KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 06, 2009

Malaysia Book of Record: Speaker menceroboh Dewan dan Hamid Albar akui polis ada lakukan kesilapan

DALAM berita bertajuk "Krisis politik: Polis mungkin ada silap tapi perlu pastikan keamanan" mStar Online melaporkan:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik Perak kelmarin tetapi menekankan bahawa polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan undang-undang.

"Jika kita kaji keadaan itu sepenuhnya, kita dapat lihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang.

"Pertama sekali telah diputuskan bahawa Speaker dilarang daripada mengadakan persidangan dan jika beliau memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya," katanya.

Syed Hamid berkata kejadian itu berlaku disebabkan wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang. Hamid (saya tak nak menggunakan perkataan Syed dan saya menangis kepada datuk nenek Hamid - RasuluLlah s.'a.w.w., Imam Ali 'a.s., Sayyidah Fatimah 'a.s. dan mereka yang lain yang sangat-sangat saya kasihi) menyatakan, polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan. Aku silap, masuk lokap.

Polis diarahkan (baca sekali lagi, diarahkan!) buat silap, tak dak hal punyaa!!Hamid juga berkata, jika beliau (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya.

Ini rekod dunia, bukan lagi rekod Malaysia. Speaker Dewan Undangan Negeri menceroboh Dewan Undangan Negeri! Hamid seterusnya berkata, wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang. Baca
di sini. Malas dah nak tulis lagi! - penarik beca

Tiada ulasan: