KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 03, 2009

"Sidang Tergempar Dun Perak" ditangguh setelah lulus dua usul sebentar tadi!















SIDANG tergempar Dewan Undangan Negeri Perak yang sepatutnya di adakan dalam bangunan dewan telah walau bagaimanapun selamat dilangsungkan dan baru sahaja ditangguhkan, lapor Roslan SMS lagi pada blognya.

Sejarah tercipta apabila sidang dewan diadakan di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan kerajaan negeri. Speaker Dewan yang lengkap berpakaian rasmi telah mempengerusikan sidang dan sebanyak dua usul telah dibentang dan diluluskan iaitu:

Pertama: undi percaya kepada MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Kedua: membubarkan DUN Perak

Kedua-dua usul diluluskan sebulat suara oleh semua ADUN Pakatan Rakyat yang hadir. Begitulah kehendak rakyat kini kita tunggu apa reaksi para pembunuh demokrasi!

Ipoh dirundung malang, mungkinkah demokrasi berkubur pagi ini di Ipoh?


IPOH dirundung malang. Sekarang sudah jam 10.00 pagi. Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan diadakan waktu ini nampaknya gagal diadakan. Bukan kerana tiada ahli tetapi pihak berkuasa menghalang Speaker dan ADUN-ADUN yang dipilih rakyat dari menyertai bangunan dewan.Sungguh malang buat demokrasi dan kebebasan serta hak rakyat di Perak, lapor Roslan SMS pada blognya pagi ini.

Mungkinkah demokrasi berkubur pagi ini di Ipoh? Suasana di Ipoh kini tegang. Demokrasi sedang nazak mungkinkah ia berupaya dipulihkan atau tersungkur mati di bumi Lembah Kinta pagi ini?Semalam saya menerima panggilan dari rakan saya seorang pemimpin DAP dari Selangor yang ditugaskan ke sana.

Suasana agak mencemaskan. Pihak polis sudah menunjukkan kehadiran mereka dalam bilangan yang besar termasuklah FRU di sekitar Bangunan SUK.Di Mahkamah Tinggi Ipoh juga nyawa demokrasi akan diletakkan pada tangan para hakim yang mengadilinya.

Semoga hidup dan terus hiduplah demokrasi dan kuasa rakyat. Semoga kerajaan yang dipilih rakyat terus berkuasa, semoga politik pintu belakang dinyahkan dari diamalkan di Negara kita. Setakat ini saya difahamkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sudah pun berhimpun di luar bangunan yang dikepung pihak polis.

Pihak polis menggunakan pembesar suara mengarahkan agar Speaker, V. Savakumar agar memasuki bangunan. Khabarnya beliau enggan, mengapa hanya beliau dipanggil... Juga pihak FRU dikhabarkan sedang bersedia menyuraikan mereka yang berhimpun diluar dengan menalakan “water canon” kea rah orang ramai. Ya Allah selamatkanlah Perak!

GEMPAR: 2 usul berkaitan Dato' Seri Nizar Jalamaluddin kekal sebagai MB dan memohon Sultan bubar DUN diluluskan pada Sidang bawah pokok sebentar tadi!


[DIKEMAS KINI 10.50 PAGI] mSTAR.Online melaporkan: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan untuk menolak pasukan peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi mengendalikan kes beliau.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Riduan Ibrahim selepas menemui kedua-dua pasukan pembela dan plaintif kira-kira 30 minit di kamarnya. Alasan yang diberikan Riduan adalah pasukan peguam yang dilantik Sivakumar tidak layak untuk mewakili Speaker tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pasukan Peguam Sivakumar, Tommy Thomas. Kata beliau, mahkamah memutuskan bahawa di bawah Peruntukan Akta Tatacara Kerajaan, Speaker hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri atau Jabatan Peguam Negara.

Dalam hal ini katanya, Speaker akan diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

Dalam pada itu, sidang tergempar yang diadakan di kawasan lapang berdekatan bangunan SUK telah meluluskan dua usul.

Usul-usul tersebut adalah berkaitan Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamaluddin kekal sebagai Menteri Besar dan memohon Sultan untuk membubarkan DUN. Kedua-dua perkembangan ini berlaku serentak kira-kira pukul 10 hingga 10.30 pagi.

"Sidang Tergempar DUN Perak" di bawah pokok macam cerita dalam filem Laksamana Do Re Mi!




LAPORAN TERKINI oleh Malaysiakini yang mengikuti dari dekat apa yang terjadi di Bangunan SUK sekarang:

Perak menjadi tumpuan sekali lagi ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Jam 10.30am: Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

Jam 10.23am: Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

Jam 10.18am: Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

Jam 10.15am: Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

Jam 10.01am: Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

Jam 9.45am: Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut. Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

Jam 9.35am: Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

Jam 9.30am: menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jam 9.21am: Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

Jam 9.20am: Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

Jam 9.15am: Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

Jam 9.10am: Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

Jam 8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

Jam 8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya. Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

Jam 8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ. Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.

Hari ini jam 1 pm sidang media untuk injunksi menangguhkan Pemilihan Agung Umno di One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya!

Gambar di atas adalah gambar terbaru Bangunan Perak Darul Ridzuandi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pagi ini. Laporan selanjutnya di Buletin Online.

SAYA pun dapat jugak SMS seperti berikut, kata Penarik Beca lagi dalam postingnya pagi ini: "Esok (hari ini, 3/3/09) jam 1 pm sidang media utk injunksi menangguhkan Pemilihan Agung Umno di One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Pohon sebarkan."

Di Ipoh, setelah Umno tak yakin bertarung dalam pencak silat demokrasi dan perundangan (hanya setakat tunjuk hero kepung orang tua berumur 69 tahun dan berkerusi roda), bagai biasa ia menggunakan polis. Dewan Undangan Negeri Perak dikepung polis.

Agaknya ada suspek curi kereta dalam tu yang hendak dipukul bantai cukup-cukup. Saya tak naklah tuduh polis adalah pak yet Umno. Soalnya, adakah One World Hotel juga akan dikepung seperti DUN Perak juga supaya tidak ada sidang media tersebut? Kita tunggulah perkembangan selanjutnya.

MENARIK juga. Ketika pemimpin BN sibuk mengambil injuksi mahkamah untuk menghalang "Sidang Dun Tergempar", rupa-rupanya ada sekumpulan ahli Umno juga sedang meniru untuk berbuat demikian bagi menghalang Perhimpunan Agong Umno Mac ini dari berlangsung. Barangkali, ada maksud tersirat dan impaknya selepas ini.

Si Zamry ni mengaji apa sampai peringkat PhD di UIAM? Biarlah Speaker langgar peraturan, langgar Perlembagaan, buat perangai kartun! Kenapa takut?

BLOGGERS Penarik Beca menulis cara tersendiri bila melibas Menteri Bersar Pertak yang dinaikkan melalui rampasaan kuasa di Perak dalam blognya semalam. Katanya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sebelum ni kata keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN esok "macam cerita kartun".

Dia juga kata, dengan membuat keputusan itu, Sivakumar bertindak melanggar Perlembagaan di bawah Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak.Keputusan yang diambil oleh Sivakumar itu, katanya, jelas bertentangan dengan peruntukan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak yang menyatakan bahawa sebarang persidangan DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu.

Mengaji apa sampai peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa? Nak kata dia bangang tak reti main politik, sat gi dia marah kat saya pulak. Kalau betul Sivakumar langgar peraturan dan Perlembagaan serta buat perangai macam cerita kartun, itulah yang sepatutnya ditunggu-tunggu oleh Zambry & Co.

Biaq dia langgaq peraturan, biaq dia langgaq Perlembagaan, biaq dia buat perangai kartun. Lepas tu, Zambry & Co ada hujjah nak suruh Sivakumar berambus dari kerusi Speaker tu.

Dah langgaq peraturan, langgaq Perlembagaan, takkan tak hilang kelayakan sebagai Speaker. Senang la nak perambat masa tu. Ni yang hampa pi tutup DUN Perak nak halang Sivakumar & Co buat sidang tergempar hampa kata langgar peraturan, langgar Perlembagaan - sidang yang Dr Zambry kata macam cerita kartun - apa ke bangangnya tu?!

Apa punya Menteri Besar (kononnya!) main politik bangang tahap seri satria! Ini kes bawak pelari tiang gol sebab takut pihak lawan score. Takut apa? Mana terperosok kejantanan hampa? Sapa pulak nak cungkil bawak keluaq? Nak pi teriak kat istana lagi mintak tolong?!

Wah nama Zamry makin popular, kalau tanding Timbalan Presiden Umnopun pasti menang Mac ini...

DATO' Dr Zambry Abdul Kadir mungkin antara ahli politik yang paling cepat popular dalam negara ini. Namanya semakin menjadi sebutan. Setiap hari, entah berapa ribu kali namanya disebut. Saya rasa, nama Dr Zambry semakin menjadi household name (Gambar ihsan The Nut Graph).

Bagai biasa, pagi ni saya minum teh tarik di Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar tu. Nampaknya semakin ramai yang tidak lagi memanggil dengan panggilan Mamak di restoran itu. Semakin ramai yang tidak lagi menyebut, "Mamak! Teh tarik satu!"Dah tak cakap lagu tu dah. Nampaknya semakin ramai yang dok panggil "Zambry! Teh tarik satu!"

Saya pun tumpang sekaki la. Tengah-tengah dok minum teh tarik tu teringin pulak nak makan roti canai bila tengok Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman makan roti telur (time sidang Parlimen, dekat hari-hari saya minum pagi dengan dia. Dia pun kira dah jadi orang kampung kami dah di sekitar Melewar ni).

Saya pun mintak la roti, "Zambry! Roti kosong satu!" Lepas tu, saya dengar orang yang nak suruh Mamak tu kira ramai yang panggil "Zambry, mari kira! "Apa pun, setakat ni saya tak dengar lagi orang panggil "Dr Zambry! Teh tarik satu!"

Sebagai penghormatan dan tanda persaudaraan dengan Mamak-Mamak yang setiap hari dok masak dan hidang makan minum kat saya, saya berazam nak panggil dengan panggilan yang lebih hormat dan berstatus lagi kepada mereka.

Saya akan panggil, "Dr Zambry! Teh tarik satu!"Tadi, saya juga mendengar cerita OKU serang OKU (orang kurang upaya)
di Parlimen.

BEGITULAH cerita penarik beca dalam blognya. Dan kalau dilihat populariti Dr Zamry ini sudah tentu kalu beliau bertanding kerusi Timbalan Presiden maka dengan mudah tumbangnya Muhyiddin Yassin, Muhamad Taib dan Ali Rustam.

Terkini: FRU bertindak ganas menyekat dan menolak beberapa ADUN sehingga terjatuh, lapor Pengerusi BBC Dun Perak


Laporan Terkini: PENGERUSI BBC Dun Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim melaporkan secar ringkas pergerakan Adun-Adun Pakatan Rakyat menuju ke Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Jam 9.15 Pagi: ADUN Pakatan Rakyat bergerak ke Dewan Undangan Negeri Perak. Seramai 28 ADUN Pakatan Rakyat sekarang bergerak ke Bangunan SUK, tempat dewan akan bersidang pada jam 10 pagi ini. Kami menjangkakan, kami dapat melaksanakan sidang seperti yang direncanakan.

Jam 9.42 pagi: Kami dihalang masuk. BN guna "gangster" untuk menghalang semua ADUN Pakatan Rakyat dari memasuki Bangunan SUK. Semua ADUN Pakatan Rakyat termasuk pengawal-pengawal dan unit AMAL tidak melawan. Kami terpaksa berundur sebentar sementara mencari jalan untuk masuk.

Jam 9.47 pagi: FRU bertindak ganas menyekat dan menolak beberapa ADUN sehingga terjatuh.

Kami tetap akan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri "Sidang Tergempar DUN Perak" sebentar lagi!


SEPATUTNYA pihak keselamatan menjaga keselamatan dengan memudahkan kami untuk masuk ke dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan bukan menjadi "barua" menghalang kami masuk, lapor Adun Titi Serong kesal dengan sikap pasukan keselamatan.

Bangunan Perak Darul Ridzuan adalah rumah kedua kami, soalnya kenapa kami dilarang masuk rumah sendiri. Menjaga keselamatan bukan berErti menghalang satu pihak untuk masuk ke rumahnya sendiri. Paling malang rumah kami itu juga sedang didiami oleh kumpulan yang tidak jelas statusnya malah rakyat gelarkan mereka perompak dan perampas kuasa.

Kami tetap akan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri "Sidang Tergempar DUN Perak" sebentar lagi.

Maklumat semua jalan masuk ke bangunan itu telah dikepung dengan sekatan oleh pihak keselamatan sejak kelmarin. Tapi itu bukan masalah kami, itu adalah masaalah BN yang sangat terdesak pada saat ini, kata Dr. Khalil Idham yang juga Pengerusi BBC Dun Perak
.

Puluhan FRU dan polis berkawal sekitar Bangunan SUK melarang Adun-Adun masuk ke "rumah" mereka untuk bersidang!


Misbahul Munir Masduki dilantik SU Dun menggantikan Abdullah Antong Sabri yang digantung tugasnya semalam

TERKINI 9.30 Pagi: Puluhan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air berada di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan dimana terletaknya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Selain itu, lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri manakala pihak polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan berkenaan, lapor Suara Keadilan online sebentar tadi.

Pihak polis juga menghantar 50 jurukamera polis dari seluruh negara untuk merakam sebarang insiden hari ini untuk dijadikan bukti bagi membuat tangkapan. Sebelum itu, semalam Speaker Perak V. Sivakumar melantik Misbahul Munir sebagai Setiausaha Dun bagi menggantikan Abdullah Antong Sabri yang digantung tugasnya.

Semalam, Pengerusi BBC Dun Perak, Drs Khalil Idham Lim melaporkan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari. Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar semalam.

BN "guling kerajaan Perak" tidak kontroversi tapi Speaker adakan Sidang Dun Tergempar sangat kontroversi! Apa cerita ni Pak Lah?

Tiga Adun lompat muncul sewaktu sidang media Najib Tun Razak yang sebelum itu mereka dikatakan hilang, diculik. Kalau nak kata beli tak ada bukti, tapi tiba-tiba ada sebelah Najib. Kemudian "merampas kuasa" secara tidak kontroversi?


PAK LAH sebenarnya buat-buat "tak tau" dengan berkata kononnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar sengaja memilih mengambil tindakan yang kontroversi dalam perkembangan muktahir berkaitan persidangan DUN Perak.

Perdana Menteri itu sudah lupa, siapa punya angkara yang "membeli" tiga Adun Pakatan Rakyat dan menggulingkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. Pak Lah selamanya tidak faham kenapa Sivakumar tidak dapat bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung perkara itu, kerana sikap "tidak faham" beliaulah maka demokrasi dicabul dan dirobek semahunya oleh BN yang beliau kepalai.

"Saya tidak faham kenapa seseorang mengambil keputusan berbuat sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Beliau (Sivakumar) sepatutnya tunggu sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai perkara ini. Itulah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Bersabar dulu," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Jakarta semalam.

Pak Lah cuba mengulas tindakan Menteri Besar (BN) Perak Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri semalam yang memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Perdana Menteri berkata tindakan Sivakumar memanggil persidangan tergempar DUN Perak hari ini dan menggantung Menteri Besar dan enam Exco berkenaan yang dilantik secara sah oleh Sultan Perak, daripada menghadiri sidang DUN adalah salah.

Maka jika begitu kata Pak Lah dan laki si Rosmah Mansor maka apa yang harus diputuskan oleh mahkamah dan para hakim di negara ini? Sudah tentulah "terpaksa" meniyakan kata mereka bahawa apa yang dilakukan oleh Speaker semuanya tidak sah.

Bermula dari isu penghantaran surat pengosongan kerusi Dun Behrang, Changkat Jering kemudian diikuti Jelapang oleh Speaker kepada SPR, membuktikan kuasa Speaker langsung tidak bermakna. Malah paling teruk, SPRM boleh pula menyiasat Speaker kerana bertindak "menggantung" MB Zamry dan enam exconya.

Kalau tindakan Speaker untuk mengadakan "Sidang Dun Tergempar" dianggap kontroversi oleh Pak Lah yang dhaif politik itu, maka apakah jadahnya tindakan mereka (BN) yang menggulingkan Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat secara tidak bermoral, haprak dan jakun itu? Adakah itu serasi dan tidak kontroversi?

Dato' Seri Nizar - Sidang Dun buatlah di tempat lain, luluskan usul dan persembahkan kepada Tuanku Sultan Perak!

Inilah saja jalan yang mampu diusahakan oleh BN mengunci pintu Dewan, macam JKKK mengunci Dewan Orang Ramai kerana tidak mahu orang Pakatan Rakyat menggunakannya setelah mereka kecundang dalam PRU lalu


SURAT terbuka buat Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Arif Abdul menterjemahkan tulisan Raja Petra Kamaruddin ini secara bebas. Ikuti di bawah:

Dato' Seri, saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel
cheong hei daripada saya. Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu.

Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bangunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu
Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang.

Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku!

Benarkah SPRM bebas dari campurtangan politik? Atau lebih terikat dengan menjaga politik pemerintah?



DATO' Halik Zaman menulis, penjenamaan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau MACC mengikut piawai antarabangsa seperti ICAC Hong Kong tidak ubah seperti menukar baju dengan kot tetapi masih memakai kain pelikat.

Mula-mula di Sabah dikenali sebagai Biro Sisatan Negara (BSN) sebelum dijenamakan semula sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan selepas itu barulah SPRM.

Paling melucukan, tugas utama entiti yang bertukar nama sebanyak tiga kali ialah ‘Catch Small Fish, Release Big Fish’ atau dengan bahasa mudah hanya menangkap mereka yang diarah untuk ditangkap oleh majikan mereka iaitu Perdana Menteri.
Walaupun SPRM kini kononnya sebuah ‘Suruhanjaya Bebas’ namun persoalannya bebas daripada apa?

Jika kakitangannya menerima gaji daripada Jabatan Perdana Menteri, perlantikannya dibuat oleh Perdana Menteri, mematuhi arahan Perdana Menteri dan menjaga kepentingan Perdana Menteri, bagaimana boleh menyiasat Perdana Menteri yang terlibat dengan Skandal Oil For Food dan Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinetnya terlibat dengan pelbagai skandal?

Bayangkan jika anda dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang nasib dan masa hadapan anda ditentukan oleh Perdana Menteri dan kroninya, mampukah anda menyiasat mereka yang melantik anda, memberi anda gaji, jawatan, rumah, kereta, elaun dan sebagainya jika mereka terlibat dengan Rasuah, politik wang, komisyen, salahguna kuasa, sogokan pangkat, tawaran jawatan dan sebagainya yang takrifnya jelas iaitu RASUAH?

Sudah tentu tidak. Jadi kenapa tukar nama sampai tiga kali jika fungsinya sama iaitu ‘bertindak mengikut arahan’ setelah meminta izin atau restu orang yang melantiknya, melainkan ‘ikan bilis’ yang hanya menerima RM50 atau RM5,000. Bukankah perbuatan ini seperti menukar t-shirt koyak dengan kot tetapi masih berkain pelikat?

Kita disajikan dengan laporan melalui blog dan laman web (barangkali media arus perdana dirasuah) begitu ramai orang yang mengelar diri mereka pemimpin yang memiliki bangunan agam (mega) menongkat langit dan mencakar awan berbanding dengan pendapatan sebenar mereka yang setara dengan penjual rokok haram di Pasar Filipina?

Bukankah mereka menyuci wang haram yang mereka perolehi daripada rasuah dengan menjalankan perniagaan hotel, menyewa bangunan, membina rumah mewah, membeli kereta mewah dan menjalankan kegiatan penggubahan wang haram dengan menyimpan wang di dalam akaun kroni dan proksi?

Laporan yang dibuat kepada BSN @ BPR @ SPRM bagaikan mencurah garam ke laut atau memberi cincin kepada orang kudung kerana semestinya laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara yang akan meneliti sebelum mendakwa tertuduh.

Lazimnya Peguam Negara akan memerap fail berkenaan seperti orang kampung memerap nasi atau ubi kayu untuk membuat tapai dan leihing, melainkan jika menerima arahan ‘Perdana Menteri’ kes berkenaan ‘Urgent’ dan ‘Terperingkat’ dan ‘Wajib Ditangkap’. Tetapi hampir kesemua siasatan terhadap ‘orang besar’ akan berakhir dengan cogankata,”No Case To Answer”.

Walaupun kini, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai Pendakwaraya, namun dia tidak boleh menurunkan kuasanya kepada pegawai kanannya disebabkan sekatan undang-undang, ‘Delegatus non delegare’.

SPRM kini bagaikan seorang lelaki terkena kusta yang luruh jari dan berjaya dirawat dengan baik menggunakan tangan palsu yang direka oleh saintis, namun tidak mampu bergerak cergas kerana ‘amputasi’ dan terpaksa bergantung kepada nasihat ‘Doktor’ yang merawatnya.

Kecacatan SPRM semakin ketara apabila gagal dalam kes mega seperti Tan Sri Eric Chia kerana tidak mempunyai kepakaran langsung jika wang berkenaan disimpan di luar negara. Bukti paling ketara apabila seorang Peniaga Malaysia ditangkap di Hong Kong kerana menyeludup keluar $16 juta wang Singapura di dalam ‘Brief-Case’ nya.

Peniaga Malaysia itu mengaku wang tersebut milik Pembesar Negeri dan dia terpaksa menjadi kambing hitam untuk melepaskan ‘Boss’ nya setelah wang ‘boss’ nya berbilion ringgit dibekukan. Kini wang yang dibekukan telah dicairkan dengan bantuan ‘Sri Perdana’?

Kes ini membuktikan SPRM tidak langsung mempunyai kepakaran mengesan kes ‘Money Laundering’ dan ‘membiayai keganasan’ apabila wang rasuah dimasukkan ke dalam akaun kroni di London atau Australia. Dari London dipindahkan ke Singapura atau Hong Kong melalui beberapa transaksi.

Wang yang telah disucikan tersebut dimasukkan ke dalam akaun Pembesar Negeri dan Kroninya di Hong Kong, Singapura atau Australia. Walaupun Pemegah Amanah telah memberikan akuan berkanun dan bukti sahih, namun SPRM gagal mendapatkan ‘alibi’ kerana mata mereka dihijab dengan kuasa Perdana Menteri.

Kecacatan lebih parah apabila kes Jambatan Bengkok yang kita kerugian lebih RM300 juta; Kes Komisyen Kapal Selam; Kes Eurocopter; Kes Shukoi; Kes Menteri Kabinet Kanan yang melakukan rasuah lebih RM300 juta tidak langsung disiasat ataupun terus ditutup!
Jika seorang Pembesar Negeri mempunyai bangunan sendiri, atas nama anak bini dan menyewakan kepada Jabatan Kerajaan yang ‘dipaksa’ berpindah ke bangunan miliknya atau mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri atau Setiausaha Persekutuan membuat pekeliling agar semua pegawai Kerajaan yang datang ke bandar X harus tinggal dan menggunakan kemudahan di hotelnya boleh lepas bebas tanpa sebarang rasa bersalah.

SPRM, janganlah harap kes yang ’sulit’ atau tidak nampak dengan mata kasar seperti ‘penjualan lota tanah di Sutera Harbour’ dan pengagehan ‘konsesi kayu balak’ atau kelulusan ‘tanah pertanian’ yang dirancang secara rapi akan disiasat.

Rakyat jelata semakin resah kerana SPRM sudah menjadi institusi ‘Elit’ dan sukar untuk membuat laporan kerana bimbang bukti yang disertakan akan dipadam atau diubahsuai yang akhirnya akan menjerumuskan mereka di dalam kes jenayah iaitu dituduh ‘membuat laporan palsu’.

Rakyat yang membuat laporan ditangkap, pemimpin yang mempunyai wang untuk membuat bukti atau mencipta bukti palsu terlepas. Namun persoalannya, dari mana datangnya wang untuk membuat rumah mewah bak istana, membeli berpuluh kereta mewah, memiliki tanah ribuan ekar dan bangunan serta hotel yang banyak, wang di bank yang tidak mampu dikira kerana melebihi 12 digit?

Berbanding dengan kes atau pertuduhan palsu ke atas pemimpin pembangkang yang kalau boleh akan disiapkan dalam tempoh 24 jam oleh SPRM iaitu menjatuhi hukuman bersalah sebelum mahkamah membuktikan pemimpin berkenaan bersalah!

Seorang penyiasat yang cekap dan bukan dicekapkan dengan ‘arahan’ boleh mendapatkan seberapa banyak bukti untuk mendakwa seseorang perasuah ke mahkamah, tapi sangat tidak lojik jika seseorang penyiasat itu memutuskan “sendiri” bukti yang dia ada adalah “kukuh”.

Hanya hakim sahaja yang boleh memutuskan sama ada sesuatu kes itu “kukuh atau tidak”. Bukan penyiasat kes yang berbuat demikian. Kalau seseorang penyiasat kes rasuah boleh mengakui dia mempunyai bukti kukuh seseorang itu menerima rasuah, maka penyiasat itu boleh juga menyatakan bahawa kes yang disiasat itu ada mempunyai prima facie.

Kalau ini lah hakikatnya, maka tidaklah perlu ada Mahkamah kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh di’hukum terus’ tanpa dibicarakan kerana SPRM sudah punya bukti kukuh!.

Pada prinsipnya, sebelum seseorang itu dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah, maka seseorang yang disiasat oleh SPRM itu “still innocent until provent guilty”.

Rakyat kini cuma mengharapkan “People Power” untuk menukar Kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan memberi mandat kepada kerajaan baru sebagaimana mereka lakukan pada pilihanraya umum lalu dengan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Jika rakyat menyedari hak mereka dari segi Perlembagaan Persekutuan, maka mereka boleh melakukannya semudah memetik jari kerana masa hadapan kerajaan sekarang yang menjadikan SPRM sebagai ‘Buruh Paksa’ terletak di tangan rakyat yang akan memangkah kertas undi terutama meletakkan Sabah dan Sarawak di dalam gengaman erat Pakatan Rakyat!

Pemimpin BN janganlah leka kerana walaupun SPRM bersama anda tetapi CCTV Tuhan berada di mana-mana sahaja untuk merakam bukti anda sebagaimana yang berlaku di Hong Kong dan Australia.

Puak-puak BN "profesional" dalam langgar Perlembagaan. Sekarang kes Perak! PPSMI jelas bercanggah Akta Pendidikan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan...

Rakyat Perak kini benar-benar meluat dan cukup "getik" bebeno dengan Najib Tun Razak yang memulakan semua angkara di negeri ini!



NAJIB Tun Razak menyatakan bahawa sidang DUN Perak tidak boleh diadakan dan tidak sah sekiranya diadakan juga. Hari ini Najib mula berkata sah dan tidak sah sesuatu yang dilihat pada pandangannya tidak mengikut Perlembagaan, ulas Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki pada blognya.

Sebelum ini Najib tidak menghiraukan sah ataupun tidak perlantikan Zambry sebagai MB Perak sedangkan MB yang sedia masih memegang jawatan secara sah. Hj Nizar dilantik oleh Tuanku, tetapi Tuanku tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB setelah dilantik.

Jawatan Hj Nizar sebagai MB akan terlucut hanya apabila DUN dibubarkan, Hj Nizar meletakan jawatan dan juga melalui usul undi tidak percaya di DUN ataupun Hj Nizar hilang kelayakan sebagai ADUN. Semua proses tersebut tidak berlaku ke atas Hj Nizar.

Ini bermakna beliau masih sah sebagai MB Kerajaan Pakatan Rakyat sehingga sekarang.Pada tahun 1974 telah berlaku kemelut atau krisis seumpama ini di Perak.

Ghazali Jawi tidak diperkenan oleh Sultan Idris sebagai MB. Tuanku diperdaya kononnya Ghazali Jawi menjadi MB selama 2 tahun sahaja. Ada yang menasihati Tuanku bahawa tidak ada peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak seorang MB dilantik hanya untuk tempoh 2 tahun. Tuanku Sultan Idris murka di atas kerja licik UMNO yang memperdayakannya.

Tuanku minta Ghazali Jawi letak jawatan, tetapi tidak dihiraukan. Krisis semakin parah ketika itu. Tuanku bernazar selagi Ghazali Jawi tidak letakkan jawatan, baginda tidak akan mencukur janggut, jambang dan misai.

Ada yang memberitahu saya, sebagai tanda protes Tuanku telah membawa keretapi dari Ipoh ke Tg. Malim seorang diri (cerita ini tidak ada yang mengesahkan kebenarannya). Pemuda UMNO ketika itu dengan lantang menyatakan kepada Tuanku bahawa Sultan mempunyai kuasa melantik MB, tetapi tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB.

Najib memberi alasan sidang DUN tidak boleh diadakan kerana kes kesahihan kerajaan BN masih dalam perbicaraan di mahkamah. Kalau itu alasannya, Zambry juga tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB, menggunakan semua kemudahan sebagai MB, menerima apa-apa elaun sebagai MB, kerana Zambry juga sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kalau begitu, selama menunggu kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, yang lebih berhak sebagai MB bagi mengurus tadbir negeri Perak ialah Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.Semalam, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mengatakan bahawa Sidang Tergempar DUN Perak tidak sah diadakan kerana tidak mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

Dua sebab yang berbeza, Najib kata tidak sah kerana masih dibicarakan di mahkamah tinggi, Abdullah Antong kata tidak sah keranan tidak mendapat perkenan Tuanku.Jawapannya dua-dua tidak betul. Speaker Sivakumar lebih betul kerana inilah kuasa Speaker yang sebenar.

Mungkin terdapat berbagai-bagai tafsiran dalam memahami kuasa Speaker, tetapi menurut Perintah-perintah Tetap DUN Perak, fasal 89 bahawa Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Jelas sidang tergempar DUN pada 3hb Mac ini adalah sah dan muktamad. Tidak ada pihak lain boleh pertikaikan, sila bawa ke mahkamah sekiranya didapati melanggar peraturan.

Sewaktu Speaker sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengambil keputusan mengantung Zambry selama 18 bulan dan 6 exco haram selama 12 bulan daripada menghadiri sidang dewan, mereka juga yang mempertikaikan, sehingga sekarang mereka tidak seret Sivakumar ke mahkamah, sebaliknya SPRM pula yang menyiasat Speaker.

Saya percaya krisis perlembagaan dan politik Perak akan berpanjangan, tidak ada jalan terbaik melainkan Tuanku perkenan bubar DUN supaya rakyat memilih semula kerajaan baru bagi menerajui negeri Perak. Bila ada pilihanraya 2 kemungkinan sahaja samada Pakatan Rakyat Menang Besar atau BN kalah teruk.

Saman Zamry didengar 9 pagi, sidang tergempar dijadual 10 pagi: 2 saman difail halang Speaker, Setiausaha DUN Perak digantung tugas!

