MENYINGKAP cerita yang dipaparkan oleh JOHARI JAAFAR, dan disahkan oleh para pemerhati "Sidang Tergempar Dun Perak" dan boleh dibaca juga pada Blog Al-Husyyen - terdapat sekumpulan makhluk yang cuba mencetuskan provokasi pada hari "Tragedi Hitam Demokrasi" di Perak, 3 Mac lalu.
Jam 8.30 pagi orang ramai telah berkumpul di hadapan pintu masuk ke Bangunan Perak darul Ridzuan unuk menyaksikan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan jam 10.00 pagi 3 Mac lalu.
FRU dan polis sedang mengawal pintu masuk ke bangunan tersebut. Orang ramai menanti ketibaan Speaker dan Adun-Adun ke kawasan itu. Beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran.
Tepat jam 9.20 pagi semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk Speaker tiba di perkarangan pintu masuk bangunan tersebut. Namun begitu, semua mereka dihalang dari memasuki dewan bersidang.
Orang ramai yang hadir di kawasan itu sekitar lebih 500 orang dikejutkan sekumpulan orang yang tidak dikenali cuba membuat provokasi dan menghalang Adun untuk masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kumpulan tersebut dipercayai "orang suruhan" Umno yang sengaja mahu membuat provokasi. Kumpulan tersebut tanpa segan silu mengadakan provokasi tetapi yang menghairankan pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut seperti dinyatakan oleh Dato' seri Nizar Jamaludin.
"Saya kesal dan kecewa melihat gelagat kumpulan orang yang tidak dikenali menghalang Adun-Adun memasuki dewan sedangkan pihak polis tidak berbuat apa-apa tindakan terhadap kumpulan tersebut," kata Ir Nizar sewaktu sidang media di Pejabat DAP Negeri.
Sekatan dan halangan pihak polis memaksa 28 Adun berundur kira kira 100 meter dari pintu masuk ke bangunan itu. Tepat jam 10.15 pagi sidang tergempar Dun pun dimulakan di bawah pokok. Sivakumar memulakan sidang dewan. Ini diikuti dua usul yang dibawa, pertama menyokong Dato' Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak. Kedua, mohon perkenan Sultan membubarkan Dun.
Selesai itu, orang ramai masih tidak berganjak. Mereka terus pergi perkarangan Pejabat DAP. Usai sidang media, beberapa Ahli Parlimen turun dan memberikan ucapan. Antara yang berucap, Ahli Parlimen Kubang Krian, Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Titi wangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr MohdHatta Ramli.
Pada ketika itulah kumpulan yang tidak dikenali ini cuba mengganggu dan membuat provokasi dengan membaling objek ke arah orang ramai. Namun penyokong Pakatan Rakyat tidak bertindak balas walaupun provokasi itu dipercayai dilakukan oleh "orang suruhan" Umno. Perhimpunan itu berakhir tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan