KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 09, 2009

Memang betul Ketua Pemuda Umno pembuli (?) Pak Lah pun disanggahnya dalam isu PPSMI ini...



PENARIK BECA menulis dengan sinis tentang ulasan Ketua Pemuda Umno Malaysia, sepupu kepada Najib Tun Razak. Kehendak Pak lah kelihatan ada unsur positif. Tetapi Hisyamuddin seperti marah-marah dengan himpunan tersebut. Ulasan spontannya menyifatkan himpunan itu didalang pembangkang.

Kemudian beliau ulangi pada sidang media di rumahnya semalam. Degil memang degil. Tapi itu tak apa, yang ruginya nanti Umno. Dia kata sokongan terhadapnya tidak terjejas untuk pemilihan Umno nanti. Dia tengok sendiri, tak ada muka Umno yang pergi himpunan itu. Semua tu muka pembangkang. Hasyamuddin lupa, yang bangkit itu semuanya Melayu dan agak ganjil Melayu mahu bangkit seperti itu. Itu tandanya Melayu sudah loya dengan Umno.

Mengulas berita mStar Online bertajuk "
Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin" setelah disiarkan berita bertajuk "Bahasa Inggeris: PM mahu keputusan dibuat segera elak masalah besar," Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar berkata, "Bukan takat Karpal ja Pemuda Umno buli, Perdana Menteri depa pun depa buli".

"Ketua Pemuda Pembuli ka tu?" tanya beliau.Mahfuz seterusnya bertanya, kalau Ketua Pemuda Umno sendiri nampak sangat tak hormat Perdana Menteri dari Umno, apa sebab pulak rakyat patut hormat Perdana Menteri dari Umno?"

Kita bercakap pasal Perdana Menteri dari Umno, bukan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi," katanya lagi. Berkaitan:
Perhimpunan Umno dijangka bincang PPSMI (Malaysiakini 8/3/08).

Tiada ulasan: