KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 18, 2009

Umno diambang maut! Perlu vaksin imunisasi hapuskan kanser rasuah yang makin membunuh



PAKAR politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak menekankan betapa Umno perlu kepada vaksin baru berbentuk imunisasi untuk menyelesaikan masalah rasuah yang membelenggu parti itu sejak 30 tahun lalu.

Dalam satu ulasannya dalam sebuah rancangan televisyen, Mustafa menyatakan amalan membeli undi dalam Umno bukan perkara baru lagi. Malah katanya amalan ini telah berlaku sejak 20 hingga 30 tahun yang menyebabkan kemelut itu sukar untuk diatasi jika tidak diberi imunisasi.

"Kalau kita lihat dalam keadaan demikian tindakan yang hanyadibuat seperti orang demam diberi pil, Umno bukan perlu pil tetapi imunisasi iaitu kena ubah proses pemilihan dalam Umno.

"Selepas Najib ambil alih kena panggil mesyuarat khas Umno pinda perlembagaan untuk proses pemilihan, iaitu dengan menyerahkan pemilihan kepada akar umbi sebagai pengundi," katanya.

Beliau yakin jika perkara ini tidak dilakukan Umno tidak akan berubah, dan persepsi masyarakat kepada Umno akan tidak berubah.

"Kena ada vaksin baru untuk imunisasi untuk Umno idak dibelenggu dengan rasuah dan sebagainya," tegas beliau.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan Lembaga Disiplin Umno melarang Tan Sri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden, Pensyarah Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menekankan bahawa akan ada pelbagai persepsi rakyat terhadaphal tersebut.

Pertamanya dalam Umno sendiri pastinya rakyat melihat bahawa dalam pemilihan jawatan itu nanti, penyokong Mohd Ali akan memberi undi kepada seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Ini kerana katanya rata-rata persepsi ini sudah dilayangkan dalam beberapa penulisan rakyat melalui blog-blog, dan ioa sukar untuk dinafikan.

Namun paling berat keputusan kedudukan Mohd Ali yang dikekalkan selaku Ketua Menteri Melaka memberi lagi reaksi yang pelbagai dikalangan rakyat, katanya.

Tiada ulasan: