PENGERUSI Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat dengan segera, lapor mSTAR.Online hari ini.
Beliau melihat kenyataan terbaru Perdana Meteri itu sebagai isyarat positif mengenai masa depan PPSMI.
"Baguslah Perdana Menteri bersuara mengenai isu ini. Kita juga mahu Kementerian Pelajan mempercepatkan keputusan mengenai status PPSMI setelah ia dilaksanakan selama enam tahun," katanya.
Tambah beliau, bantahan yang disuarakan GMP termasuk melalui perarakan yang diadakan hari semalam bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara menampakkan hasil positif.
"Nampaknya suara rakyat semakin didengari, itu yang kita mahukan. Namun apa yang lebih penting seluruh rakyat mengharapkan supaya pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Keputusan yang bakal dibuat nanti mestilah ikut kemahuan rakyat yang mengharapkan dasar PPSMI dimansuhkan," katanya.
Jelasnya, memansuhkan PPSMI bukan bermaksud pihaknya memboikot penggunaan bahasa Inggeris.
"Kita bukan tidak suka bahasa Inggeris, kita tetap mahu kerajaan tingkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeri kepada para pelajar. Bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh pelajar kita, tapi bukan dengan cara menggunakannya dalam sistem pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Abdullah meminta supaya keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar pada masa akan datang. Perdana Menteri berkata, kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.
"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanantekanan dan tindakan-tindakan NGO (Badan Bukan Kerajaan) akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," katanya.
Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI. Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pelajaran buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan