KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 04, 2009

Sah walau di atas pokok, tak boleh dicabar, tegas Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof


BERNAMA melaporkan semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Proffesor bawah pokok ni merapu..... cubalah faham secara keseluruhan. Kalau speaker bolih buang MB kerana hadir di majlis di raja. betulke...? Bila bermesyuarat peringkat negeri takkan lah bawah pokok. Sebab itu lah pelajar universiti sekarang rendah nilainya. Professornya membuat keputusan secara tidak kolektif. Apabila seseorang professor kencing berdiri maka tak hairanlah graduan pula kencing berlari. Cubalah jangan jumud sangat bila buat keputusan. Mana bolih seorang speaker bolih buang MB sesuka-hati, mana hujahnya. Sultan lantik (bekas ketua hakim negara) speaker bolih gantung begitu saja. Maka dengan lain perkataan speaker punya imuniti yang lebih daripada sultan. Kalau seorang speaker lebih besar daripada ketua exekutif (MB), dewan (Speaker tiada undi) dan lebih besar daripada kehakiman (perintah mahkamah). Cubalah kaitkan pandangan engkau dengan seorang Islam. Maka hukumnya sahlah keupayaan anda untuk memahami kepenting siasah ugama dan bangsa adalah sangat dangkal.Sebab itu lah saya apabila berdebat dengan seorang pensyarah dulu dia terdiam. Anda bijak tetapi belum pintar. Menghukum sesuatu tanpa mengira aspek-aspek lain. Tak reti bezakan antara perundangan dan rasional. Pendapat sendiri dan emosi mengatasi kekuatan fakta dan ilmu. Kepentingan bangsa di lacurkan. Melayu mudah lupa. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada kamu