APAKAH agenda Bernama bila melaporkan kononnya hanya 5,000 orang yang hadir pada "Perhimpunan Aman 100,000 Rakyat Bantah PPSMI" petang tadi disifatkan sarat dengan kepentingan menjaga kesejahteraan BN.
Sesiapa yang hadir dan melihat sendiri dengan mata kepala, tidak akan bersetuju kehadiran himpunan itu hanya 5,000 orang. Barangkali, wartawannya hanya terperusuk di mana-mana jalan kecil yang mengumpulkan 5,000 orang itu. Belum dicampurkan di Pasar Seni, Sogo dan Masjid Negara.
Ramai yang bersetuju ianya menyamai angka kehadiran "Perhimpunan BERSIH" yang diadakan hujung tahun 2007. Malah ada yang menyebut, jumlahnya lebih besar kali ini berbanding "Perhimpunan Bersih" malah terjahan water canon dan gas pemedih mata, jelas kali ini lebih tajam dan pedih.
Apa yang boleh dikatakan, Bernama cuba menyembunyikan angka sebenar dan menenggelamkan kemaraan rakyat dengan jumlah mega ini kerana bimbang dan khuatir akan mengancam kedudukan Umno dan BN.
Takut BN kalah. Takut Umno tumbang. Bimbang Pak Lah ruyub. Khuatir Najib tidak merasa jadi PM. Kalut dengan pemilihan Umno. Takut kerajaan bertukar. Kita lihat nanti, pada pilihan raya umum ke 13, rakyat pilih siapa?
KLIK JOM FOLO DI SINI
Sabtu, Mac 07, 2009
Tahniah kerana Bernama buta mata dan pekak badak bila nafikan angka 100,000 hadir ke demontrasi petang tadi!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ke ader 100k?
p/s: sejengkal kata sedepa, sepat kata jelawat...
Catat Ulasan