Cucu Yeop Majlis, kakanda Abdul Rahman Hashim punyai pandangan pendapat agak kritis sekalipun duduk dalam saff kepimpinan Umno Bahagian Setiawangsa. Bila lagi nak berhijrah tinggalkan parti yang kian "nyanyuk "tu?
CUCU Yoep Majlis, pangkat kekanda saya, Abdul Rahman Hashim menulis agak tegas tentang kemelut politik Perak. Begitu juga dengan komen tangkas beliau tentang jenayah rasuah politik wang dalam Umno. Sebagai Exco Umno Bahagian Setiawangsa, agak pelik "orang Umno" berfikiran kritis maish berada pada kapal yang berpenyakit. Ikuti pandangan beliau, yang sering dimuntahkannya pada blog locengwangsa.blogspot.com - dalam isu yang menggodam politik orang-orang negeri Tok Sagor ini:
Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam komennya di majlis anjuran MUBARAK Wilayah Persekutuan telah mengecam tindakan yang diambil oleh Umno/BN di Perak, dan beliau menegaskan bahawa kerajaan yang dirampas itu adalah TIDAK SAH menurut undang-undang tubuh negeri berkenaan.
Sebelum itu, Tengku Razaleigh Hamzah juga berkata bahawa Nizar masih dianggap MB yang sah, kerana Umno/BN sendiri dianggapnya sebagai tersasar dalam menghalalkan cara untuk berkuasa di Perak.Dato' Sri Najib Tun Razak sendiri ketika mengulas mengenai tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar yang telah mengarahkan Persidangan DUN Perak (Tergempar) diadakan 2 Mac yang lepas, menganggapnya sebagai TIDAK SAH kerana menurutnya kerajaan baru yang diambil alih ini masih dalam keadaan delima dengan beberapa kes yang akan dihadapkan ke Mahkamah.
Ini bermakna, Najib sendiri begitu bingung dengan keadaan yang berlaku di negeri ini, sehingga beliau terlupa bahawa Speaker DUN Perak masih mempunyai kuasa-kusa tertentu yang tidak boleh dipertikaikan, terutama yang berkaitan dengan hak memanggil sidang DUN.
Dalam kes ini, sekali lagi Umno/BN dilihat tidak cermat menangani isu berkenaan sehingga sanggup menggunakan kekuatan ketumbukan pasukan polis (FRU) untuk menghalang Speaker dan ADUN yang lainnya memasuki dewan persidangan di Wisma Darul Redzuan, sehingga hak mereka sebagai ahli DUN telah dicabuli. Akhirnya semua ADUN yang terbabit terpaksa bersidang di bawah pokok (Pokok Demokrasi)
Rakyat memerhati senario duka ini, dan begitu jelas sekali betapa Umno telah terheret dengan sentimen akar umbi yang diciptanya sendiri yag bakal mengundang hukuman rakyat kepadanya di dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang nanti.
Walaupun saya menyedari betapa pentingnya kerajaan yang baru ini mempertahankan kuasanya yang rapuh ini, namun janganlah sampai kita diperbodohkan dan dihina kerana terlalu dungu dalam pentafsiran undang-undang yang jelas telah dicabuli oleh Umno sendiri.
Apa pun yang terpancar daripada yang tersirat dalam fatamorgana politik dangkal di negeri Perak ini bakal menyaksikan kes-kes menarik yang dinantikan di beberapa mahkamah yang akan menentukan masa depan lanskap politik di negeri Tok Sago ini. Apa nak jadi politik negeri Perak selepas ini? Biarlah rakyat yang menjadi Raja Demokrasinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan