POLIS masih takut, bimbang dan pelbagai kerisauan tentang kebangkitan rakyat hari ini, untuk berarak dari Masjid Negara menuju Istana Negara menyerahkan memorandum bagi membantah PPSMI.
Permit dibenarkan hanya untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo. Malah perarakan dari Masjid Negara menuju Istana Negara juga tidak dibenarkan.
Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat, Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. "Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan."
1 ulasan:
tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!
Catat Ulasan