KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 03, 2009

BN "guling kerajaan Perak" tidak kontroversi tapi Speaker adakan Sidang Dun Tergempar sangat kontroversi! Apa cerita ni Pak Lah?

Tiga Adun lompat muncul sewaktu sidang media Najib Tun Razak yang sebelum itu mereka dikatakan hilang, diculik. Kalau nak kata beli tak ada bukti, tapi tiba-tiba ada sebelah Najib. Kemudian "merampas kuasa" secara tidak kontroversi?


PAK LAH sebenarnya buat-buat "tak tau" dengan berkata kononnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar sengaja memilih mengambil tindakan yang kontroversi dalam perkembangan muktahir berkaitan persidangan DUN Perak.

Perdana Menteri itu sudah lupa, siapa punya angkara yang "membeli" tiga Adun Pakatan Rakyat dan menggulingkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. Pak Lah selamanya tidak faham kenapa Sivakumar tidak dapat bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung perkara itu, kerana sikap "tidak faham" beliaulah maka demokrasi dicabul dan dirobek semahunya oleh BN yang beliau kepalai.

"Saya tidak faham kenapa seseorang mengambil keputusan berbuat sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Beliau (Sivakumar) sepatutnya tunggu sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai perkara ini. Itulah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Bersabar dulu," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Jakarta semalam.

Pak Lah cuba mengulas tindakan Menteri Besar (BN) Perak Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri semalam yang memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Perdana Menteri berkata tindakan Sivakumar memanggil persidangan tergempar DUN Perak hari ini dan menggantung Menteri Besar dan enam Exco berkenaan yang dilantik secara sah oleh Sultan Perak, daripada menghadiri sidang DUN adalah salah.

Maka jika begitu kata Pak Lah dan laki si Rosmah Mansor maka apa yang harus diputuskan oleh mahkamah dan para hakim di negara ini? Sudah tentulah "terpaksa" meniyakan kata mereka bahawa apa yang dilakukan oleh Speaker semuanya tidak sah.

Bermula dari isu penghantaran surat pengosongan kerusi Dun Behrang, Changkat Jering kemudian diikuti Jelapang oleh Speaker kepada SPR, membuktikan kuasa Speaker langsung tidak bermakna. Malah paling teruk, SPRM boleh pula menyiasat Speaker kerana bertindak "menggantung" MB Zamry dan enam exconya.

Kalau tindakan Speaker untuk mengadakan "Sidang Dun Tergempar" dianggap kontroversi oleh Pak Lah yang dhaif politik itu, maka apakah jadahnya tindakan mereka (BN) yang menggulingkan Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat secara tidak bermoral, haprak dan jakun itu? Adakah itu serasi dan tidak kontroversi?

Tiada ulasan: