KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 20, 2009

Rebut jawatan dalam Umno tak boleh, jadi Ketua Menteri Melaka boleh pulak? Rasuah apa ke jadahnya SPRM?



TIMBALAN Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dibidas kerana masih merestui Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam yang didapati bersalah sabit dengan rasuah untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno, menjadi orang nombor satu di Melaka tetapi pada masa yang sama dihalang merebut jawatan dalam Umno.

Ahli Parlimen Taiping, Ngor Koo Meng ketika berkempen di Kg. Kudu, Changkat Ibol tidak jauh dari rumah ibubapa calon BN, Ismail Safian berasa pelik, apabila Umno bersikap munafik dalam menangani isu jenayah rasuah.

"Ali sudah disabitkan rasuah. Tidak boleh tanding jawatan dalam Umno tapi boleh pegang Ketua Menteri Melaka. Orang yang sama buat rasuah dalam Umno tidak boleh tapi dalam kerajaan boleh. Apa ini?" tanya beliau.

Katanya, sebagai orang Islam, politik wang yang disebut dalam kempen-kempen pemilihan Umno itu adalah sejenis rasuah yang ditegah oleh agama Islam tetapi orang-orang Umno tidak segan silu beramal dengan politik wang malah setelah disahkan terlibat dengan rasuah oleh Lembaga Disiplin parti mereka, orang Islam dalam Umno tidak berasa apa-apa.

Ngor yang fasih berbahasa Melayu lantang menyerang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana hingga kini masih berpeluk tubuh tidak bertindak membuka kertas siasatan atau memanggil Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dalam kes rasuah.
"Dari mana mereka dapat duit? Tabur duit kempen rebut jawatan dalam Umno. Duit dapat dari pelbagai projek dalam kerajaan. Duit rakyat dirompak. Mengapa SPRM diam?

"Lembaga Disiplin Umno sudah istihar Ali dan Khairy terlibat dengan rasuah. Mengapa tidak siasat mereka?" tanya beliau sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak hairan melihat keghairahan SPRM yang lebih berminat untuk menyiasat "lembu dan kereta" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Seperkara lagi, Ngor menolak cara Lembaga Disiplin Umno memutuskan hukuman. Bukan sahaja tidak berasas malah tidak logik apabila Ali dilarang bertanding kerana melakukan banyak rasuah tetapi Khairy hanya diberi surat amaran kerana melakukan sedikit rasuah.

"Padahal, kedua-dua mereka melakukah jenayah rasuah. Baik banyak, baik sikit. Semua tak boleh tanding. Tapi, itu lembaga Umno yang sikit buat rasuah tak apa," tegas beliau sambil disambut gelak ketawa hadirin.

3 ulasan:

Haziq Al-Fateh berkata...

Assalamualaikum,

Saya Haziq Abdullah bin Abdul Aziz dari Kuching, Sarawak dan masih bersekolah di SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.

Saya ni berkongsi idea la dgn saudara. Saya cukup pelik sekali. Baru pagi tadi saya baca Harakah. Setakat ni dah 1000 aduan rasuah@politik wang yang diterima mengenai UMNO.

Tapi yang kena tangkapnya cuma beberapa org je. Alang-alang nak cegah rasuah, siasat je la si Najib tu. Kita sendiri tau dah berapa banyak aduan ke atas tuan syeikh najib tu...

Kredibiliti Ali juga dipertikai. Dah terbukti buat rasuah tapi masih menyandang jawatan Ketua Menteri. Sepatutnya Ali patut malu dan menggugurkan semua jawatan beliau. Macam mana rakyat nak beri kepercayaan dengan org yang main rasuah camni. Kalau betul la dia ada maruah, tolong letak jawatan sebagai Ketua Menteri. Kalau betul sygkan rakyat, tolong letakkan jawatan. Ini rupa gayanya macam sygkan jawatan....

SPRM ni pun satu. Apa pasal tak ada apa-apa tindakan ke atas Ali ? Izin laluan, bodoh saya cakap SPRM ni. apa bezanya politik wang dengan rasuah ? Konsep sama, ejaan je berbeza. Tak gi skolah ape...

Khairy Jamaluddin TETAP melakukan politik wang @ rasuah walaupun hukumannya sekadar amaran. Dalam parlimen mulut samsengnya bukan main lagi cakap pembangkang macam2. Tapi sendiri buat rasuah. Banyak kepala bapak hang....

UMNO jangan diberi peluang lagi. Walaupun mereka cakap mereka nak berubah, tapi kita jgn jd bodoh. jgn jatuh perangkap dua kali. mereka nak berubah ni sebab kalah dalam pru 12 je. nanti kalau bg peluang menang pru 13, makin menjadi2 la rasuahnya. Muka2 UMNO ni mana boleh percaya....

Saya nak tanya pak cik satu soalan ni. Apa peranan sebenar belia dalam perjuangan politik tanah air. Harap pak cik dapat jelaskan di laman blog saya. Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

yer negare kite dijage oleh deme yg gemor makan komisen aka ambik rasuah aka main politik wang ni..layan bro! lambat siang deme ni demi untuk naik pangkat & tamakkan kuasa deme ni gak ler suke bebeno bagi 'derma' atau 'hadiah' (sogokan politik wang) kepada ahli-ahli atau peminat deme. Deme dari dulu, kini, dan selamenyer tak ngaku deme sinonim dengan rasuah ni... org-org PR & DAP jer rasuah? deme idak. Make wujud istilah 'politik wang' gitu ler sejarahnyer pade deme yg nak tau ler..hehe

Haziq Al-Fateh berkata...

hahaha bernas sungguh. diorang cakap org pakatan rakyat main rasuah.

diorang ni main politik wang...bdoh2