KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 21, 2009

Umno Bukit Gantang mula retak, tidak yakin boleh menang hadapi calon PAS 7 April ini!

KEBIMBANGAN Umno kalah di Bukit Gantang sudah ditandai dengan kiriman berpuluh-puluh trak FRU dan polis bagi menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Simpang, 19 Mac lalu.

Ini ditambah lagi, dengan "sengketa" dalaman Umno bahagian ini yang mula menampakkan keretakan dan kecewa dengan pemilihan calon BN, Ismail Safian yang pernah menentang Datuk Rosli Husin, Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang sekarang, pada pemilihan parti sebelum ini.

Ismail calon underdog, yang tidak pernah tersenarai namanya berbanding beberapa nama lain. Terpilihnya Ismail dikatakan proksi bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sekaligus menafikan peluang Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Kamalullail Sulaiman yang menjadi calon favourite disebut-sebut akan bertanding.

Ketika Dato' Mat Isa Ismail mengetuai Umno Bahagian ini, Ismail dilantik menjadi Ketua Penerangan. Bagaimanapun, setelah Mat Isa disingkirkan oleh Rosli dari menjadi Ketua Bahagian Umno, karier politik Ismail tidak menentu.

Namun demikian, pengumuman dan akujanji Ismail kononnya beliau tidak akan menentang atau bertanding pada pemilihan Umno akan datang dilihat oleh kumpulan Rosli sebagai helah untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya kecil ini.

Rasa syak wasangka yang menebal dikatakan cukup menghantui kumpulan Rosli yang kini menguasai Umno Bahagian Bukit Gantang. Mereka bimbang, jika Ismail menang, sudah tentulah dengan dokongan kuat Najib kumpulan Rosli akan ditalqin pada pemilihan Umno berikutnya.

Menurut sumber, sudah ada rancangan untuk menggagalkan Ismail menang di Bukit Gantang, berikutan desas-desus kempen untuk membuang undi protes dan enggan bekerja kuat pada pilihan raya ini.

Taktik yang sama, kata sumber itu, pernah dihadapkan kepada calon BN, Datuk Azim Zabidi yang tewas kepada Ustaz Roslan Shaharom dari PAS angkara undi protes yang dikatakan digerakkan oleh Umno bahagian sendiri.

Sejarahnya, Bukit Gantang tidak pernah tewas. Bukan sahaja orang luar boleh dipilih menjadi calon di Bukit Gantang, malahan kawasan yang bermajoriti Melayu ini pernah memenangkan calon BN dari Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Namun, apabila pengundi mula benci, kerana kawasan Parlimen Bukit Gantang jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan pelbagai infra, calon yang berpotensi menjadi Menteri seperti Azim pun ditolak.

Azim adalah Bendahari Umno dan Pengerusi BSN dikatakan bakal Menteri jika menang. Namun, pengundi Bukit Gantang tidak mahu mengadaikan maruah mereka dengan tunduk sahaja kehendak pucuk pimpinan.

Ketika ini, Najib sedaya upaya mahu memenangkan calon BN kerana khabarnya Ismail Saffian adalah 'orang Najib' yang perlu dimenangkan, bagi membolehkan Najib menjanjikan harapan baru kepada kepimpinannya.

Tiada ulasan: