Dr. Shaharil Muhamad Zain rancak memperkatakan sesuatu kepada pendemontarsi
Anis Nazri menceritakan bagaimana kelongsong gas pemedih mata menerjah dan meluru kumpulan penunjuk perasaan dekat Jalan Kg. Atap, sambil diperhati oleh Salmiyah, Roy dan Irwan
Apabila kru Wartawan Harakah meminta saya air membasahkan tekak, saya kata tak ada. Kena cari restoran kat Stesen Keretapi

Sakitnya kena kejang kaki, tak tau macam mana nak cakap. Terima kasih kepada rakan-rakan pedemontrasi yang telah mmebantu saya
Inilah kali pertama saya kejang kaki sewaktu menyertai demontrasi sekitar Kuala Lumpur
Terserempak dengan Presiden MTUC, Syed Shahril Syed Mahmod
Cikgu Ani (kanan sekali) yang turut menaiki komuter menuju ke Sentul. Cikgu Ani singgah di Bank Negara untuk ke rumah anaknya.
KETIKA meninjau pelbagai rungutan dan sindir sinis mereka yang berpakaian putih menentang PPSMI di sekitar Masjid Negara, akhirnya saya terserempak dengan sekumpulan wartawan Harakah sedang asyik berbual dengan Timbalan Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI (GMP), Dr Shaharil Mohamad Zain. Bersama saya, wartawan Harakah, Irwan Muhamad Zain.
Kira-kira 40 minit sebelum itu, kaki kiri saya kejang. Terkejut juga, takut-takut ketika kejang itu, water canon melantun ke arah saya. Lima trak dan bas FRU kelihatan sedang bersedia untuk bertindak, kira-kira 50 meter dari masjid tempat saya tersadai. Terima kasih kepada sahabat yang tolong menenangkan kaki saya yang kejang itu hingga pulih semula. Beliau mengurut di bahagian atas tumit dan tidak lama kemudian ia beransur pulih.
Saya menuju arah bekalang masjid tempat himpunan lebih ramai. Waktu itu, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sedang berdoa ke hadrat Allah SWT agar semua peserta dilindungi dan memorandum bantahan di terima oleh DYMM Yang Dipertuan Agong serta menyeru agar diambil tindakan oleh kerajaan terhadap kandungan memo tersebut.
Ketika mencari sisi gambar yang menarik, kelihatan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Abdul Wahab yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Beliau bersama nak-anaknya dengan gaya yang menarik. Saya merakamkan gambarnya.
Dari situlah, saya melihat wartawan Harakah berbual-bual dengan Dr. Shaharil. Saya menyapanya dan tidak lama kemudian Dr. Shaharil beredar. Pelbagai cerita dari wartawan diutarakan, dari pelbagai sisi. Roy Rasul, Salmiyah Harun dan Anis Nazri. Semuanya mengeluh mahu mencari air untuk membasahkan tekak setelah penat berjalan, dan sudah menikmati semburan water canon dan gas pemedih mata.
Setelah menghubungi Lutfi yang entah di mana ketika itu, akhirnya kami setuju berjumpa di hadapan tangga utama turun dari masjid. Ketika menaiki tangga, kaki kanan saya pula kejang. Kali ini betul-betul sakit yang tak tahu macam mana nak cerita. Kemera tercampak dan telefon bimbit sempat ke tangan Irwan. Kaki betul-betul sakit, hingga tak boleh bergerak.
Saya terduduk di atas tangga bahagian luar masjid. Kaki sudah menegak dan tidak boleh digerakkan. Sepantas kilat, ramai yang mengurungi saya. Termasuklah Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai. Pada ketika itu, beberapa penyokong demontrasi menanggalkan kasut dan mengurut bahagian atas tumit saya. Pada daging betis yang pejal itu, terasa bagai nak menangis bila digerakkan.
Roy Rasul memberikan minyak cap kapak lalu disental di bahagian betis. Seingat saya, ada beberapa kali sahaja "kejang" saya rasai sepanjang usia ini. Anis dan Salmiyah tergelak melihat saya kejang dan diusik oleh Dr Hatta. Pada masa itu juga muncul rakan-rakan dari Parit, yang terkejut melihat saya hampir terlentang di tangga masjid.
Cikgu Ani, bekas Pengetua Sek. Men. Sultan Muzaffar Shah (1) Lambor Kanan, Sdra. Anuar dari Kg. Tua, dan jiran saya di Tasek Puteri. Mereka juga terkejut melihat yang terlentang itu saya. Anis Nazri mencapai kemera lalu merakamkan gambar betapa teruknya "kekejangan" saya itu.
Setelah pulih, kami beredar dari situ dan bertemu Presiden MTUC, Syed Shaharil Syed Muhamod yang sedang berbual dengan Lutfi. Saya menyapanya dan meninjau reaksi beliau terhadap himpunan itu. Positif, katanya. Rakyat sudah muak dengan BN.
Saya, Lutfi, Irwan, Roy, Salmiyah dan Anis menuju Stesyen Keretapi untuk membasahkan tekak. Salmiyah, Roy, Anis dan Irwan pekena maggi gereng dan bihun goreng. Lutfi kelihatan makan nasi kandar dan asyik berbual dengan orang kuat Dewan Ulama PAS Wilayah. Saya hilang "mood" dan minum sahaja. Kemudian saya dan Lutfi menaiki komuter menghala Sentul untuk pulang ke Pejabat Harakah.
Terfikir juga, agaknya akibat semburan water canon, terhidu gas pemedih mata dan berdiri serta berjalan jauh, ke sana sini sepanjang demontrasi menyebabkan kaki saya kejang, lenguh. Dan sesampai di pejabat, ia masih sedikit kejang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan