KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 11, 2009

Pertemuan penuh spekulatif berlaku 3 jam sebelum Najib membentangkan 'Bajet Minit RM60 Milion'



CUCU Yoep Majlis, Abdul Rahman Hashim pada blognya ada mengulas tentang pertemuan "Pak Lah-Anwar" semalam di Hulu Langat. Abdul Rahman adalah Exco Umno Bahagian Setiawangsa. Ikuti pandangan beliau tentang apa yang dikatakan pertemuan yang ditentukan illahi itu:

Semuanya berlaku dengan ketentuan dan takdir Illahi jua. Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Madrasah Nurul Iman, di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan pada hari Selasa, 10 Mac tiba-tiba menyaksikan pertemuan dua pemimpin di antara Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum PKR.

Pertemuan yang penuh spekulatif ini berlaku 3 jam sebelum Najib membentangkan 'Bajet Minit RM60 Milion' di Dewan Rakyat. Pak Lah tiba 12.16 tengah hari. Anwar tiba 12.45 tengah hariPak Lah dan Anwar menjadi tetamu kepada Al-Fadhil Sheikh Mahmud Al-Majzub iaitu seorang tokoh agama yang menjadi pengasas Madrasah Nurul Iman.

Yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah. Pak Lah telah tiba di madrasah itu kira-kira jam 12.16 tengah hari, manakala Anwar dan isterinya Wan Azizah pula tiba 30 minit kemudiannya, seterusnya mereka berdua telah dibawa makan semeja bersama-sama dengan Sheikh Mahmud AlMajzub, sebelum mereka mendirikan solat zuhur berjemaah kira-kira jam 1.40 tengahari.

Difahamkan lebih 1,000 orang tetamu yang hadir telah menyaksikan pertemuan yang penuh spekulasi ini dan rata-rata mereka menunjukkan reaksi yang positif kerana mereka mengharapkan pertemuan sempena Maulidur Rasul ini akan menjadi titik tolak ke arah penyatuan dan permuafakatan yang lebih terbuka.

Sudah tentu Sheikh Mahmud Al-Majzub yang mengundang kedua-dua tokoh pemimpin ini datang ke madrasahnya adalah untuk mempertautkan semula diantara mereka berdua yang dilihat sering terjebak dengan perbalahan politik yang pada fikirannya tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam di negara ini.

Sheikh Mahmud difahamkan telah menjadi 'perantara' pertemuan enam mata itu yang berlangsung selama 20 minit di rumahnya itu. Namun begitu tidak diiketahui apakah intipati perbincangan mereka, walaupun ada juga kemungkinan mereka menyentuh tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan peralihan kuasa kepada Najib yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada penghujung Mac ini.

Pertemuan 'Silatuurahim' ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh ulamak daripada Indonesia, Gambia, India, Pattani dan lain-lain. Turut sama adalah Ketua Sami Budha dari Bangkok, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof. Dr. Bhokin. Namun mereka tidak terlibat dengan sesi bersemuka diantara Pak Lah, Anwar dan Sheikh Mahmud AlMajzub.

Setelah satu jam setengah mereka dipertemukan, Pak Lah telah meninggalkan majlis ini pada jam 2.15 petang, manakala Anwar dan isteri pula telah meninggalkan majlis tersebut pada jam 2.50 petang untuk sama-sama menghadiri sesi pembentangan 'Bajet Mini' di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.

6 ulasan:

PARPUKARI berkata...

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.


Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.


Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.


Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!


Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.


Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.










KOMEN SAYA:










LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

PARPUKARI berkata...

HMMMM...AGAKNYA MAT SABU LEBIH KENAL ANWAR DARI KITA KOT TUAN YA...ITU PASAL DIPANGGILNYA ANWAR AL JUBURI..

Amri Mat Saaid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amri Mat Saaid berkata...

mizi betulkan tajuk tu yg sebenornye Bajet Mini bukan Bajet Minit. Pasal parpu kari tu kene tapis sikit mike punya ruang komen ni udah mencarut dah tu aje deme koje kan

Tanpa Nama berkata...

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.

4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Selumbar berkata...

Toksago,

Dalam perhubungan antara sesama islam kita lihat pertembungan Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan Pak lah dalam satu majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Madrasah Nurul Iman, di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan adalah biasa.

Kenapa kita pula melihat mereka sebagai pelik...? Mereka hanya berbeza pendapat dalam politik tapi tidak pula dalam beragama islam.

Apakah menjadi satu kesalahan apabila dua orang penganut agama islam bertemu disuatu tempat dan berbincang mengenai islam walapun mereka berlainan parti...?

Ini bukan seperti pertemuan antara ADUN Perak dengan Datok Seri Najib Razak....! Merampas kuasa di Negeri Perak.

Kita sebagai rakyat biasa yang menyokong kedua belah pihak mesti merestui pertemuan itu sebagai pertemuan sesama islam.

Akan ada petanda baik sekiranya mereka bertemu dan berhujah mengenai kemajuan sebuah negara islam seperti Malaysia.

Sekiranya Dato Seri Najib yang hadir dalam majlis itu, apakah beliau mampu berhujah bagaimana untuk memajukan sebuah negara mengikut peraturan dan undang-undang islam....?