-41-00004331-4) atas nama "Faezatul Hasliana Hasim". Pertanyaan lanjut hubungi Faezatul pada talian 013-6446323.

Dakwat kekal: SPR dan Kerajaan BN "sama-sama pembohong" - Mohd Sabu


SPR dan pihak kerajaan kini sama-sama berbohong mengenai dakwat kekal, sehingga menyebabkan mereka mulai mencipta pembohongan baharu bagi menutup pembohongan yang dilakukan pada PRU13 lalu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pembohongan itu, SPR ternyata telah melakukan pembohongan lebih besar, apabila Pengerusinya sendiri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan dakwat kekal yang digunakan itu mengandungi silver nitrate. 

Katanya, terbaru, pada 27 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrate.

Sebelum ini, Aziz dan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan mendakwa dakwat kekal yang digunakan itu sememangnya mengandungi silver nitrate, tetapi kandungannya telah dikurangkan demi kesihatan para pengundi dan ia mungkin menjadi punca dakwat itu tidak boleh bertahan lama.

"Jadi sekarang cakap siapa yang betul? Semuanya telah berbohong. Pembohongan lebih besar telah dilakukan oleh SPR. Mereka sengaja mencipta pembohongan baharu untuk menutup pembohongan sebelum ini," katanya ketika dihubungi 26 Jun lalu.    

Mohamad berkata, cara yang mereka lakukan dengan orang itu menyalahkan orang ini dan orang ini pula menyalahkan orang itu untuk menutup pembohongan terang-terangan. Dengan perkembangan ini, ujarnya, Pakatan tetap konsisten menuntut agar SPR dirombak segera. Dedahnya lagi, sebelum ini, Pengerusi SPR juga mendakwa badan itu telah mendapat surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberi amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser.

Selepas itu, tegas beliau, Menteri Kesihatan sendiri, Dato' Seri Dr S Subramaniam menafikan kementeriannya tidak pernah mengeluarkan laporan kesihatan berkenaan hal itu. Malah, menurut Menteri Kesihatan lagi, tiada perbincangan antara SPR dengan pihaknya untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan. Mohamad terkejut dengan pendedahan terbaharu daripada Shahidan pada 27 Jun lalu mengenai jumlah kos dakwat kekal mencecah RM7.1 juta.

"Mengapa kosnya begitu tinggi? Sedangkan dakwat di negeri China hanya ratusan ribu ringgit sahaja," katanya. Sehubungan itu, PAS mendesak SPR mendedahkan nama syarikat yang yang membekalkan dakwat kekal pada PRU13 lalu, memandangkan dakwat yang dibekalkan itu bukan sahaja amat tinggi kosnya, tetapi juga tidak memenuhi fungsinya kerana dakwat tersebut langsung tidak kekal. 

Tengku Adnan pemimpin kelas tiga kata Prof Dr Mohamad Agus UKM

Isu penggunaan dakwat kekal tetapi tidak kekal adalah isu besar yang mesti dijawab oleh menteri terbabit dan SPR, tegas penganalisis politik Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff pada laman Facebooknya. Beliau membidas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pemimpin kelas ketiga apabila menteri itu memberi reaksi "Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti 'negara dunia ketiga' lain". 

Katanya, kenapa dibandingkan Malaysia dengan negara dunia ketiga yang lain, sedangkan darpada segi sistem pengundian, Malaysia ternyata masih jauh lebih mundur. 

"India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu, satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini," tegasnya.

Jika dibanding dengan negara maju pula, Mohammad Agus berkata, aia seperti "jauh panggang dari api" kerana sistem pilihan rayanya adil dan bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. "Mereka tak lagi gunakan dakwat kekal, tetapi gunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu jadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?" soal penysrah Sains Politik UKM itu.

Mohammad Agus turut mengsyorkan pada PRU akan datang, pihak SPR menggunakan mesin mengesan cap jari, selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. "Mengapa timbul persepsi pengundian dua kali? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bila SPR dapat selesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?" tanya beliau lagi pada laman Facebooknya.

Selasa, April 09, 2013

Himpunan Rakyat "Ini Kali Lah Tukarrr!" di Taman Melawar malam ini, 9 April 13


KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan semangat pembubaran Parlimen, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan menganjurkan "Himpunan Rakyat: Ini Kali Lah Tukar!" malam ini, Rabu 9 April jam 9.30 malam. Program yang akan diadakan di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar ini akan diisi dengan pidato utama oleh tokoh-tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Tokoh-tokoh lain - bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Dato' Yahya Lampong; bekas Ahli Parlimen Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw; bekas Ahli Parlimen Kapar (KeADILan), Manikavasagam dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad.

Menurut Bendahari JPN, Zakaria Abdul Aziz ketika menghubungi Sanggahtoksago.Com, program ini diadakan bagi mengutip dana PRU13 kerana PAS bertanding di tiga kawasan Parlimen - Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, pada malam ini calon-calon PAS yang bertanding dijangka akan memberikan ucapan ringkas dalam rangka mereka memperkenalkan diri kepada massa. Orang-ramai sekitar Lembah Klang dijemput hadir bagi menjayakan "Himpunan Rakyat" ini sebagai solidariti rakyat untuk menjatuhkan BN dalam PRU13 kali ini.

Khamis, Februari 21, 2013

Terkini: Najib Tun Razak akan umum bubar Parlimen Jumaat atau Isnin ini


Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat. Ini sama seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.

Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan esok, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini. Apakah yang membuatkan Najib memilih tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yag tahu. 

Tetapi, pada hari Selasa, 26 Februari, Najib akan mengumumkan Manifesto BN kepada rakyat. Kata MP itu, maklumat ini diberitahu sendiri oleh seorang menteri kabinet sebentar tadi kepada beliau. Apa macam? Are you ready for PRU13? Are you ready to Putrajaya?

Penyanyi tersohor Aishah Ariffin terkena "simptom infection" bukan demam denggi!


Pada mulanya saya diberitahu melalui SMS oleh Pengurus Abby Abadi, Mohamad Noor daripada Terengganu. Penyanyi tersohor yang kini aktif bersama PAS, Wan Aishah Wan Ariffin diserang demam denggi. Saya tidak mengesahkan lebih lanjut daripada Mohamad Noor tentang perkara itu. "Demam denggi?" bisik saya. Rasa terkejut juga macam ada yang tak kena.

Seperti biasa, ada hal-hal tertentu saya akan menghubungi Aishah, begitu juga sebaliknya termasuk kelam-kabutnya Aishah apabila mendapat SMS daripada seseorang mengatakan Leman Raja Lawak telah kembali ke rahmatullah hujung tahun lalu. Aishah bertanya saya, kebenaran cerita itu. Bergegas pula saya mencari kepastian ketika itu. Call handphone Leman, tak berjawab telefon. Saya terus hubungi MP Padang Terap, Nasir Zakaria... rupa-rupanya ada salah faham tentang satui posting dalam facebook Leman.

Tetapi Rabu lalu, terlintas untuk saya bertanya khabar darihal demam denggi yang didakwa Mohamad Noor sedang menyerang Aishah. Kebetulan saya ingin menjemput penyanyi bersuara emas itu untuk mengisi Karnival Budaya anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam dalam Parlimen Hulu Selangor pada 17 Mac ini. Saya mahu Aishah menjadi moderator (standing comedy) untuk acara pertandingan memasak makan tradisional Melayu itu selama satu jam. 

Aishah menafikan beliau diserang demam denggi tetapi katanya, terkena "simptom infection" pada buah pinggang dan hempedu seperti virus kencing tikus. Keadaannya kembali pulih dan jadual kempennya untuk menumbangkan Umno-BN ligat seperti biasa. Alhamdulilah... semoga diberikan kemudahan oleh Allah SWT untuk berjuang PRU13 kali ini.

Dato' Ambiga belasah Umno-BN & SPR di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melawar 24 Feb ini


PAS Kawasan Batu meneruskan Marathon Ceramah Pakatan Ahad ini, 24 Februari 2013 jam 9:30 malam dengan menampilkan tokoh kontroversi, Pengerusi Bersih, Dato' S Ambiga bagi menjawab segala tohmahan liar Kerajaan Umno-BN khususnya mengenai perjalanan PRU13 yang cuba dikaitkan dengan kononnya Pakatan akan mencetuskan "huru-hara" jika ditakdirkan kalah.

Selain Ambiga, PAS turut mengundang Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Mariah Mahmud (PAS) dan tokoh Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak (DHPP) Ricard Wong bagi mengisi ceramah bertajuk "Huru-Hara PRU13" ini. Mariah juga ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat. Begitu juga Ricard salah seorang Exco DHPP Pusat. Orang ramai dijemput hadir dan mengkongsikan baner ceramah ini dalam facebook, twitter dan blog masing-masing untuk sebarang umum.

Sebelum ini, Marathon Ceramah Pakatan telah dimulakan dengan program 17 Feb (Deepak lanyak Najib - Hanipa Maidin; Dr Tan Seng Giaw; Fariz Musa; Sayuti Omar); 13 Feb (Seret Dalang Projek IC - Dr Hatta Ramli; Manikavasagam; Dato' Ramli Buyung; Hishamuddin Rais, Mat Swandi Awi); 3 Feb (Tolak BN Listen Correct - Dato' Raja Bahrin Shah; Noreyn Aziz; Dato' Ismail Hamzah); 27 Jan (Listen! Listen! Listen! - Dato' Husam Musa & Dinsman). 

Rabu, Februari 20, 2013

Mohamad Sabu akan beraksi di Parlimen Pendang untuk meluncur ke Putrajaya?


Benarkah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan bertarung di Parlimen Pendang, Kedah yang kini diwakili Dato' Dr Hayati Osman? Saya tidak mengiyakannya tetapi amat berharap tokoh karismatik PAS ini mendapat kerusi parlimen yang selamat untuk membawa beliau ke Putrajaya. Mungkin ada yang tak setuju tapi parlimen Pendang adalah kawasan terbaik untuk seorang Timbalan Presiden PAS seperti Mohamad Sabu.

Khabarnya PAS Pendang juga sudah memberi "lampu hijau" kepada Abang Mad untuk beradu pengaruh di sini. Selepas kematian Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, kerusi ini terus disandang oleh Dr Hayati sehingga kini. Tetapi dalam PRK selepas kematian Ustaz Fadzil, Dr Hayati kalah tipis di kerusi ini sehinggalah beliau bertarung sekali lagi dalam PRU berikutnya, beliau menang. 

Dr Hayati dikatakan akan berpindah ke kerusi Dun Tokai bagi memberi laluan kepada Abang Mad. Dun ini sekarang diwakili Dato' Taulan Rasul, Exco Kerajaan Kedah yang juga Pemangku Yang DiPertua PAS Pendang. Adakah Abang Mad berjaya dalam misinya di Pendang, sama-sama kita ikuti wabak ini sehinggalah pada hari penamaan calon nanti.
  

Berani-berani perkenal calon PAS Parlimen Tampin lawan Menteri JKR BN


Ucapan pertama saya pada ceramah "Dedahkan Dalang Projek IC" di Markas Tarbiah PAS, Tampin Bandar pada 16 Februari lalu ialah mengajak hadirin menyokong dan membantu calon PAS Parlimen Tampin, Sdra Abdul Razak (gambar atas tengah) dalam PRU13 tidak lama lagi. Respons hadirin riang dan memberangsangkan. "Mood" rakyat kelihatan di celah-celah muka yang hadir. Mereka sudah bosan dengan Umno dan BN yang telah memerintah 56 tahun saat ini.

Ceramah dua hala saya, amat meyakinkan. Hadirin memberi respons baik setiap kali saya bertanya. Mereka akan menjerit menjawabnya. Mereka memang mahu ceramah yang pedas. Mereka tidak mahu "air suam" tapi "cili api hidup" yang dikunyah mentah. Saya berceramah akhir, selepas pemimpin pelajar Safwan Anang membentangkan hujahnya.Sebelum itu veteran PAS, Ali Maidin membedah "Projek IC" secara berfakta. 
  
Abdul Razak orang pertama ke rostrum memulakan majlis, dengan ucapannya sebagai tuan rumah. Dia seorang ahli perniagaan. Isterinya kakitangan kerajaan, seorang doktor gigi di hospital kerajaan dalam Parlimen Tampin. Minatnya dalam politik PAS, telah menampilkan beliau sebagai pemimpin utama di Tampin. Beliau adalah Naib Yang DiPertua PAS dan sudah dua kali bertanding PRU di parlimen ini.

Usai ceramah, kami berborak-borak sambil makan kudapan tengah malam, pulut panggang dan teh tarik di rumah Pak Pian, AJK PAS Tampin yang gagah dan kental usahanya. Tenaga muda juga ramai, selain bapak-bapak yang berpengalaman. Harapan PAS menang makin cerah dengan perkembangan hari ini, kata Pak Mahbob, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan mencelah.

"Kat tempat kita ceramah ini, Pakatan menang. Tapi DAP laaa. Ini Dun Repah," celah Iskandar, pimpinan Pemuda PAS yang menjadi moderator ceramah malam itu.

"Harapan PAS kat Dun Gemas dan Gemencheh, nampak ok. Kerja kuat kita kali ini, boleh tumbangkan BN. Mood rakyat pun lain macam. Tak serupa dulu (BN)...," balas Abdul Razak. 

Saya bersama rakan, Khairunas Moin (jurufoto) menaiki kereta Ali bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, pelbagai topik dikoyak satu persatu. Ada yang pahit, ada yang cuak dan tidak kurang juga yang manis-manis. Kebetulan cuaca pada malam itu sangat redup, persembahan ceramah kami lancar dan berinteraksi dengan hadirin, ada Melayu, Cina dan India. Terima kasih Pak Pian, Iskandar, Yazid dan rakan-rakan yang aktif di Tampin.