KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 08, 2009

Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak



PERLEMBAGAAN adalah satu dokumen istimewa yang tidak harus dibaca seperti dokumen undang-undang biasa. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas huraian Menteri Luar, Dato Seri Utama Rais Yatim, mengenai krisis di Perak Rabu lalu.

"Memang kita semua tahu bahawa peruntukan di bawah Perkara 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu sama, patah demi patah, dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bahkan peruntukan itu sama dengan negeri-negeri lain termasuk yang tidak mempunyai raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan sebenarnya idea yang sama juga ada dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan di Australia dan India serta kebanyakan negara Komanwel yang kesemuanya mengkanunkan konvensyen yang berasal dan berkembang di United Kingdom," jelas profesor undang-undang perlembagaan itu ketika diminta memberi komen.

Bagaimanapun, kata Aziz lagi, peruntukan itu tidak harus ditafsir secara harfiah atau literal kerana ia akan menimbulkan masalah.

"Rais seolah-olah membaca peruntukan tersebut seperti membaca peruntukan dalam statut atau akta biasa. Atau macam membaca perjanjian jual beli rumah (S & P agreement). Ini tidak wajar walaupun tidaklah salah," ujarnya.

Aziz berkata Umno memaki hamun raja selepas mereka kalah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990 dan menuduh istana menjadi punca kekalahan mereka. selepas itu mereka cuba meminda peruntukan berkenaan.

Katanya "Mereka malah cuba hendak meminda peruntukan berkenaan dengan mewajibkan Raja-Raja mematuhi nasihat. Bagaimanapun mereka membatalkan rancangan itu apabila mereka menyedari bahawa pindaan sebegitu tidak boleh dilakukan kerana raja hanya berkewajipan menerima nasihat dari seorang yang telah dilantik menjadi menteri besar. Kalau belum dilantik apa hak Umno untuk memberi nasihat?"

Aziz menjelaskan meskipun perlembagaan menyebut ungkapan budibicara ia tidak bermaksud bahawa raja boleh melantik secara sesuka hati.

"Sebenarnya apa yang dikatakan budibicara itu hanya wujud atau timbul tatkala ada keraguan atau hung parliament. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dalam keadaan biasa raja perlu melantik orang yang mendapat sokongan majoriti dalam dewan. Sebab itulah selama ini Presiden UMNO semacam automatik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana ia mendapat sokongan ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen lain. Begitu juga di peringkat negeri di mana Perdana Menteri – meskipun tidak ada hak di sisi perlembagaan – memberitahu sultan siapa yang mereka mahu sebagai menteri besar atau ketua menteri," jelas Aziz.

Kenyataan politik itulah, jelasnya, yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa yang melantik ketua menteri dan menteri besar ialah Perdana Menteri dan bukan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Rais sendiri ada membuat kenyataan yang membayangkan tanggapan itu tatkala Umno berhadapan dengan situasi sulit di Perlis dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Bagaimanapun dalam menjelaskan kemelut politik di Perak sekarang Rais mengubah temanya.

"Beliau semacam melihat kuasa sultan kuasa mutlak yang saya fikir tak begitu tepat. Mengambilkira apa yang berlaku kita boleh berasa ragu apakah sultan sebenarnya menggunakan budibicara itu kerana kita mendapat tahu bahawa ada persaingan dalam jawatan menteri besar. Meskipun secara rasmi atau formalnya sultan melantik berdasarkan budibicara tetapi ada tanda-tanda bahawa sultan melantik orang yang ditunjuk oleh Perdana Menteri. Dan sudah pastilah Umno mempunyai mekanisme untuk memaksa semua ADUNnya menyokong calon berkenaan," jelas pakar perlembagaan itu lagi.

Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.

"Selagi ia tidak menghina atau melekehkan sultan apa salahnya. Apa yang menghasut ialah menimbulkan kebencian atau menghujah kenapa sistem beraja perlu dihapuskan. Apa akan jadi kepada demokrasi kita kalau kritikan tidak boleh dibuat?" soal Aziz lagi.

Beliau berkata Umno sendiri berbuat demikian. Dalam beberapa insiden tertentu, termasuk ketika krisis dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993, mereka lebih teruk lagi. Aziz berkata semua rakyat, baik di dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, perlu diberi peluang untuk mendalami sistem kita dan sekarang adalah masanya.

"Sebab itu adalah malang jika Rais mencadangkan tindakan tegas diambil oleh Peguam Negara. Ini akan menimbulkan budaya takut di kalangan rakyat dan mereka akan terlepas peluang untuk mendengar pelbagai hujah dan perspektif," katanya.

Dalam pada itu, tambah Aziz lagi, krisis di Perak melibatkan banyak isu yang akhir-akhir ini sudah melarat kepada dewan dan speakernya.

"Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok," ujarnya.

Beliau berkata krisis di Perak adalah krisis politik yang paling buruk kerana ia memakan masa yang lama.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan," ujarnya.

Sehingga ini telah timbul semacam pendapat sebulat suara bahawa pembubaran dewan bagi membolehkan pilihan raya adalah satu-satunya penyelesaian. Rabu lalu Dato Param Coomaraswamy menyatakan bahawa apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi sekiranya sultan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu. Pendapat itu turut disokong oleh Majlis Peguam dalam satu kenyataan Selasa lalu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM

Tanpa Nama berkata...

Your stylе is unique compаred tо othеr peoрle I've read stuff from. Many thanks for posting when you've
got the opportunity, Gueѕs Ι ωill just bookmarκ
thіs blog.

Also visit my homеρage ... short term loans