KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 20, 2009

Siapa buat kerja "ilmu hitam" di bawah meja Perdana Menteri?

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mempersoalkan di Dewan Rakyat bagaimana kerja-kerja bomoh boleh berada di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno di PWTC, usik Penarik Beca pada blognya.

Ketua Pembangkang menunjukkan laporan Sin Chew Jit Poh yang memetik Polis Dang Wangi yang menyatakan terdapat dua keping kertas bertulisan jawi dan kayu bersalut kain di bawah meja Presiden Umno itu.

Dua keping kertas bertulisan jawi itu kemudiannya dihantar ke makmal oleh Polis Dang Wangi.Anwar mempersoalkan bagaimanakah kerja-kerja tahyul itu boleh melepasi kawalan keselamatan ke pejabat Presiden Umno. Beliau juga mempersoalkan adakah para pemimpin Umno terlibat dalam kerja-kerja tahyul.

Kerja-kerja bomoh itu, menurut Anwar, hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sahaja dan tidak terdapat di bawah meja Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin lain yang mempunyai pejabat di ibu pejabat Umno itu.

Saya hanya melaporkan sahaja and you are free to kill the mesenger, kalau memang itu kelaku hampa.

Tiada ulasan: