KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 10, 2009

Tindakan polis tidak profesional, provok dan sengaja bangkitkan kemarahan para penentang PPSMI di Masjid Negara!

Kelihatan asap dari gas pemedih mata yang ditembak FRU ke arah pinggiran Masjid Negara terpelanting ke dalam kolam sewaktu para penentang PPSMI baharu nak duduk berehat

SALMIYAH Harun mencatatkan pengalamannya sewaktu membuat liputan Harakah di Masjid Negara pada hari "Perhimpunan 100,000 Rakyat Mansuhkan PPSMI", 7 Mac lalu. Katanya,
Polis memperlihatkan sikap kurang profesional apabila bertindak melepaskan beberapa das gas pemedih mata dan memancutkan 'water cannon' ke kawasan Masjid Negara, sebaik kumpulan penentang PPSMI kembali dari Istana Negara.

Sebelum melepaskan gas pemedih mata, FRU yang berada di tengah jalan berhadapan masjid memancutkan 'water cannon' menyebabkan perserta demonstrasi yang berehat di masjid lari bertempiaran. Ekoran tindakan FRU yang dianggap kerterlaluan, para peserta demonstrasi naik berang sambil mengeluarkan kata-kata kesat di samping memaki hamun tindakan FRU itu.

"Polis zalim, gila! Tak tahu undang-undang? Ini kawasan masjid," kedengaran suara-suara marah para peserta demonstrasi sebaik sahaja FRU melepaskan 'water cannon'.
Malah beberapa penunjuk perasaan yang tidak dapat menahan marah, ada yang mahu membaling batu ke arah FRU yang masih memancutkan air asid bagaimanapun ditegah oleh para peserta demonstrasi yang lain.

"Jangan baling! jangan provok!," kedengaran suara-suara di kalangan mereka yang masih mahu berlembut dan menghormati pihak polis.

Selang beberapa minit kemudian, FRU sekali lagi mencetus rasa marah penentang PPSMI apabila mereka membedil beberapa peluru gas pemedih mata dalam kawasan masjid dan terkena jam besar masjid di pintu utama naik ke masjid.

Perbuatan FRU itu, membangkitkan perasaan marah yang melampau di kalangan peserta demonstrasi sehingga kelihatan salah seorang daripada mereka membalingkan tong sampah ke arah FRU.

Kawasan masjid negara dipenuhi dengan asap tebal menyebabkan ribuan peserta demonstrasi yang sedang berehat di dalam masjid lari bertempiaran kerana tidak tahan menghidu gas yang dimuntahkan itu. Malah ramai di kalangan peserta yang tidak menduga tembakan gas pemedih mata itu menyebabkan mereka tersungkur dan terbatuk-batuk menuju ke bahagian tempat wuduk untuk mendapat air bagi menghilangkan rasa pedih akibat gas pemedih mata itu.

Sebelum itu, pada sebelah paginya, orang ramai mula membanjiri kawasan masjid kira-kira jam 11 pagi dan masing-masing memakai baju berwarna putih dengan tulisan merah "Mansuhkan PPSMI" dan "Selamatkan Bahasa Melayu" sebagai tanda membantah PPSMI.

Kelihatan kanak-kanak sekolah yang ditemani ibu bapa masing-masing tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar itu kerana merekalah di antara mangsa dasar PPSMI.

Sebelum itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dato' Hassan Ahmad yang tiba di perkarangan masjid jam 12 tengah hari menyatakan setuju untuk menyerahkan memorandum GMP Membantah PPSMI ke istana sambil diiringi oleh pihak polis.

Dalam perbincangan dengan pihak polis, Hassan Ahmad menjelaskan seramai tujuh orang ahli GMP termasuk dua dari NGO Cina akan bersama-sama ke Istana Negara menaiki tiga buah kereta persendirian selepas solat zohor.

Kira-kira jam dua petang, Hassan Ahmad yang bersedia diringi polis untuk ke istana mula melangkah keluar dari perkarangan masjid.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana GMP, Suhaizan Kaiat, turut menyampaikan ucapan kepada ribuan peserta demontrasi di perkarangan masjid dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan rakyat.

"Kita nak berarak ke istana?" soal Suhaizan kepada ribuan para pendemonstrasi yang berkumpul di perkarangan masjid yang dianggarkan lebih 50,000 orang.

"Nak!" sahut ribuan suara penentang PPSMI sambil diikuti laungan takbir Allahuakbar. Ekoran itu, para peserta demonstrasi yang terus bersemangat sambil melaungkan 'Lailahaillah' merempuh benteng polis yang menyekat laluan keluar di pintu masjid terus berarak menyusuri Jalan Maharajalela menuju ke Istana.

Tindakan itu, telah menaikan kemarahan polis dan mula bertindak untuk menyekat dengan apa cara sekalipun agar mereka tidak membolosi Istana Negara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha perbandingan gambar polis Malaya dengan polis zionist ada di web ana, lawatilah...