NOTIS... Exco Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan). Tindakan ini diambil sebelah pagi tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI
FAIL SAMAN... Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dengan ditemani ADUN BN dan Exco menjawab soalan wartawan di pejabatnya di Ipoh, petang tadi. Sidang akhbar ini diadakan sebelah petang. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

[DIKEMAS KINI, 11.30 MALAM] mSTAR.Online melaporkan begini: Sah atau tidak ataupun siapa yang lebih berhak! Urutan usaha mempertahankan pendirian dan hujah masing-masing jelas mewarnai drama krisis politik Perak sejak pagi ini - menjelang sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speakernya, V. Sivakumar pagi esok.

Drama pagi ini bermula dengan tindakan Exco kerajaan negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid - yang baru - menyerahkan notis untuk merujuk Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu atas dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada setiausaha politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Ia disusuli dengan tindakan Setiausaha DUN yang memutuskan agar pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini ditutup esok. Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Notis berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Notis dua perenggan itu meminta warga bangunan Perak Darul Ridzuan supaya membatalkan semua temu janji esok di premis tersebut.

V.Sivakumar telah memanggil sidang DUN tergempar esok untuk membincangkan dua usul. Drama menjadi makin panas dengan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Dr, Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Dalam saman pemula yang difailkan petang tadi, Zambry dan enam Exco berkenaan memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan dan selama 12 bulan terhadap enam Exco berkenaan adalah menyalahi Undangundang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya, Zambry berkata beliau difahamkan Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan itu pada 9 pagi esok.

Sehingga pukul 11.30 malam tadi, maklumat yang diterima menunjukkan Sivakumar telah bertindak menggantung tugas Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri dengan serta merta sambil menegaskan bahawa persidangan tergempar DUN yang dijadualkan esok akan tetap diteruskan.

Bercakap pada sidang media di pejabat peguamnya di sini malam ini, Sivakumar berkata, penggantungan itu diambil disebabkan kegagalan Abdullah menjalankan tugas sebagai pegawai Dewan.

Beliau telah melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan Abdullah. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Semalam, Abdullah berkata, keputusan Speaker DUN Perak memanggil sidang tergempar Dewan esok adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Jumaat lepas, Sivakumar telah mengeluarkan kenyataan memanggil satu sidang tergempar itu bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan di negeri ini.

Dalam sidang media hari ini, Sivakumar turut meminta polis memberi kerjasama kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menghadiri persidangan itu.

Beliau berkata Setiausaha Dewan atau Ketua Polis Negeri tidak patut menghalang atau mensabotaj usaha mengadakan persidangan berkenaan yang telah dipanggil secara sah. Katanya, walaupun pakar perundangan telah menyatakan persidangan yang akan diadakan esok sebagai sah, namun pelbagai usaha dan taktik sedang dilakukan oleh pihak lawan untuk menghalang ia daripada berlangsung.

Sivakumar berkata, beliau akan menggunakan kuasa Dewan untuk membawa mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah petang tadi memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan bangunan Perak Darul Ridzuan esok. Polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkawal di sekitar bangunan itu sejak petang tadi.

Sementara itu, Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat akan pergi ke bangunan berkenaan pada 10 pagi esok untuk menghadiri persidangan tergempar itu.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Perak bahawa pihaknya akan mengambil tindakan berhubung keputusan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menunjukkan ia tidak menghormati DUN sama sekali," katanya. Ngeh berkata, polis sepatutnya memastikan sidang DUN itu berjalan lancar dan membenarkan semua anggota dewan menghadirinya.

Tak tahu pula ada Perhimpunan Haram esok? Kerajaan "haram" tu macam mana? Boleh sertai kah?


DIKAWAL... Anggota polis mengawal kawasan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh sejak petang semalam. Kawasan itu akan ditutup esok. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

POLIS lapor Bernama hari ini, akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan pentadbiran Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak berikutan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual esok tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, pentadbiran Bangunan SUK Negeri telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja-pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak", katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai bahawa perhimpunan berdekatan atau di kawasan Bangunan SUK Perak adalah perhimpunan haram, katanya.

Zulkefli berkata, mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut akan dianggap sebagai ahli perhimpunan haram dan boleh diambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Anggota polis akan ditempatkan di kawasan tersebut bagi memastikan orang ramai mengikut arahan yang dikeluarkan.

Pada Jumaat lepas, Speaker DUN, V. Sivakumar telah mengeluarkan kenyataan memanggil satu sidang tergembar dewan esok bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan di negeri ini.

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar: Laki Rosmah Mansor makin gelabah, Zamry hilang arah... Mengapa takut pada sidang Dun yang tidak sah?


Tindakan Speaker memanggil "Sidang Dun Tergempar" membuktikan Kerajaan BN "haram" itu bila-bila masa boleh dijatuhkan!

Kemaskini 6.49pm MALAYSIAKINI melaporkan lagi: Dalam tindakan mengejut - dipercayai untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok - kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup. Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri. Manakala ketua polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut.

Menurut Bernama, Datuk Zulkefli Abdullah berkata pentadbiran bangunan itu telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja-pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," beliau dipetik berkata.

Malaysiakini difahamkan beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran tersebut.

Sementara itu, sebagai reaksi segera terhadap keputusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, bekas exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Speaker akan ke bangunan tersebut esok.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker DUN V Sivakumar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku. Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Sementara itu, menteri besar dan barisan exconya menfailkan permohonan di mahkamah bagi membatalkan keputusan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Permohonan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh jam 9 pagi esok.

Ketiga-tiga wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan BN negeri - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - pula menfailkan permohonan untuk membatalkan surat peletakan jawatan sebagai anggota DUN.

Setiausaha Dun Abdullah Antong Sabri "tikam belakang" Sidang Tergempar Dun Perak esok


MALAYSIAKINI hari ini melaporkan; Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.

Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ini adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Sivakumar dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Sivakumar memanggil sidang tergempar itu untuk membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasakerajaan negeri itu.

Bagaimanapun dalam reaksinya terhadap kenyataan Abdullah itu, Bernama memetik Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu Selasa ini adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mengakui beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. Manakala menteri besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah awal bulan lalu, selepas BN menubuh kerajaan baru di negeri itu.

Abdullah dalam kenyataannya berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenanTuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Menurutnya, beliau telah menerima arahan dari Sivakumar supayamengeluarkan notis segera untuk mengadakan sidang tergempar DUN Selasa ini melalui urat Sivakumar yang bertarikh 25 Februari 2009 yang turut disertakan notis usul aripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dan ADUN Titi Serong.

Abdullah berkata, walaupun ia sidang tergempar, "dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut.

"Permasyhuran memanggil dewan dibuat oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan. Ini adalah berdasarkan PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan "maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat.."

Kuasa mutlak

"PT 10 (1) mengatakan " Penggal Dewan hendaklah diadakan padawaktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta," katanya.

Beliau berkata berasaskan PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

"Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang," katanya.

Beliau berkata, Perkara XXXVI (1) memperuntuk "DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan."

Abdullah berkata peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.

Khamis lalu, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Mengulas lanjut kenyataan Abdullah itu, Sivakumar sebaliknya menegaskan setiausaha DUN itu tidak mempunyai kuasa untukmenafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat.
"Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewanditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," kata Sivakumar.

Kenapa sampai kunci pintu Dun, kalau Speaker tak ada kuasa Zamry dan Najib tak perlu gentar!


SEKALI lagi Perak mencatat sejarahnya. Dulu kisah Perjanjian Pangkor yang membolehkan penjajah bertapak di Tanah melayu bermula di Perak. Ekoran pembunuhan JWW Birch di Kg. gajah Pasir Salak oleh si Puntung yang ada kaitan dengan Dato' Maharajalela dan Tok Sagor.

Sidang "Dun Tergempar" esok sudah digodam mulai hari ini bukan sahaja melalui ulasan dan kenyataan pemimpin Umno yang berkepentingan malah pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan haram esok di Ipoh.

"Saya yakin seluruh mata yang mencintai keadilan dan ingin menyaksikan kezaliman dan penindasan sedang diarahkan ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Segala usaha mematuhi Undang-undang dan peraturan yang sedia ada saya yakin sebagai parti dan pakatan yang diakui oleh lawan dan kawan telah dilakukan demi menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak yang menjadi milik kami sejak Mac 2008 yang telah dirampas dengan kejam oleh BN," kata Adun Titi Serong.

Kalau betul BN benar, kenapa takut sangat dengan "Sidang Dun Tergempar" itu? Gelabah bagai nak rak? Biarkan sahaja ia bersidang. BN kata sidang itu tidak sah, kalau tak sah biarkan sahaja sidang itu berjalan, "itupun tak sah".

Umno dan laki Rosmah Mansor begitu takut dengan sidang Dun itu, lalu mengeluarkan kononnya kes Kerajaan Perak sudah jadi kes mahkamah. Kenapa baru sedar? Kalau dah tahu ia kes mahkamah, mengapa kamu teruskan Menteri Besar "haram" yang kamu taja bermaharajelala?

Mengapa menggunakan polis untuk "tawan" atau "jajah" Bangunan SUK dan halang Dato' Seri Nizar Jamaluddin masuk dan menjalankan tugasnya di bangunan itu sebagai Menteri Besar. Kamu ikut Perlembagan Negeri ka atau tidak?

Esok kamu kunci pintu Dun sebab tak mahu "Sidang Dun Tergempar" berlangsung. Kamu takut kerana salah. Kerja kamu tak betul dari awal lagi. Beli Adun, simpan Adun, sorok Adun, culik Adun tiba-tiba muncul dalam sidang media bersama laki Rosmah Mansor yang kononnya bakal Perdana Menteri ke 6 Mac ini.

Isnin, Mac 02, 2009

Apalah teruknya BN berhempas pulas halang "Sidang Dun Tergempar Perak" esok?


PAGI ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang "Sidang DUN Tergempar" yang akan diadakan esok. Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak, kata rakan saya, Adun Titi Serong yang juga Pengerusi BBC Dun Perak, Drs Khalil Idham Lim pada blognya.

Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya. Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut. Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahathir.

Demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang "Sidang DUN Tergempar Perak". Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri. 1. Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

SEBELUM itu, Exco Kerajaan Kudeta Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Tindakan lucu dan kartun itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

BNlah punca kemelut yang berlaku di Perak sekarang, nampak sangat tembelang mereka sekarang ini, mereka yang mula langgar perlembagaan kami pula yang disalahkan.

kalau bercakap mengenai undang-undang san sebagainya, BN lah yang menjeadi pelopor kepada pelanggaran semua itu tanpa batas. amatlah lucu Pakatan Rakyat dan Speaker yang dipersalahkan.

Sangatmalang semuanya hendak dikaitkan kepada menghormati Sultan dalam keadaan yang tersepit dan tidak ada alasan lain.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok.